04 September 2013

Semua Mahu NAIK ??!!!!..

Assalamualaikum..itu lah tajuk Surat Khabar Sinar hari ni..muka depan..


Aku xnak la terpekik terlolong marah2 pasal kenaikan harga minyak RON95 ni.. cuma aku nak berbincang, beri pandangan..kita menerima dan mengkaji secara ilmiah... Seperti yg kita tahu..minyak adalah keperluan yg sgt2 asas dan utama di dunia skrg.. jadi agak membebankan sekiranya harga minyak mahal wlpn kita adalah negara pengeluar minyak..

Aku tgk dalam fb bukan main marah masyarakat kat luar sana..termasuk org yg menyokong kerajaan itu sendiri..padahal mereka la yg mengundi dahulu.. last2 mereka yg kecewa..yess..kata Najib hendak diberikan BR1M yg lebih tinggi..tp bayangkan..BR1M itu hanya diberi setahun sekali..bygkan klu kita dpt sekali..contohnya RM1000..rasanya blh habis xsampai sebulan.. dan itu adalah org yg dapat..masalahnya ada yg xlayak terima..mereka tidak mendapat BR1M dan mendpt kenaikan harga minyak yg meliputi semua org yg terkena tempiasnya..miskin kaya..

Ye..naik memg 20sen..satu jumlah yg skit..tp adakah kita membeli minyak sekali utk tempoh setahun..katakan org yg mcm aku ni..pergi balik kerja yg memerlukan 80km sehari.. sebulan dah berapa?? tu tak termasuk balik kampung..berjalan2.. ada yg jgn la guna kereta..habis naik motor xguna minyak ka?? xkan harga minyak naik dah tak boleh balik kg.. xblh rehlah dgn keluarga..hmm..

kesannya mmg la sgt tinggi..skrg ni kita tgk..ramai agensi2 yg lain mendesak utk menaikkan harga brgan mereka.. makanan2 mungkin akan naik..kerena pengguna mesin2 di kilang menggunakan minyak..lori2 yg menghantar barang.. teksi yg tidak menggunakan NGV.. 

Untuk diri aku..aku masih mampu lagi wlpun minyak naik hari ni..tp terasa jugak..inikan org2 kampung yg xdak kerja tetap, yang bergantung dgn wang kebajikan masyarakat..di kg pun mereka memerlukan minyak utk keperluan harian.. wlpun ada ahli politik yg kurang cerdik kata org kg xguna kereta..habis..motor xguna minyak?? engin bot?? 

kata rakyat di dahulukan..jadi perlulah difikirkan rakyat2 yg dibawah sana..yg susah..itu pentingnya pemimpin yg berjiwa rakyat..yg tahu erti kesusahan..bg sesetengah org yg lahir dlm keadaan keluarga yg kaya..mereka terus dgn rasa bongkak mereka..tanpa pernah merasa kesusahan org lain...ttp xmustahil mereka menyelami erti kesusahan masyarakat di bandar2 apatah lagi di kampung2..

ini ada satu nukilan dari sahabat aku...

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar. 

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...

Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.

Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak
hilang perikemanusiaan.

fb : pidot shukri

Pengendali Bas Mahu Tambang Naik



Surcaj Bahan Api Kargo Naik Ekoran harga Minyak naik




2 comments:

  1. Assalamualaikum pijut. sedihnya baca. memang depa kata 20sen tu kecik nilainya tapi kalau dihitungkan perjalanan balik kampung sebulan sekali. tak larat nak tanggung. nak naik bus selalu pun, silap2 tambang pun meningkat naik. huwaaaaa bantulah kami wahai kerajaan :(

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...