08 June 2012

TERBARU : HARI TERBUKA TUDM KE 54 ~ KEM SUBANG




Assalamualaikum... rasanya belum terlewat lagi rasanya aku nak kongsi cerita pasal hari terbuka / ulangtahun TUDM yang ke 54 yg diadakan di Pangkalan TUDM Subang tempoh hari, 3/6/2012...Pas Masuk Ke Kem Subang sempena hari terbuka TUDM



Punya la semangat aku nak pi tengok jet2 tentera udara sampai bangun awal gila..hehe..dengan alasan nak sampai awal di sana, pastu cari lokasi sebab aku tak pernah sampai lagi ke kawasan Subang, apatah lagi di TUDM Subang tu.. lepas subuh dah gerak dah..haha..tp yg penting sarapan di mapley dulu..pastu baru pikir nak pi sana..Alhmdlh Allah permudahkan utk sampai ke sana..tp kena tanya org jugak sebab salah masuk jalan masa di airport subang, terpaksa u-turn balik.. Sampai2 ja ingatkan aku n kawan2 makhluk yg paling awal..ghupenya dah ramai yg dtg..haha..mgkin org kat2 situ jgak kot..tu yg awal tu..hahaha.. best jugak la..tapi ramai sangat orang pastu cuaca agak terik skit.. tp apa2 pun sanggup berjemur demi melihat Pesawat Tempur Su-30MKM beraksi... xdpt naik dengar bunyi pun dah cukup buat aku rasa sedang naik pesawat tersebut..huhuhu..kempunan.. 

Kemudian kami di hidangkan dengan aksi terjun payung bebas dengan ketinggian 1000 kaki..nampak kecik ja atas kepala..tp cepat ja dia turun..waktu tu ada angin agak kuat meniup..ramai penerjun gagal mendarat dgn baik..ramai jugak la yg terbabas, tergolek..cuma ada seorang ja yg tak bernasib baik, sewaktu hampir untuk mendarat tiba2 angin bertiup agak kuat dan menyebabkan penerjun terbabit dalam keadaan tidak stabil dan menjunam, aksi menjunam tu sampai la ke darat... nampak agak teruk jugak la..tp aku xnampak keadaan mangsa sebab kawasan mendarat terjunan payung agak jauh dgn kami sekitar 100 meter.tp jelas kelihatan ambulans sibuk menghampiri kawasan kejadian memberi bantuan.. Penerjun2 yg lain sibuk mengemas dan melipat payung2 mereka kembali. dan memberi tabik hormat kepada PTU (Panglima Tentera Udara) yg hadir sebagai tetamu kehormat haritu... Dua letusan bom di lemparkan sejurus selsai acara payung terjun..rasa mcm suasana perang ja..terbaik lah,.. 

Kemudian aku terus mengunjungi booth2 yg ada disitu..dalam dok ralit tgk pameran TUDM aku ternampak wajah seorg memba aku yg agak lama la xjumpa..sekitar 7 ke 8 tahun gak la..tapi Alhmdlh, ingatan aku masih kekal, dan dia pun masih kenal aku..tp sekrg dah berbeza..dia dah bergelar Pegawai Tentera Udara, dalam PASKAU (pasukan khas udara) plak tu..cayalah..jeles pun ada..hahaha.. Smart je aku tgk..tp tak leh sembang lama la.org tu bertugas..next time la jumpa lain.. 
ingat nuri xhebat ka? tgk ni aksi2 merbahaya nuri..cumanya nuri ni dah digunakan sejak sekian lama dulu lagi..sejak tahun 80an lagi kalau xsilap aku...jd nuri ni dah tua dah..huhu..byk kerosakan teknikal, mgkin blh direpair tapi kena ambik risiko la..



ni beberapa gambar yg sempat aku ambik dalam sibuk2 dok tgk ke udara..takut terlepas moment2 best..tapi pihak TUDM akan maklum dlu..tapi memang best la... tgk la gmbar2 sewaktu harijadi ni..mesti korang rasa nak pi jugak..takpa..lepas2 ni ada lagi...cuma lokasi berbeza..

 tapi xbestnya aku xhabis pusing..selalu kalau mana2 hari terbuka angkatan tentera habis aku tawaf..tp kali ni xdan habis..huhu 


kali ni kami pi bertiga ja,...ramai dah ada komitmen masing2...susah nak dpt kumpul bersama.... lepas tgk demo pesawat2 TUDM beraksi aku ngn kawan2 dah lemah..maklum la..nak singgah beli air pun dah xnak..punya la ramai manusia.. apa lagi..plan balik terus la..bila balik satu lagi plak masalah..nak kluar kem pun punya la lama..sesak..hmm.. tp dalam kesabaran tu akhirnya dpt jgak kluar.. dan yg paling penting kami2 ni first time datang Subang..apa2 lagi..ronda2 la..tersinggah la di Sunway Piramid..saja nak tgk2..apa yg menarik kat situ..rasanya xdak la menarik sangat..cuma di situ ada Ice Skating..tu ja kot yg menarik..teringin gak nak main..tp nanti la..plan lain kali plak..haha..




apa2 pun..balik dulu..dan yg penting makan tghari di Bangi, mapley HJ Tapah..KL mahal, xsedap.. 

p/s : jgn lupa len kali bawak spek hitam, topi atau payung, air mineral, kamera.

01 June 2012

Hari Terbuka TUDM ke 54 ~ SUBANG


jom kawan2..pakat2 kita pi TUDM SUBANG Ahad ni, 3 jun 2012 ..meriahkan lagi suasana disana, byk aktiviti2 menarik... Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah Pertunjukan Statik, Airshow dan Konsert .. Dan kita juga berpeluang melihat pesawat2 terkini TUDM, jgn lupa bawak family anda.


-Pameran Statik Aset- Aset TUDM
-Pertunjukan udara oleh Su-30MKM dan MiG-29N (Smokey Bandits), demonstrasi Pasukan Khas TUDM















* Jangan lupa dtg awal..mesti sesak punya..masuk free.. (^_______^)

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...