05 September 2020

Ujian Kelayakan TAHUN 1 :: SIRAJ

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah..akhirnya setelah beberapa bulan menunggu, harini dapat diadakan ujian kelayakan tahun 1 utk kemasukan ke Sekolah SIRAJ. Klu tak tarikh sebenarnya pada bulan Jun..tapi disebabkan PKP..dilanjutkan sehingga ke 5 September 2020 dengan 2 Sesi..Sesi pagi dan Sesi Petang..

Sekolah Integrasi Rendah Agama JAWI atau SIRAJ yang aku mohon dekat anak2 adalah di BandarTun Razak..dan nak masuk ke Sekolah Rendah ni ada ujian kelayakan dulu.. seperti SRAI bawah Jais. Ujian tersebut merangkumi BM, Matematik, Jawi, Bahasa Arab, Mewarna, Membaca, Bahasa Inggeris dan Hafazan.

Memang kena prepare la.. Tadi masa hantar Fateh dengan Fatehah utk ujian tu..tgk ramai gilerr orang..hmm.. tapi mmg aku harap sgt la dapat sekolah di situ. Sekolah tu mula 7.30-4.00petang..so mudah la bg ibubapa yang bekerja..Silibus pun ok... ada hafazan.. tapi sebelum pilih sekolah ni..pastikan kita dah daftar tahun 1 dilaman web kementerian..

Oleh kerana PKP, ibubapa tak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah..tunggu diluarpagar sahaja. 2jam stgh ujian dia.. mula pukul 9-11.30 pagi..Fateh dengan Fatehah dapat bilik berasingan..Fateh bilik 10 Fatehah Bilik 9.. tapi alhamdulillah..depa ok ja..cuma fateh dia tak sarapan awal pagi..katanya sakit perut.. ya..sebijik mcm abi dia..nervous..haha..aku klu nak exam ka, nak perform depan org ramai ka, pertandingan ka..mmg akan nervous..masa tu tak lalu dah nak makan..perut rasa tak sedap.. so aku dah faham sebab apa fateh xnak makan..so aku bekalkan dia roti..letak dalam beg..takut dia muntah ja.. sebab fateh klu tak makan mmg akan muntah..angin..

2jam setengah tu kitorang pergi pasar dlu beli ayam,ikan,,kemudian balik rehat dekat rumah..pukul 11 datang balik sekolah..ya..mak ayah yang lain2dah siap tunggu anak2 depa.. meriah..ramai orang.. dan akhirnya murid2 dibenarkan keluar mengikut bilik kelas masing2..jenuh plak nak menunggu sebab interview tu ada pembahagian 11 kelas..fateh dengan fatehah dapat kelas no 9 dan 10..pihak sekolah lepaskan anak2 mengikut no kelas.. so kami yang kelas no 9 dan 10 ni mmg lama la tunggu..

Alhamdulillah..kakak dengan fateh ckp depa boleh buat ujian tu..tak dak masalah..katanya la..dengan penuh yakin..betul ka tak aku pun tak tau..tapi dari keyakinan depa berdua..akupun rasa yakin..

Semoga anak2 kami fateh dan fatehah diterima masuk ke SIRAJ Bandar Tun Razak.. Ameen

12 comments:

  1. As alam puan.saya bercadang utk masukkan anak saya ke Siraj tahun depan.boleh ke saya nak tantya soalan yg mcm mana ya selalunya

    ReplyDelete
  2. Wkslm puan, puan boleh semak link permohonan di page fb Siraj mana nak daftar.. tarikh permohonan dibuka 12 April - 23 April 2021. Kalau ikut carta alirannya 8 Mei 2021 hari Ujian kemasukan tahun 1. Persediaan utk anak bahasa melayu, bahasa inggeris (baca), matematik, jawi, hafazan (tapi tahun 2020 tiada). Semoga berjaya puan.

    ReplyDelete
  3. Untuk spesifik soalan sya tak pasti..sebab soalan langsung tak dapat tgk.. cuma anak ada ckp bahasa inggeris dan jawi guru akan dtg di meja utk murid membaca.. yg lain tu soalan mcm dalam buku2 latihan 6 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, utk membaca bahasa inggeris & jawi puan buat persediaan apa ye? Adakah ayat2 panjang atau simple atau perkataan2?

      Delete
    2. Wsklm, mcm utk english sya prepare utk anak2 sya mcm haiwan2, nombor, colour, yg basic2 ja.. sebab ada soalan suaikan gambar dan jawapan. lepas tu ajar membaca dlm buku asas english. simple ja.. jawi plak prepare sambungkan huruf2 jawi. jugak utk perkataan yg simple.2 suku kata.. InsyaAllah tahun ni sya ada anak lagi sorang yg akan masuk tahun 1 2022..so kena prepare yg ni la.. insyaAllah ada masa..sebab mgkin ujian kelayakan tahun 1 akan ditunda.. sebab covid..

      Delete
    3. klu di SRAI bawah JAIS..mereka ada bekalkan buku utk preparation atau panduan anak2..klu blh dapatkan buku tersebut mgkin membantu sedikit sebanyak..

      Delete
  4. Salam sy pun tgh buat persediaan utk anak sy Sabtu ni..moga ada rezeki utk Siraj Putrajaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. WKSLM..semoga anak puan berjaya untuk bersekolah di Siraj Putrajaya..

      Delete
  5. Assalamualaikum maaf btanya siraj ni swasta atau kerajaan?bulanan berapa ye?maaf btanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslm.. Siraj bawah JAWI. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Tiada bayaran bulanan.

      Delete
  6. anak2 puan dua berjaya dapat ke siraj tu?

    ReplyDelete
  7. Nk tau juga anak puan berjaya dua-dua orang tak?

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...