31 October 2012

# Wordless Wednesday # Abg Bomba

Peace....!!!!??!??!?!




Taufan Sandy Badai Timur AS

Ship Bottom: Kerajaan tempatan dari North Carolina hingga ke Cennecticut mengisytiharkan darurat manakala Delaware mengarahkan perpindahan wajib di kawasan pantai selepas taufan Sandy yang melanda Caribbean, mula membadai wilayah timur Amerika Syarikat dengan hujan lebat, angin kencang dan salji tebal semalam. 

Sandy dijangka menjejaskan lebih 60 juta penduduk apabila ia bertembung dengan dua lagi ribut kuat musim sejuk. Pakar berkata kekuatan angin bukan menjadi perkara utama apabila ia membadai tetapi kesannya akan dapat dirasakan sehingga 1,300 kilometer dari Pantai Timur hingga ke Great Lakes. 
Pihak berkuasa memberi amaran terhadap penduduk di kawasan pantai untuk mengelak laluan taufan berkenaan. 


Pengarah agensi pengurusan kecemasan persekutuan, Craig Fugate berkata ribut adalah satu ancaman bukan hanya kawasan pantai: Ini adalah sebuah kawasan yang besar, katanya. 

Gabenor New Jersey, Chris Christie mengisytiharkan perintah darurat ketika beratus penduduk pantai mula berpindah dan negeri itu dijangka menutup semua kasino. 

Gabenor New York mempertimbangkan untuk menutup keretapi bawah tanah bagi mengelak ancaman banjir dan berpuluh negeri lain memberi amaran kepada penduduknya untuk bersedia sedia kemungkinan terputus bekalan elektrik selama beberapa hari. 

Pusat puting beliung kebangsaan di Miami berkata Sandy akan terus bergerak hingga ke pantai Tenggara bagi kebanyakan hari dan mendekati negeri Atlantik tengah menjelang malam Isnin. 
Ramalan kaji cuaca berkata bahawa keadaan ribut tropika merebak di seluruh kawasan pantai North Carolina dan angin kencang bermula sepanjang pantai Atlantik tengah pada Ahad. 

Di Ship Bottom, utara Atlantic City, Alice dan Giovanni Stockton-Rossini menghabiskan masa pada Sabtu untuk mengemas barangan di kediaman mereka beberapa meter dari pantai Long Beach Island. Kebanyakan jiran mereka secara sukarela bersedia untuk berpindah. 
AP

























24 October 2012

Fadhilat Puasa Sunaat Hari Arafah :: 9 Zulhijjah

Assalamualaikum... saat jemaah2 haji yang menunaikan haji mereka di Tanah Suci Mekah yakni sedang mengerjakan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah..kita yg tidak berkesempatan utk kesana di Sunatkan utk berpuasa hari Arafah...



Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)





Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)


Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim).



InsyaAllah kita akan berpuasa Sunat Hari Arafah pada hari esok. Khamis, 9 Zulhijjah 1433H (25 Oktober 2012)

23 October 2012

Versi Lama VS Versi Baru



Shortcut untuk Adobe Photoshop

Bagi pengguna yang dah lama guna perisian Adobe Photoshop, mgkin dah tau serba sedeikit tentang shortcut2 berikut..tp kadang2 ada jugak yg tak tau..bagi yg baru nak belajar blh la cuba2 shorcut ni..Shortcut ni sebenarnya memudahkan dan menjimatkan masa dalam mengedit sesuatu..cepat la skit..dah nama pun shortcut..hahaha.. mula2 belajar mgkin terkial2 nak guna..kena tgk satu2..tp bila dah hapal, dah terbiasa..senang ja..pantas........... baru nampak mcm pro..hehehe

The Rock in Malaysia :: AES

22 October 2012

Lari Dari Semburan Arak :: Malaysian Grand Prix

Zulfahmi, pelumba negara mencipta sejarah dengan menaiki Podium utk tempat kedua dalam kejuaraan Malaysian Motorcycle Grand Prix di Litar Sepang baru2 ni...kalau ikut mata, zulfahmi ni sekrg berada dalam no 7..ok la tu.. cuma bila dah naik podium cam biasa la..org barat ni adat dia sambut pemenang kat podium kena ada pompuan seksi2..botol arak besar..pastu goncang2 sembur..pastu minum..selalunya camtu la..tp kali ni, salah sorg yg naik podium tu org melayu, Zulfahmi..Islam.. jadi arak ni satu benda yg sgt2 asing bg seorg Muslim..jadi ada video dibawah menyaksikan Zulfahmi beredar dan jauhkan diri drpd terkena semburan arak tersebut..

Zulfahmi - Pelumba GrandPrix Negara :: KTM


19 October 2012

Servis ke 3 :: Si Putih

Byk kali buat apointmnt asyik xjd ja.. Hal tu la, hal ni la, penuh la. tp aku ada byk pilihan nak pegi pusat servis, di kajang, bangi, cheras, balakong... Tp last2 bangi jugak aku pi.. Tp sbnrnya aku xkisah pun pusat servis yg mana pun.. Tp katanya di kajang antara yg terbaik dalam list yg aku sebutkan td.. Tp xdak la mnuggu lama.. Wifi pun ok.. Hehe.. Tu yg pnting sebenarnya.. Dlu klu ruangan menunggu diorg letak suratkhabar la, majalah la,.. Tp skrg just letak wifi ja.. Hehehe..

p/s : baru 4 bulan dah 10k..(RM163.00)

18 October 2012

Kawasaki z800 Masuk Malaysia :: Naked

Baru2 ni motor Kawasaki Z800 dilancarkan di Malaysia... terbaik la dari segi bentuknya.. dengar kata motor superbike ni murah.. sekitar RM48,000 ++... sebelum ni harga Z750R-RM65,900   Z1000-RM75,900........murah la tu.. pelancaran oleh Kawasaki skali dengan motor Ninja 250 2013..






Majlis pelancaran diadakan di Hotel Sunway Resort & Spa pada 11 oktober 2012 oleh Dato' Mukhriz Mahathir..


Kawasaki z800





Kawasaki Ninja 250 2013








Harga Kapar Motor
Kawasaki Z800
bike only available on november

Now Promotion 
DP0
Montly RM815x7yrs
DP10%
Montly RM730x7yrs
DO20%
mOntly RM650x7yrs
Get it Now!



Kawasaki z800 Spesifikasi
engine: 
Type Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four
Displacement 806 cm³Bore and Stroke 71.0 x 50.9 mmCompression ratio 11.9:1
Valve system DOHC, 16 valves
Fuel system Fuel injection: ø34 mm x 4 (Keihin) with dual throttle valves
Ignition Digital
Starting Electric
Lubrication Forced lubrication, wet sump


Drivetrain:
Transmission 6-speed, return
Final drive Sealed Chain
Primary reduction ratio 1.714 (84/49)
1st 2.571 (36/14)
2nd 1.941 (33/17)
3rd 1.556 (28/18)
4th 1.333 (28/21)
5th 1.200 (24/20)
6th 1.095 (23/21)
Final reduction ratio 3.000 (45/15)
Clutch Wet multi-disc, manual


Frame:
Type Tubular backbone (with engine sub-frame),
high-tensile steel
Wheel travel:
Front 120 mm
Rear 137 mm
Tyre:
Front 120/70ZR17M/C (58W)
Rear 180/55ZR17M/C (73W)
Caster (rake) 24°
Trail 98 mm
Steering angle (left/right) 31° / 31°


Suspension:
Front 41 mm inverted fork with rebound damping and spring preload adjustability
Rear Bottom-Link Uni-Trak, gas-charged shock with piggyback reservoir and stepless rebound damping and preload adjustability
Brakes:
Front: Dual semi-floating 310 mm petal discs
Caliper Dual opposed 4-piston
Rear: Single 250 mm petal disc
Caliper Single-piston


Dimensions:
Overall length 2,100 mm
Overall width 800 mm
Overall height 800 mm
Wheelbase 1,445 mm
Ground clearance 150 mm
Seat height 834 mm
Curb mass 231 kg
Fuel capacity 17 litres
Performance:
Maximum power 83.0 kW {113 PS} / 10,200 rpm
Maximum torque 83.0 Nžm {8.5 kg¦žm} / 8,000 rpm












17 October 2012

Soalan Najis Untuk Najib

Berikut adalah video budak2 sekolah sedang mempromosikan alat bantuan mengajar..tgh bentang pada PM..last2 budak tu tanya soalan najis mughallazoh...jadi kita tgk apa reaksi Dato Seri...

Benda pelik dalam dunia ?@$&")(!¥<

Sekarang ni kecoh pasal laporan audit negara.. Jadi aku ada la terbaca apa yg audit negara keluarkan.. Laporan Audit 2011.. Aku terdduk sejenak sambil cekak rambut.. Apa yg pelik sgt smpai mcm ni skali.. Pelik2.. Pelik2.. Xtau nak ckp apa.. Hmmm.. Nilai la sendiri..

16 October 2012

Aku Hisap DADAH???

Kali ni saja wat gempak skit tajuk tu...haha..ni semua lakonan semata2..sebab markah punya pasal...
Kawan aku la..nazir.. kitorang punya tugasan kena buat lakonan..sekali dia punya plan lakonan bukan main gempak...ada 4 scene semuanya..ckup la semua lelaki kelas aku..last2 terbaik punya pasal maka terpilih lah utk pertandingan..lawan antara kelas2 mengikut fakulkti..haha..mmg aku dah nak tarik diri..malu kot..dah la jadi mat dadah..pakai baju pagoda ja..hmm.. nasib baik la masa ni aku masih di semester satu..jadi perasaan malu tu kurang skit la sebab xramai yg aku kenal lagi.. hentam je la labu... tgk la..loghat kedah lagi tu..


p/s: kami menang..juara tu...

14 October 2012

Jatuh Hati :: KTM DUKE 200

Assalamualaikum.. Semalam sahabat aku dtg dr kedah.. Ke UKM utk ambik jubah konvo.. Alhmdlh.. Kawan aku dah nak graduate.. Hmm. Aku tumpang hepi.. Bukan org lain.. Kawan aku jugak.. Tp katanya xnak bermalam di bangi sebab esok kerja. Ok fine.. Xpa.. Next time blh jumpa lagi. Hari konvo. 23hb 10 ni.. InsyaAllah aku mintak cuti haritu..

Sekejap ja rasa jumpa kemudian dia dah nak balik.. Aku terpksa berkejar masa sebab mlm tu jugak aku mengajar.. Tp bas kul 10.15.. Habis ngaja di ptrajya kul 9.. Sempat la.. Rempit habis la.. Nasib bek aku dah spot kawasan AES.. Hahaha..

Kami sempat makan beger sama2 ha.. Time beli beger tu la mulanya aku jatuh hati dgn motor ni... KTM DUKE 200.. Aku mmg dah tau motor keluaran tahun 2012 ni.. Tp xpernah berkesempatan jumpa.. Slalu nampak atas jalan raya ja.. Tp semalam ada kat sebelah ja.. Puas hati dpt belek2.. Tp nak duduk naik segan la.. Hahaha.. Mmg cntik habis.. Rare.. Hahaha.. Sesuai la dgn umur aku..

Harganya xsilap sekitar RM18k.. Top speed aku tgk forum ngn youtube depa ckp dlm 138km/j.. Cantik la.. Sportrim pun ok.. Tayar blkg pun mcm er6.. Tank besar.. Hmm..

p/s : fz nak tauk mana.. Hmm

Exam Akhir Tahun :: Tahun 5

Alhmdlh.. Masuk ni dah 2 bulan aku mengajar jawi.. Harap2 anak murid aku dpt menguasai jawi.. Xbyk pun skit jadi la.. Dpt la tukar warna dakwat pen kat kertas exam tu.. Klu selalu warna merah, harap dpt tukar jd biru.. Hehehe..

Aku cuba cari contoh soalan dr kementerian utk peperiksaan akhir tahun.. Tanya pada ustzh Rohaida(kafa n9) pasal kertas soalan.. Dia sruh aku bukak blog Syahmi Jqaf.. Alhmdlh.. Dpt jumpa cari.. Harini buat latihan utk nak exam ja.. Sebab minggu depan adi dah nak ujian akhir tahun..

Sibuk aku dok mngaja, adik2 adi mula nk mnyibuk.. Sebb kadang2 aku suka layan diorg ni.. Hehe.. Budak2.. Biasa la.. Kna jd budak2 jugak nk layan depa ni..

p/s : aku dulu pun xpndai jawi..

13 October 2012

Sihatkan Tubuh :: Jogging

Semalam aku lalu kat UM..tgk ramai je org jogging.. aku lalu mlm..dalam hati aku ckp,mgkin disebabkan ptg tadi hujan so diorg cover mlm la jogging..ataupun mgkin esoknnya cuti..jd jogging la...

jelesnya aku...sbnrnya aku niat nak jogging lama dah..sebab dlu sebelum aku sakit, aku slalu jogging....pastu lepas sakit aku dah xblh berlari..cuma aku berjalan..nak lari2 anak pun xberani..ikut nasihat doktor la katakan..kemudian..last appointment aku dgn doktor aku tanya satu soalan.. lebih kurang camni la "doktor, blh saya jogging tak lepas ni".. balas doktor tu "bukan setakat jogging ja..awak nak main futsal pun ok, cuma jgn main permainan yg kasar dan menyebbkan awak jatuh contoh mcm ragbi ka, hmm.."... dalam hati kata ..Alhmdlh..yesss... jadi baru2 ni aku nak jogging..tp tu la...masa xmgizinkan..balik keje je dah lewat..kemudian bila ada masa cuaca plak xizinkan..hmmm..xpa..

tp lepas tgk budak2 UM jogging semalam terasa motivasi la skit..diorg sibuk2 stdy pun blh jogging..jadi ptg ni aku nak jogging..lepas asar..yeah...

p/s : "akal yang sihat berada dalam badan yg sihat"

12 October 2012

Senarai lokasi pemasangan AES mengikut negeri di Malaysia

Cuba hampa cek tgk..spot kawasan ni..nnti jenuh kot xlarat bayar saman..hahaha..

PUTRAJAYA

SELANGOR


PERLIS


KEDAH


PERAK


PULAU PINANG


TERENGGANU


KELANTAN


PAHANG


KUALA LUMPUR


NEGERI SEMBILAN


MELAKA


JOHOR


SARAWAK


SABAH


LABUAN


credit: http://murkiester.com

p/s : jenuh nak spot..aku guna kedah selangor ptrajaya kl dan n9 ja..

Mengelak dari AES???

Ramai org asyik bercakap mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) skrg ni..sampai berbalah dalam parlimen..aku dah tgk kamera ni..flash dia terang jugak la.. klu malam tu berasa mcm kilat ja.. aku tgk kereta laju beturut2 pun kamera tu masih mampu tangkap(capture)..tp xtau la detect tak klu kereta tu dok sebelah lori ke bas ka..hmm..apa2 pun berhati2 lah..berjaga2 lah...RM300 kot...




PUTRAJAYA: Bermula September ini, lebih 1,000 kamera akan memantau keadaan trafik di seluruh negara di bawah Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
Ia merangkumi 566 kamera had laju, 265 kamera lampu isyarat dan 250 kamera bergerak.
Kementerian Pengangkutan adalah pemilik AES manakala agensinya akan bertanggungjawab melaksanakan sistem tersebut.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata sistem tersebut telah diuji di lebih 10 lokasi dengan setiap kamera berupaya mengesan kira-kira 600 pesalah setiap hari.
"AES akan mengesan pemandu yang memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat. Terdapat imej 12mb untuk menunjukkan masa, tarikh dan lokasi pesalah.
"Sistem tersebut telah mengurangkan kadar kemalangan di negara lain. Kajian menunjukkan bahawa pengguna jalan raya dipengaruhi oleh Persepsi Akan Ditangkap (POBC) iaitu kira-kira 20% di Malaysia manakala yang ideal ialah melebihi 80%," katanya dalam temu bual.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk menempatkan setiap pegawai bagi melakukan pemeriksaan di semua lokasi strategik.
"Sistem tersebut boleh mengimbangi halangan ini," katanya.
Sebaik saja AES digunakan sepenuhnya, pengguna jalan yang ingkar akan menerima saman dalam tempoh dua minggu dari tarikh kesalahan.
AES diserahkan kepada dua syarikat.
"Kami tidak perlu membayar kepada mereka kerana mereka akan menerima potongan saman yang dikeluarkan. Namun peratusannya masih belum ditentukan.
"Syarikat tersebut bertanggungjawab untuk membangun dan menyelenggara sistem itu untuk tempoh lima tahun. Selepas itu, kami akan menentukan sama ada mahu membiarkan mereka meneruskan tanggungjawab itu atau membiarkan mereka membeli sistem itu pada harga RM800 juta," katanya.
Solah berkata, sistem itu akan digunakan untuk mengesan semua kesalahan trafik, bukan hanya membabitkan pemanduan melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

sumber : mstar

tapi baru2 ni aku dapat email..ada cara nak elak kena kesan dr AES ni... tp  tak tau la dah masuk malaysia belum..



terlayan cerita melayu :: Cinta Vlog

semalam saja2 bukak blog..pastu tgk ada member2 blog bg link cerita ni..huhu...terlayan la plak..ingat nak tgk skit ja..tp teralit plak tgk..huhu..byk kerja tergendala...hampeh..... vlog la sgt..hahaha.. keyakinan diri? hmmm..harus kah?? apa2 pun layan la citer ni...haha



11 October 2012

kisah adik Adam Syukri

Assalamualaikum...beberapa hari ni aku tgk di twitter Wardina Safiyyah bercerita tntg baby adam..aku sbnrnya xpasti apa kes dan kejadian yg berlaku disebaliknya..sebab sebelum ni aku ada bukak jugak di facebook..tgk baby adam..rasa sedih sgt melihat keadaan adam..aku paham macam mana perasaan ibunya, yg melahirkan..


 kesedihan yg aku rasa xsama dgn apa yg ibu adam rasa..first aku tgk dalam fb tu ada akaun maybank ja..nak bantu tu ada.. tp aku guna cimb clik.. jadi mcm terabai la sekejap..tup2 baru ni aku bukak twitter tgk apa yg Wardina post kat tweet dia..


Sesiapa pun akan Terasa jugak la klu kena 'sound' mcm tu.. aku byk kali jugak la dgr dari kawan2 pasal nurse yg mcm ni.. tapi aku x rasa smua nurse mcm ni..mgkin segelintir ja yg x ok..disebabkan segelintir yg xok tu la yg mencemarkan nama baik n kerja baik seorg nurse ni...aku pernah hampir sebulan duduk di hspital..jd aku ada pngalaman dgn nurse2 ni...ada jugak nurse yg ok..yg 'caring' sgt...rasa x sakit ja bila dilayan sebagai pesakit..tp ada jugak yg layan lebih kurang..maybe diorg stress kot..ye la..aku tgk sister2 kat situ smua marah ikut dan ja..cuti plak xmenentu..apa2 pun aku tabik n hormat pada yg menjalankan tugas sebagai seorg nurse yg baik..ini satu profession yg mulia.sebab aku ada adik yg ambik bidang ni..tp masih praktikal di Hospital..hehe.. nurse peribadi aku masa aku sakit dlu..selalu kena marah dgn aku..hahaha..

Berbalik kepada cerita adam n ibu dia td..kita serahkan kepada pihak yg bertgjwb dlm hal ni..aku rasa yg bersalah ttp kena hukuman sebab sbgai satu pengajaran...

Alhamdulillah aku jumpa jugak no akaun cimb ibu adam..aku bantu sekadar yg mampu ja..hnya semudah satu clik ja..(cimb clik)


p/s : mgkin hari ni kita senang, dan xmustahil esok kita susah....

Lastik Lori Laju :: Protes

Pagi td aku ada terbaca berita ni dari metro online..aku punya pendapat dr berita ni lebih kurang camni la..  Bagi penduduk di situ mgkin mereka dah lama menyuarakan atau bantahan atau buat laporan terhadap lori yg keluar masuk di kawasan mereka dgn kelajuan yg membimbangkan, melebihi had laju.. tp tiada tindakan dan berlaku la satu tragedi di mana seorang mangsa dilanggar oleh lori tersebut dan diseret sejauh 50 meter..masa ni dah tak guna nak ckp apa..org yg tak kena pada btg hidung sendiri xpe la..tp bila dah kena anak sendiri, saudara sendiri..memg xsenang duduk la.. bimbangkan keadaan sedemekian berlaku lagi..setelah suara mereka, jeritan hati mereka xdidengari..maka mereka ambik tindakan sendiri..dengan melastik tingkap lori yg melebihi had laju..mgkin mereka dah bengang sgt..ramai org kata, xsalah pemandu lori sebab nak kejaar trip, nak bg anak bini makan..tp Islam bukanlah mengahalal cara utk mencapai matlamat...aku rasa wajar mereka bertindak mcm tu, mgkin lepas berlaku lastik melastik ni, baru nak ada pihak berwajib tampil, ye la..dah ada suara sana, suara sini mengancam..satu pihak xsenang duduk, di tekan..maka..ketika itu barulah cerita mereka, kes mereka.. didengari dan mgkin dpt disetelkan....

10 October 2012

FB Malaysian Gags :: Politik

Dalam facebook ada satu Page akaun ni, Malaysian Gags..gmbar2 yg dikeluarkan semua berkaitan kerajaan.. Aku no komen..sebab ni bukan blog politik..tp gmbar2 yg dikeluarkan tu adanya betul.. kadang2 tertgk rasa lawak pun ada...hahaha... agak2 nak dekat PRU nnti mcm2 la strategi perang cyber utk kedua2 belah pihak...














p/s : gelak ja aku tgk.....

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...