12 June 2018

Elaun Petugas SPR PRU ke 14 2018 ~ Kerani Pengundian

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..minggu lepas dapat berita dari wasap group mengatakan pembayaran elaun petugas SPR bagi PRU14 akan dibayar minggu ini.. 12hb Jun 2018.. bayar cash by hand..kena pergi tempat pengumpulan/penjumlahan undi tempoh hari.. daripada 8 pagi sampai 5 ptg.. petugas boleh pergi tuntut duit elaun tersebut dengan membawa ic sendiri..sekiranya nak wakilkan pada sesiapa..mohon orang yg datang ambil tu bawa surat kuasa wakil (surat rasmi)..Surat tu buat sendiri ja..

Aku datang sekitar jam 10 pagi..ramai jugak la orang time tu..haha..tapi alhamdulillah kitorg petugas undi pos..so mmg tak ramai la..pergi terus ambik ja..tak payah beratur bagai..

suasana dalam dewan...

ramai jugak..yang hujung tu tak pasti dun mana..beratur sebab ramai..

Dan aku sebagai petugas SPR - (Kerani Pengundian + Kerani Mengira Undi) jumlah bayaran elaunnya adalah sebanyak RM365 + RM42 (tak pasti bayaran apa, tapi bayaran ni semua dapat sama banyak)..total adalah RM407.. Alhamdulillah..rezeki.. tambah2 raya nak dekat dah ni..mmg nak pakai duit pun..SPR mmg memahami..hehe...
rezeki..Alhamdulillah..

sebelum ambik duit isi borang dlu..

gambar kenangan dengan Pegawai SPR (brother jaket hitam tu)..

Sebab dengar2 petugas yang tahun sebelum2 ni bayaran agak lewat skit..sampai 2 ke 3 bulan..tapi kali ni alhamdulillah..agak cepat la jugak..cerita pasal dapat bertugas ni sebenarnya haritu ada email pejabat offer sapa nak jadi petugas SPR..so aku dengan rendah hatinya nak join..ambik pengalaman..tak tau plak ada bayaran.. aku ingt mcm dia bagi saguhati mcm baju, topi, payung dan makan gitu2 ja.. rupanya ada bayaran elaun mengikut spesifikasi tugas masing2..

Nanti next posting aku cerita pengalaman aku jadi petugas SPR sebagai kerani pengundian dan kerani mengira undi.. Akhir kalam...Selamat Hari Raya, Hati2 memandu pulang ke kampung halaman..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...