11 April 2019

Pesta BUKU :: PWTC

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan pi pesta buku.. sebenarnya ada pro n kontra pada pesta buku ni..

Pwtc dgn rumah aku xla jauh mana.. memandangkan aku dgn wife serta anak2 pergi hari sabtu. Memang dh blh agak trafik mcm mana.. ditambah plak dgn pelancaran LTDL. Agak byk jalan yg ditutup.

Dan kaedahnya kami pergi pwtc naik LRT. Senang.. Alhamdulillah berjaya sampai dgn 4 org anak2..  Bawak anak2 memg agak2 mencabar. Kena plak kami ssampai dh agak tengahari..panas.. anak buat perangai..kena dukung..org ramai... Mcm2 lagi la .

Tapi klu dh pi pesta buku mmg x blh lari dr ramainya manusia.. Ditambah dengan budak2 sekolah seluruh malaysia..

Tipsnya, nak beli satu2 buku tu korang mesti dh survey siap2 buku apa nak beli, sapa penerbit dia.. sebab bila dh sampai situ mmg padat.. nak mencari jenuh.. so korang blh tnya sukarelawan yg bertugas disitu. Diorg ada merata2 disitu dgn memakai selempang yg bertulis 'ask me'..

Klu nak mencari buku, nak tgk kandungan buku, aku rasa boleh hilang fokus sebab ramainya org.. sesak2..  ruang yg sempit antara satu booth.. dan buku yg ada diskaun besar akan dikerumuni org..

Secara jujurnya aku suka beli buku dikedai2 buku yg biasa2.. tp dah wife ajak.. ok ja..haha.. tp bila dtg pesta buku ni korang akan rasa feel nk membeli buku dan mmembaca buku.. tp bila dh balik tak tahu la ada lagi ke tak feel tu..

Rakyat malaysia antara rakyat yg kurang membaca.. jadi sama2 kita memupuk semangat utk membaca..

Klu bwk anak kecik, pakai ja baby carrier, klu pakai stroller susah nak bergerak..

Dan keseluruhanya aku berjaya ke pesta buku dgn 4 org anak. Dan berjaya membeli buku..

01 April 2019

First Time Wayang :: Upin & Ipin :: Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..dapat jugak tunaikan hajat anak2 nak tgk wayang upin ipin.. dlu masa first time upin ipin keluar wayang aku tak sempat nak bawak depa pi tgk.. dan lagipun masa tu depa anak2 kecik lagi.. klu pergi pun abi dengan ummi dia yang lebih2 tgk..haha..

Hari2 keluar iklan upin ipin keris siamang tunggal dekat tv.. pastu skrg produksi dah pandai market.. diorg akan tayang sekitar 10 minit cerita upin ipin  tu.. sedang dah asyik melayan tup2.. bersambung.. sila pergi ke pawagam berhampiran utk menonton cerita sepenuhnya.. pandai jugak la dengan cara tu.. hari2 plak dah depa dok sebut nak pi wayang..nak pi tgk upin ipin..last2 aku beli tiket online terus.. sebab pawagam kat sebelah rumah aku ja.. Tgv Cinema, Cheras Sentral..
masing2 muka ceria la sebab nak tgk upin ipin..




harga ok la.. RM8 (kanak) Rm 15 (dewasa).. So anak2 aku 4 orang tapi luqman tak memerlukan kerusi. jadi 3 je la = RM24
Aku dan isteri = RM30
Booking Fee = RM2.50
TOtal RM56.50 (tak termasuk pop corn)

senang bila online boleh terus print tiket atau dapatkan code bar.. nanti nak masuk scan ja..

Untuk makanan boleh juga beli online.. lagi mudah..nnti sampai dekat sana ada kaunter express tak perlu nak beratur dah beli makanan..

Bagi aku baik korang beli Pringles siap2 kat luar..sebab kat situ harga dia mahal skit la.. tapi dia tak check sgt pun dekat pintu masuk tu..

Oleh kerana masing2 pakat lapar sebab kitorang masuk tghri pukul 12.45 so kena beli lebih la..haha..paham2 la budak2 bila lapar..

Untuk cerita Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal tu bagi aku sgt menarik.. best la.. setanding animasi luar negara.. tgk plak dalam pawagam, kena dengan sound.. pergh.. layan beb...

Dan cerita ini menggabungkan cerita2 menarik tanah air kita seperti nujum pak belalang, mat jenin, bawang putih bawang merah, si tanggang, raja bersiong, singapura dilanggar todak... secara tak langsung ianya menjadi sgt menarik..

Kepada yang belum menonton, aku sarankan untuk tonton..gerenti puas hati..

Dan lagi satu, TGV Cinema sgt mesra kanak2..tempat tukar lampin pun disediakan..

lepas ja tgk wayang masing2 pakat lapar.. diskas punya diskas..akhirnya setuju utk makan di KFC.. 



18 March 2019

Aiskrim Unicorn Cornetto VIRAL!!

Assalamualaikum...
kenapala aku boleh terjebak jugak dengan membeli aiskrim viral ni.. mula2 tgk ada kawan2 dalam fb up gambar aiskrim ni..teringin la plak..kena plak dengan cuaca yang tgh panas terik skrg ni..mmg kena la.. dulu punya la susah nak dapatkan aiskrim ni..asyik habis ja..sebab tgh meletupp viral.. tapi skrg dah kurang meletup.. bila tgk dekat 7-11 masih byk lagi..
cukup la 2 dlu sebagai percubaan pertama.. ternyata sedap ooo...

ni dalam dia..warna warni

topping atas dia tu aku tak tau dia letak apa..tapi sedap la..

beli dekat 7-11 lari masuk dalam kereta.. tak la jauh pun kereta.. tapi sekejap ja aiskrim tu dah nak cair..maknanya cuaca di luar sgt terik...

so budak kecik ni menumpang la sekali..bagi sekali nak 2 kali..bagi 2 kali mcm nak semua sekali...last2 dah habis menangis sebab nak makan lagi..haha.. next time abi beli lagi ye.. harga dia RM3.30






Majlis PALUAN BERUNDUR DIG

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Jumaat lepas berkesempatan meraikan YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Bin Ibrahim bersara daripada bertugas sebagai Timb. Ketua Polis Negara.

Majlis meraikan persaraan beliau diadakan di PULAPOL KL pada MAJLIS PALUAN BERUNDUR. Semoga jasa bakti yang ditaburkan menjadi pedoman dan ikutan buat anggota yang di bawah untuk bertugas dengan lebih berintegriti.

Selamat menjalani persaraan. Semoga diberikan kesihatan yang baik.






sambut Anniversary di HR STEAK HOUSE KG BARU

Assalamualaikum..

Setelah bg pilihan pada wife utk pilih nak dinner di mana utk sambut anniversary, ternyata wife memilih western food. Makan steak..aku lebih prefer utk makan steamboat..tapi takpalah..bg wife utk buat pilihan.

Kami memilih HR Steak House Kg Baru kerana kami sudah terbiasa di situ.. makanannya sedap dan harga berbaloi. Air buah dia plak gelas besar..puaih hati.. selalu kat kedai makan biasa sekejap ja habis air..anak2 ni biasa la..klu dah jumpa air..makanan tak sampai lagi dah separuh air depa minum.. tp di HR steak house tak risau lagi sebab besar sgt...hahaha

Di kg baru tu macam2 taste makanan ada..tinggal nak pilih ja.. parking jgn risau.. ada kawasan lapang yang dijadikan tempat parking dengan bayaran RM4 sekali masuk. Klu korang rasa malas nak drive, naik ja GRAB..haha.. apa susah..

Di HR Steak House ada 3 pilihan tempat duduk..

Yang first sekali sebelah dalam kedai.. kebanyakan yg duduk sebelah dalam adalah family yang agak ramai sebab meja di dalam agak besar.. Sesuai utk yang dtg bawak anak2.

Yang Kedua kawasan lapang di depan kedai yang tidak berbumbung.. so selalunya yang lepak makan disitu adalah golongan muda dan jugak couple.. agak santai skit di luar tu..

Dan yang ketiga dalam satu box khas..ala2 bilik yang romantik yang bertingkap kayu.. ok jugak..sesuai utk pasangan yang lebih nak privasi dan romantis...

Luqman ni klu berjalan skit tak buat perangai..haha..tambah2 kat kedai makan.. sebab dia akan mkn apa yang abg2 kakak dia makan.. 
dalam dok kawal air letak setempat pun..xmenjadi..haha..lepas ni kena order air selepas makanan sampai.. bukan apa..nanti makanan xhabis sebab kenyang dengan air ja.. 
peramah dan byk cakap..ni lah fatehah..ada ja mulut dia..potpet potpet.. dengan makcik jiran sebelah pun dia boleh dok menyembang..
fateh ni jenis tak byk ckp..mcm aku jugak dlu2..haha..tapi bila kat kedai makan selera besar..dan selalunya apa yang di pesan akan habis di makan..
dulu masa abang2 kakak dia xdak nya nak disuap.. bagi minum air masak ja.. mai dekat luqman..semua benda dia nak makan, minum..xpadan dengan kecik..setahun pun belum..hehe 
bukan main minta Lamb Chop..last2 xhabis sebab katanya daging tu lekat kat gigi..ye la..dah gigi pun jarang..memang melekat la..haha 
makan pakai tangan senang..sudu2 bagai ni susah..haha..

happy sebab dpt makan western..klu tak kena pi kedai steamboat..

chicken chop pun makan budak ni..hehe..sampai kekenyangan la..

Balik2 sampai rumah semua dah terlentok kat seat blkg..kekenyangan..balik rumah terus sambung tido..lepas ni kita sambut anniversary kat steamboat plak..baru best...haha


ANNIVERSARY ke 6 :: Firdaus & Atikah



Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. genap 6 tahun usia perkahwinan kami suami isteri dengan dikurniakan seramai 4 orang cahaya mata, 3 lelaki 1 perempuan. Satu nikmat yang tidak terhingga. Alhamdulillah..
Dan seperti biasala, dalam alam pernikahan, 5 tahun fasa pertama perkahwinan, agak2 mencabar dan statistik menunjukkan usia perkahwinan 5 tahun awal berakhir dengan penceraian adalah yang tertinggi.

Memang benar, dalam berumah tangga ni, byk sgt cabarannya, cuma kita sebagai kapten kapal perlu bijak mengatur langkah supaya tidak karam atau tersasar. Banyakkan bersabar, gaduh-gaduh manja tu biasa la..asam garam.

Dan yang pasti, jagalah hubungan dengan Allah, dan Allah akan jaga hubungan kita dan pasangan serta anak-anak.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat Isteri tercinta dan juga anak2. Semoga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita.. Ameen..

2013 - 2019
Muhammad Firdaus
Noor Atikah
Nurul Fatehah Humaira
Muhammad El Fateh Uwais
Muhammad Amin Uqasyah
Muhammad Luqman El Hakim

07 March 2019

Kabsah Hashi :: Nasi Daging UNTA :: PAKEJ UMRAH SAFWAH

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..baru berkesempatan nak kongsi pengalaman ketika berada di tanah suci mekah.
Post kali ni nak share tentang nasi arab. Kabsah Hashi atau dalam bahasa melayunya nasi unta. Kabsah Hashi ni adalah nasi daging anak unta.

Malam berada di Mekah, kami geng2 mutawwif pi berjalan2 cari makan. Tup2 depa habaq nak pi makan nasik unta. Sebenarnya byk kedai yang ada jual.. cuma yang aku pi ni berdekatan dengan Jabal Nur. Untuk kesana daripada Hotel Safwah @ Masjidil Haram lebih kurang 25riyal untuk satu teksi. kami pi dua teksi.

Bila orang tanya sedap ka? aku jawab boleh lah..tak sesedap daging kambing. Ada mereka yang suka dan ada yang tak suka. Makan plak dengan bawang dgn cili hijau..fuhh..terangkat beb..haha.

Daging unta ni sebenarnya agak panas. Jadi disarankan minum bersama 'laban' bagi menyejukkan badan. Sebab malam tu bila sampai hotel, selalunya aku tidur bungkus selimut di badan..sebab sejuk. Tapi balik dari makan daging unta, tidur tak pakai selimut pun..haha..sebab terasa kehangatan badan.

Untuk yang nak pergi ke situ korang boleh ckp kat pemandu teksi tu nak pergi kabsah hashi di jabal nur..tau la dia nak bawak..dan pastikan korang nego dulu harga tambang. Dan di sana boleh juga klu nak guna Uber kalau tak nak naik teksi.

butiran teksi dan pemandu teksi

jgn pelik jalan raya diorg tak dak line..haha.. kedai Kabsah Hashi tu yang ada signboard.. kecik tapi sedap..haha..nampak mcm terpencil skit..

melintas kat sini kena hati2 sebab depa bawak loqlaq skit..

menunggu kawan2 yang lain sebab naik 2 teksi.. berasingan

mai sini mau kena perut lapaq betui baru sedap nak makan..

sesi membuat pesanan makanan.. 

biaq depa order..kita makan ja..satgi nak bayaq pakat kolek duit..

setalam makan utk 2 org..

di sni makan mesti guna saprah plastik jernih tu..xdak nya nak pinggan2..

makan wajib guna tangan..baru ada feel..dan mmg tidak ada kuah..kering ja..tp sedap ja makan..boh daging skit..letak bawang, cili hijau, sambal mesin pastu tuang laban skit..tudia..menjilat jari oo..

yang dalam botol putih tu laban atau susu masam atau yogurt.

berselera betul bila dapat makan cara macam ni, bersila bagai, guna tangan plak, pastu ramai2 mkn secara berjemaah..

selesai makan kena tunggu di luar..mencari teksi untuk balik ke hotel safwah @ masjidil haram. Utk makluman, disini agak sukar nak dpt teksi..so kena bersabar la skit menunggu..
dibelakang kami tu yg di dalam kedai makan adalah jemaah dari turki, mai satu bas, makan nasi unta..

dan bila naik teksi, nego murah punya murah..dapat la dia hantar betul2 penjuru masjidil haram..kena la jalan skit 300 ke 400 meter utk sampai ke hotel.. bagi aku ok la..bakar lemak..hehe

lokasi masjidil haram / hotel safwah  dan juga kedai kabsah hashi..klu tgk bulatan merah yang paling atas sekali, itu adalah Jabal Nur yang mana terdapatnya Gua Hira'..Tempat mula2 baginda Nabi S.A.W menerima wahyu..sapa berkelapangan boleh la naik.. agak tinggi jugak..dan di atas itu juga akan dapat menikmati permandangan yang cantik.
Kebanyakan pakej travel tidak memasukkan aktivti ke Jabal Nur ke dalam tentatif mereka..kerana tidak semua yang mampu utk mendaki naik ke atas sana.

sekiranya nak naik jugak..boleh plan sapa yang nak pergi..cari teksi..dan klu ramai boleh sewa coaster/mini bus utk ke sana..selalunya orang2 muda ja pergi. tapi ada jugak org yang berumur dgn semangat dan kesihatan yang baik naik ke atas sana.

20 February 2019

ILMU 'PARENTING' - Ajar Solat mengikut Umur Anak-anak

Alhamdulillah.. 
Sedikit perkongsian daripada aku tentang mengajarkan anak2 untuk Solat 5 waktu mengikut umur.
Sememangnya mendidik anak biarlah daripada awal supaya tidak terlewat..bila dah besar nnti agak sukar bagi kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak2. Bak pepatah melayu, melentur buluh biarla daripada rebungnya.

1-4 Tahun - Dedahkan kepada anak2 dengan Solat kita untuk mereka ini meniru balik. Maknanya kita kena solat di tempat terbuka, biar anak2 lihat kita solat, bacaan, wirid, doa  supaya mereka sedikit2 boleh tiru. Anak2 ni macam2 span, mudah meresap apa jua yang mak ayah diorg lakukan. Contoh seorang ibu asyik bermekap di sebelah anak2.. dan kita akan lihat telatah mereka bila bermain dengan barang2 mainan dia cuba utk tiru gaya kita mekap, letak bedak kat muka, sikat rambut, pakai lipstick dan sebagainya..padahal kita tak ajar dia pun..tp sebenarnya dia telah meniru setiap perbuatan kita.


5 tahun - betulkan perbuatan2 solat mereka mengikut tertib dan ajarkan sedikit bacaan.
Masa ni bila anak2 tiru kita solat..kita perbetulkan perbuatan solat dia. kita nampak dia sujud dulu pastu bangun, pastu duduk tahiyat..maknanya tak ikut tertib..kita pelan2 bagitau dia , (sambil tunjukkan contoh pada anak2) perbuatan solat mengikut tertib yang betul..bacaan nantii dlu..bagi anak2 ikut betul2 perbuatan solat tu. Sebab nanti bila nak suruh anak2 solat kita dah senang..diorg akan solat dengan cara yang betul, turutan yang betul walaupun belum sempurna.

6 tahun - perkemaskan bacaan dalam Solat mereka.
Masa ni anak2 dah mula pergi tadika, taska dan sebagainya. Disitu cikgu2 akan sedikit sebanyak mengajar tentang solat. Pastikan taska, tadika yang kita hantar itu ada silibus tentang solat. Macam mana nak tahu? senang ja.. nanti bila jemput anak balik sekolah, depa dok baca sikit-sikit bacaan dalam solat..haaa..tu ye la tu..belajar kat tadika la tu..haha..jgn dengar ja..kita bantu la dia betulkan bacaan. Sebab anak2 ni, apa yang dia belajar di sekolah tiap2 hari. Dia akan cuba nak bgtau kita, baca depan kita, walaupun kadang tu tak betul pun, silap, tak ingat..tapi dia tetap akan bagitau kita.. kita pun hargailah sikit. mcm mana nak hargai?? luangkan masa untuk layan depa.. bagi perhatian sikit..

7 tahun - Pastikan mereka tidak meninggalkan Solat 5 waktu.
Masa ni suruh anak solat tanpa gagal..pastikan cukup 5 waktu. Solat bersama kita, atau kita tgk dia solat depan kita..untuk pastikan mereka solat. InsyaAllah cukup 44hari mereka akan mula istiqomah.. masa tu kita tinggal tanya ja.. dah solat belum?

Semoga kita sebagai ibubapa dapat mendidik anak2 dengan didikan agama yang sempurna.
Sebenarnya byk lagi kaedah. Dan ini adalah kaedah saya sendiri. terpulang kepada anda..lain orang lain kaedah. tapi matlamatnya sama.
Apa2 pun ibubapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak2. Jangan mengharapkan cikgu2 disekolah untuk mendidik anak2 kita..mereka cuma ada beberapa jam je disekolah untuk mendidik. Dan pendidikan agama amatlah terhad.


Fateh dgn Fatehah skrg tgh belajar bacaan dalam solat. Mereka baru 5 Tahun, bangun nak pergi sekolah ja kami dah suruh Solat Subuh. 

Amin 4 Tahun, masih lagi tak betul turutan solat dia.. dia dok tiru abg dengan kakak dia solat. Tu yang dia solat sebelah abg dia utk dia betulkan tertib solat. Tapi kadang2 sambil solat, sambil dia main, sambil kacau abg dengan kakak dia. Biasala dengan umurnya yang begitu. Cuma kita nasihat la dia elok2.

Dan Luqman 10 bulan dok perati sambil kacau abg2 dia dan cuba menyerap apa yang dilihatnya.. 

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...