Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda saw. bersabda:
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”
(Hadith Riwayat Imam Muslim)
Didalam riwayat lain Nabi saw. bersabda
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya”
(Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah
(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda;
“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah”
(Riwayat Imam Muslim).
InsyaAllah kita akan berpuasa Sunat Hari Arafah pada hari esok. Khamis, 9 Zulhijjah 1433H (25 Oktober 2012)
No comments:
Post a Comment