22 September 2020

Keputusan Ujian Kelayakan Tahun 1 :: SIRAJ SUBA

 


Assalamualaikum..

Alhamdulillah..harini keputusan ujian kelayakan Tahun 1 Siraj dah keluar..aku dapat info pun awal pagi masa nak pergi kerja..tgk dlm fb Siraj Suba. Dah bukak email line plak problem..xpa..pergi hantar anak sekolah dulu.dalam hati ni dup dap dup dap..berdoa berharap moga2 berjaya la kedua2 anak aku tu.. 

Sampai di pejabat baru blh bukak file PDF tu..Yes Surat dari sekolah Siraj Suba. First bukak yang kakak punya.. dia tulis Berjaya..Alhamdulillah..dan yang ke 2 fateh punya..yang ni mmg berdebar gila..huhu..last2 tgk TIDAK BERJAYA..




Apa2 pun aku tetap berbangga dengan anak2 aku..mereka berusaha utk yang terbaik..dan aku akan cuba buat rayuan pada pihak sekolah.. kata rayuan di buka bagi yang betul2 berminat pada tarikh 12 Oktober..lambat lagi.. tapi kena alert la..takut terlepas tarikh.

Dan aku sgt2 berharap utk fateh diterima masuk di sekolah Siraj Suba. Yang pertama ofkos la aku sebagai ayah tak nak mereka belajar dalam keadaan terpisah..sebab kembar..sebelum ni masa diorang tadika di PASTI dan Maiwp sgt2 serasi bila belajar bersama..balik ulangkaji bersama..hafal bersama.. klu sekolah tahun 1 berasingan rasa mcm lain plak..risau emosi fateh terganggu ja..

masa 5 Tahun - PASTI
Sukan PASTI
terkini 6 Tahun - Tadika Islam Maiwp

Masa ambil ujian kelayakan

Dan yg kedua sudah tentula dari segi pengurusan.. bayangkan korang ada anak kembar tahun 1 yang berasingan sekolah..beza antara sekolah siraj suba dan sekolah kebangsaan yang didaftarkan mmg jauh la..sebab rumah aku ditengah2..jarak rumah aku dengan siraj suba 5km ke utara..dengan sek kebangsaan plak 3 km ke arah selatan..bayangkan..huhu..mmg urusan penghantaran anak akan terganggu skit..pagi dengan jemnya..hmmm..

dan yang ke 3 pastinya keterlibatan ibu ayah dalam apa jua aktiviti sekolah agak terganggu.. sudah pastinya sambutan apa2 majlis disekolah tidak sama tarikh dan akan menyukarkan ibu bapa..

aku akan cuba utk buat rayuan..dan berdoa serta berharap fateh diberikan peluang utk bersekolah di siraj suba.. keadaan dia skrg ni mmg sgt2 nak bersekolah di situ. sedih plak rasa..selalu bercerita tntg sekolah tu..apatah lagi bila lalu dekat2 sekolah tu. seterusnya Bergantung kepada pihak sekolah dan Jawi utk memproses urusan rayuan nanti.. Semoga ada pelangi di balik hujan yang lebat.

4 comments:

  1. Assalam...encik...result rayuan dah keluar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkslam..belum puan..saya juga masih menunggu..saya jangkakan hari jumaat..sebabnya hari ni dah petang masih belum ada apa2 kemaskini dari siraj suba.esok (khamis) cuti maulid nabi..so hari Jumaat akan keluar. mengikut tempoh tarikh keputusan rayuan tu di antara 26 hingga 30 Oktober 2020..

      Delete
  2. samala ..masih menunggu... takde pekhabaran... in case encik tahu dah keluar.. update sini yeh... terima kasih ;)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...