16 June 2011

Program Cerapan Gerhana Bulan Di Masjid Negara...

Assalamualaikum....

*untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar...



Semalam aku berada di Masjid Negara pada pukul 10mlm sehingga selepas subuh....Alhamdulillah..pertamanya aku dapat melihat Kebesaran dan Kekuasan Allah..




Pada mulanya aku sampai, pihak Planetarium sedang setting diorang punya kamera..aku xkcu la..cuma tgk2 ja..keadaan ketika tu..mulanya kelihatan bulan tp sekejap saja..kemudian langit terus dibayangi oleh awan2 yg menjalankan tugas...


Aku bersama member aku, Mr Izzo..yg juga staff planetarium..menerangkan serba sedikit tentang apa yg aku tak tau dr apa yg dia tau...haha..pening ayat.. kemudian teleskop yg dipasang sebanyak 5 buah oleh pihak planetarium tidak berjaya mengesan bulan..apa yg dpat dikesan adalah menara Kuala Lumpur...Bagi menunggu awan yg menutupi bulan beredar, pihak planetarium mengadakan beberapa quiz berkaitan astronomi dan juga cabutan bertuah..huhu..



Alhamdlh, sorg lagi sahabat aku sampai..baru ada gu.. dengan lens nya yg agak panjang dari lens aku.. tunggu.. punya tunggu..punya tunggu..bulan tak timbul..ramai peserta2 yg mengambil bahagian dengan membawa sendiri teleskop2 yg agak canggih..dan semakin ramai pengunjung membanjiri kawasan masjid negara..




kelihatan juga para wartawan yg sibuk menemu ramah beberapa pengunjung..dan kilauan flash memenuhi segenap ruang mencerap bulan kerana mahu mengambil gambar kenangan..Pelajar sekolah juga turut kelihatan..ada yg dari johor..wah..semangat adik2 kita ni..bukan setakat pelajar sekolah..ada yg bergelar nenek dan atuk pun turut datang.....


sehingga lebih kurang jam 1.13 ke 1.30 pagi, bulan mula menampakkan dirinya sedikit demi sedikit.. pengunjung semakin semangat utk melihat bulan dengan lebih dekat melalui teleskop...tepat pukul tiga semua pengunjung disitu yg beragama Islam di jemput utk sama2 menunaikan Solat Sunat Gerhana secara berjemaah..serta di ikuti dengan khutbah...


Selepas solat sunat gerhana..masih tidak kelihatan kemuncak gerhana bulan kerana dilingdungi awan tebal..dan kami hanya melihat video live daripada balai cerap sabah melalui skrin besar...


dan selepas solat subuh langit kelihatan cerah dan pengunjung berpeluang melihat beberapa planet...


terima kasih kepada Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara



2 comments:

  1. assalam...gempak laa.fuuuyooh...KL cerah erk time tuu...TRG hujan time tuu...tak nampak langsung...mmg klass laa...nak jugak kamera DSLR...

    Entri Terbaru : ►Sinetron : Para Pencari Tuhan Jilid 4

    ReplyDelete
  2. xdak la cerah mana pun..kemuncak xdpt tgk..huhuhu..nak DSLR?? saya pun jenuh mengumpul..hahahah

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...