Assalamualaikum...
hari tu Pijut dah kongsi ngn blogger tentang apa yg akan berlaku jun ni dan sedikit aktiviti dan badan2 yg terlibat..kali ni kita tgk plak tentang bagaimana fenomena gerhana bulan berlaku...
"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda
(kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya
kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka
apabila kamu melihat gerhana maka bersolatlah dan berdoalah sehingga
kembali terang (hilang gerhana)".
Hadis Riwayat Muslim...
Lokasi : Putrajaya dan kawasan sekitar
sumber : JUPEM
Gerhana bulan hanya akan berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada
bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan akan
memasuki bayang bumi dan menghilang.
Gerhana bulan penuh berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang umbra
bumi. Gerhana bulan penuh 16 Jun 2011 bermula dengan bulan memasuki bayang
penumbra pada jam 1:25 pagi seterusnya bayang umbra pada jam 2:23 pagi. Tempoh
berlakunya keseluruhan gerhana adalah 5 jam 34 minit.
Selain gerhana bulan penuh pada 16 Jun 2011, terdapat juga gerhana bulan
separa dan penumbra. Gerhana bulan separa (partial) berlaku apabila sebahagian bulan
sahaja yang masuk ke dalam bayang umbra bumi dan sebahagian lagi berada dalam
bayang penumbra bumi sepanjang fenomena berlaku.
Manakala gerhana bulan penumbra (penumbral) berlaku apabila bulan masuk ke
dalam bayang penumbra bumi tetapi tidak masuk ke dalam bayang umbra bumi. Gerhana
jenis ini sukar dikesan dengan mata kasar.
Cara cerapan : Mata kasar, binokular atau teleskop
No comments:
Post a Comment