"..rakyat hendaklah peka melihat mana-mana pihak samada BN atau PR yang menggunakan kemudahan awam ataupun harta negara untuk kempen parti ataupun peribadi..sesiapa dalam kalangan mereka yang bertanding melakukan jenayah ini hendaklah dihukum dalam PRU ini..jangan berikan undi..itu tanda mereka tidak amanah terhadap harta rakyat dan mudah menyalahgunakan harta awam..."
fb Dr Asri Zainal Abidin
Ni pula kejadian yg berlaku..
Bagaimanapun, usaha Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan rasmi mengenai kemungkinan penyalahgunaan jentera kerajaan ditolak dengan keras oleh penganjur acara terbabit.
Kenderaan berkenaan melibatkan satu kenderaan SUV dengan pembesar suara di bumbung untuk menyiar ucapan semasa majlis tersebut. Dua kenderaan lain melibatkan satu lagi SUV dan satu van yang diparkir di lokasi berdekatan.
Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.
Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.
Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?
Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.
Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?
Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."
Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
Tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan digunakan untuk membantu majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN semalam untuk kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur.Setiausaha penerangan BN Batu Rodzi Tajudin mengarahkan Malaysiakini bercakap dengan seorang yang bernama Suhaimi Yahya untuk penjelasan, dan mendakwa lelaki tersebut merupakan penganjur acara tersebut.
Suhaimi sebelum itu dilihat berucap melalui sistem siaran dengan logo Jabatan Penerangan.
Malaysiakini: Saya nak tanya soalan. Pasal van itu.
Suhaimi: Kenapa?
Malaysiakini: Adakah ia merupakan satu salahguna...
Suhaimi: Bukan hari ini. (Tanya) lain kali, lain kali.
Malaysiakini: Hari apa? Lain kali? Saya nak tulis pasal ni.
Suhaimi: Mana saya tahu? You ada mata, bacalah.
Malaysiakini: Mengapa van itu di sini?
Suhaimi kemudiannya berhenti berjalan, berpaling dan berkata: "Eh, saya tak lepuk (kamu) sudah baguslah."
Pada waktu itu juga, seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai baju BN mendekati dan mengarahkan Malaysiakini meninggalkan kawasan itu dan menjerit: "Balik!" dan "Jangan buat kacau!".
versi artikel : http://www.malaysiakini.com/news/226114
versi audio : http://yourlisten.com/channel/content/16970596/Jun_Lin_harras_by_UMNO_member_
No comments:
Post a Comment