06 June 2011

Kursus Falak - Taqwim dan Cerapan...terbaik..!!



Assalamualaikum...Kepada sahabat2 blog.. pijut nak kongsi skit pasal ilmu falak ni.. Maklum la.. Pijut baru habis ja menghadiri kursus falak - taqwim & cerapan selama 3 hari di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam.. Hujung selangor tu ha..Anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor.. Bermula pada 2 Jun dan berakhir 4 Jun 2011.. sebenarnya xcukup kursus 3 hari tu...rasa singkat sgt..


Setelah Hampir 3 Jam perjalanan, dari kl ke sabak bernam, akhirnya sampai jugak ke ILDAS dgn berpandukan GPS..hehe



Semua Slot kursus falak kali ni telah diamanahkan kepada Ust Hj Hanafiah Bin Abd Razak yg diterbangkan khas dari Johor - Jabatan Mufti Negeri Johor..



Bermula kursus ini dengan masing2 dibekalkan sebuah kalkulator saintifik.... Maklumla.. falak ni mmg berkaitan dengan nombor dan kira2.. Darjah..Latitud..Longitud.. Azimut..hmm..pening jugak la.. Tapi Ustaz Hanafiah memahami kami..maka diajarnya step by step dgn mengikut gaya bahasa David Beckham dan Tiger woods.. Sebab diantara peserta2 yg hadir terdiri dari pelbagai jenis lapisan umur.. ada cikgu2 sekolah sekitar lembah klang.. Majlis perbandaran Kajang.. Pelajar2 Universiti Malaya.. Kolej Komuniti dan kakitangan kerajaan...





Ustaz Hanafiah jugak adalah seorang Pakar di Malaysia dalam ilmu falak..khususnya bab Rubu' Mujayyab..Beliau salah seorang panel di Pelantar Minyak, Pelabuhan Klang bg menjadualkan air pasang surut... Sebenarnya ilmu falak ni bukan sahaja nak tentukan bulan puasa,raya, arah kiblat, pasang surut..sebenarnya byk lagi rahsia berkaitan ilmu falak yg boleh dirungkaikan... Kita juga blh mengetahui kedudukan bandar mengikut bintang2.. Jenis angin - utk burung walit..lokasi bijih besi..dan pelbagai lagi la..nak tau? kena la dtg kursus falak...







Kursus kali ni berpeluang mencerap Hilal (anak bulan) Rejab yg dilakukan di Balai Cerap Selangor.. bersebelahan ILDAS..tepi laut.. Berdasarkan umur hilal Rejab ketika itu adalah sekitar 14 Jam 18 minit dgn ketinggian 5 Darjah 10 minit...mcm mana pun keadaan langit tak mengizinkan kami utk melihat Hilal Rejab....



Kelas diteruskan bg membincangkan tntg ilmu falak.. Dan sekali lagi kami dibawa ke balai cerap utk mencerap hilal yg sudah berumur 38jam 18minit dengan ketinggian 17.2 darjah..alhmdlh...langit kelihatan cerah dan cerapan kali ni berhasil walaupun mata terkebil2 mencari hilal..



Kami turut didedah serta diajarkan tentang penyediaan taqwim.. Bulan melengkapkan pusingan mengelilingi bumi sebanyak 29.530588 hari.. Hanya 28hari sahaja kita dapat melihat wajah bulan..masuk hari ke 29 berlakulah Ijtima' antara bulan dan matahari..







Pijut turut belajar tentang Buruj..Yg mana sebanyak 12 buruj menjadi laluan bulan...



Dato Mufti Negeri Selangor telah merasmikan penutupan kursus serta menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta2 kursus..dan kursus ni sgt bermanfaat bg Pijut...



Maksud Surah Yunus ayat 5 : "Dialah yg menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yg menentukan perjalanan tiap2 satu itu (berpindah-randah) pada tempat2 peredarannya masing-masing supaya kamu dpt mengetahui bilangan tahun dna kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yg sebenar. Allah menjelaskan ayat2Nya (tanda2 kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yg mahu mengetahui (hikmat sesuatu yg dijadikannya).."



*sehari bulan berganjak 12.2 Darjah....
*Pontianak adalah tempat yg betul2 berada tepat di garisan Khatulistiwa...

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...