Assalamualaikum….
Surah Luqman Ayat 14 :
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara Yang sepatutnya”
Pijut bukan nak cerita pasal khasiat tapi tentang alasan-alasan yang si Ibu ni slalu bagi bila disuruh utk menyusukan anak…..
Antara persoalan yang popular berkaitan penyusuan susu ibu
1. Payudara ibu menyusu akan lebih cepat mengendur.
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
2. “Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!
3. “Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
Si Ibu boleh memerah atau mengepam susunya sebelum pergi bekerja kerana susu ibu mampu utk bertahan dlm tempoh yg lama sekiranya mengikut kaedah yg betul.
4. “Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
5. “Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
6. “Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
Antara faedah kepada ibu yg menyusukan anak
1. Kembali kepada bentuk badan asal
Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.
2. Mengecutkan rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormonhormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
3. Melindungi kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.
4. Menjarakkan kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.
5. Pengikat kasih antara anak dan ibu
Ini kerana semasa menyusukan anak, si ibu akan merapatkan kedudukan dengan mendengarkan degupan jantung dan membelai dengan penuh kasih saying.
Sumber :
NUTRITION SOCIETY OF MALAYSIA 10th COUNCIL (2004-2006)
*Download Buku tentang penyusuan Ibu - (Dwibahasa - English Melayu)>>>download<<<
No comments:
Post a Comment