Assalamualaikum...
7hb Jun 2011..Sebuah portal 1 Malaysia Pengguna Bijak dengan kos RM1.4 juta telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan bertempat di PWTC...Antara kemudahan yg terdapat di dalam portal tersebut adalah..
- Membandingkan harga dan membuat semakan secara online dirumah sebelum keluar membeli barang
- mengetahui maklumat premis dan barangan
Premis yg mengambil bahagian melibatkan 110 buah hypermarkeet, 404 Pasar raya, 360 pasar basah dan 381 kedai serbaneka 24 jam.
Sejumlah 355 jenis barangan di hypermarket akan dipantau melalui portal berkenaan, 100 jenis di pasar raya, 50 jenis pasar basah dan 100 jenis kedai serbaneka. Bagi hypermarket mereka sendiri akan key-in data perubahan harga manakala bagi premis2 lain pegawai PPH akan menjalankan tgjwb mereka.
Portal ini juga menyediakan kemudahan perkhidmatan aplikasi sms kepada pengguna seperti berikut :-
- SMS Daftar Ahli Portal 1MPB
- SMS Semakan Harga Barangan
- SMS Langganan Harga
- SMS Aduan
- SMS Tuntutan Tribunal
No comments:
Post a Comment