Assalamualaikum... pada 16 Jun 2011 akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Penuh.. jom ramai2 kita pakat tgk kebesaran Allah S.W.T..
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(Riwayat Sahih Bukhari)
Bagi sesiapa yg berada berhampiran Shah Alam bolehlah hadirkan diri anda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam utk menyaksikan Gerhana Bulan Penuh serta melaksanakan Solat Gerhana.. Pijut difahamkan Jabatan Mufti Negeri Selangor - Bhgian Falak akan berada di sana..
Bagi sesiapa yg berada sekitar Kuala Lumpur bolehlah turut memenuhi ruang di Perkarangan Masjid Negara kerana disana jgak akan diadakan Solat Gerhana berjemaah...
Tarikh : 16 June 2011
Masa : 1.00 pagi hingga 7:00 pagi
Tempat : Perkarangan Masjid Negara, kL
Bayaran : PERCUMA
Turut berada disana ialah Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara..Bagi yg hadir, anda boleh menyaksikan gerhana bulan penuh, dan juga berpeluang untuk mencerap planet Jupiter/Musytari, Mars/Marikh dan Venus/Zuhal. Antara aktiviti lain yang akan turut diadakan adalah kuiz, ceramah gerhana dan solat gerhana.
Planetarium :"Kepada anda yang mempunyai teleskop sendiri, anda digalakkan untuk membawanya bersama. Makanan tidak disediakan justeru, anda digalakkan untuk membawa makanan, tikar duduk atau khemah mengikut keselesaan sendiri".
thanx for the info :)
ReplyDeletesama2...kongsi melihat kebesaran Allah..
ReplyDelete