09 April 2013

Kuasa FACEBOOK dan tindakan pantas PDRM

Sebentar tadi kira2 dalam pukul 6 ptg lebih telah tersebar satu video klip seorang pelajar di belasah oleh sekumpulan pelajar yg rasa diri mereka kuat..samseng hingusan.. nak kata bodoh kasar sgt..nak kata otak letak kat lutut xbaik plak..tp org2 sebegini mesti ada something wrong dalam didikan mereka dalam pembesaran mereka...

ini kenyataan Ust Zaharuddin dalam akaun fbnya..

"....Budak-budak samseng di sekolah seperti ini kemungkinan besar ANTARANYA disebabkan 1. Pendidikan yang lemah ibubapa di rumah, 2. Kekacauan rumahtangga yang kerap, 3. Kurang kasih sayang disebabkan ibubapa terpaksa bekerja tungkus lumus pada majoriti waktu. 4. Kemudian datangnya pengaruh kawan yang juga punyai masalah yang sama. Memang sedap membelasah orang tidak melawan namun nanti di kuburan, jika tiada maaf diberikan, nantikan saat menjadi MUFLIS akhirat..."

dan sejurus selepas tu... dalam masa xsampai dua jam.. PDRM telah mengeluarkan kenyataan di laman fb rasminya...

"...Berikutan penyebaran sebuah klip video buli seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah, pihak polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu-individu yang terlibat di dalam klip video tersebut , agar melaporkannya di balai polis yang berhampiran bagi membantu siasatan dijalankan.

Pihak sekolah, mangsa atau keluarga yang terlibat juga diseru tampil untuk membuat laporan polis di balai polis terdekat..."




dan sekarang video tu sgt la tersebar luas di facebook.. 

UPDATED...

pelajar yang terlibat dan telah ditangkap oleh Polis serta dibuang sekolah

2 comments:

  1. Assalamualaikum. kesian betul ketua kelas yang kena pukul tu. apalah diorang ni tergamak nak belasah kawan camtu sekali. sedihhh

    ReplyDelete
  2. Tu la.. Budak2 skrg xmcm budak2 dlu..

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...