16 March 2013

Malam terakhir berstatus bujang

Saat aku menulis blog ni, aku baru lepas buat persiapan terakhir utk aku bernikah esok pagi.. Baju, kasut, sampin, mas kawin, gelang nikah.. Semua dah stle.. Tp hati ni xsetel2.. Masih berdegup2 kencang.. Omputeh kata nebes.. Tp hakikatnya aku mmg seorg yg mudah nebes sebab aku jenis yg darah gemuruh.. Dr kecik dlu lagi.. So aku dh pandai nak layan nebes ni.. Wlupun xblh buang tp blh la kurgkan.. Huhu..

Aku bermalam di Kem PGA ULU KINTA.. Penduduk disini suram ja.. Kerana suami2 mereka sedang berjuang mmpertahankan tanah air.. Mereka belum pulang.. Sejak 15hb 2 2013.. Teringat satu rangkap lagu inilah barisan kita.. "sebelum kita berjaya, jgn harap kami pulang.. ".. Yg pulang hanya lah badan terkujur layu, syahid dimedan juang.. "andai kata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara, kami mohon doa,"..

Dan disaat aku menginap di rumah bapa sedara aku, esoknya dia akan menemani aku utk menikah.. Dan diketika itulah beliau dlm keadaan standby.. Bila2 masa ja jika diarahkan utk bertugas.. Mereka akan pergi.. "semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti"..

Ketika ni aku sedan berbaring di atas katil.. Dan inilah malam terakhir aku bergelar seorang teruna / bujang.. Mlm esok aku dah jadi suami org.. Dan tak tido sorg.. Dan mulalah aku memikul satu tugas dan tgjwb yg besar..

Bila2 dipikrkan sejenak.. Merenung.. Menyelami suka duka dunia sebelum ni.. Aku tersenyum indah dalam melayari kenangan2 lepas.. Dan terasa hidup ni hnya sekejap.. Dan masa pantas berlalu. ..

Awal td aku hubungi sahabat2 handai aku utk memaklumkan pd mereka yg aku akan menikah esok.. Hmm.. Maklumlah.. Kenduri aku lambat lagi.. Bulan 5.. Jadi aku hnya telefon utk memaklumkan.. Takpa.. Nnti siap kad jemputan.. Aku pi rumah hampa.. Bgi kad. By hand okey..


Sekitar jam 1:40 pagi.. Aku rasa kena tido dah ni.. Esok bengkak plak mata ni.. Trima kasih kepada sahabat yg mendoakan aku.. :-)

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...