08 March 2013

Kes Liwat : Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar

salam alaik..belum habis lagi isu lahat datu kini timbul isu baru liwat plak. sapa yg tak tau kan..kecoh satu malaysia dlu bila anwar di dakwa meliwat saiful..sampai heret tilam lagi bawak ke mahkamah..mcm2 la..siap pi masjid bersumpah laknat lagi..hmm..dunia2..ttp persoalannya skrg..siapa dalangnya.. 



Sumber :: Malaysiakini



Saiful: Bapa saya diperguna pihak tertentu
SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Sumber :: Sinar


Sebagai manusia yg waras..kita perlu selidik dlu apa jua berita yg sampai kepada kita..

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...