28 November 2012

Shopping Online dan sedikit tips (^___^)









Hmmmm..habis la duit aku..ntah kenapa minggu ni menggila utk shopping online..mcm2 rasa nak beli..huhuhu... ok..kenapa bestnya beli online ni???


1. Mudah nak belek satu persatu..xpayah nak berjalan, berpeluh, berpenat...letih tgn clik ja..hehehe
2. Boleh bandingkan harga dengan mudah..klu kat luar kena menapak satu persatu kedai, pastu klu rasa yg mula2 tgk td murah..terpksa kena patah balik pi kedai yg pertama tu..
3. Bayar pun mudah je..dgn clik jugak
4. Barang sampai depan pintu, tu yg best tu..hehe..pastu rasa xsabar menunggu.. :-)



dan nasihat utk org yg nak shopping online ni..pastikan dlu org yg meniaga kat website ni berdaftar, atau pun kita blh selidik dgn link fb yg dibuat..klu fb menipu kompom ramai yg akan serang fb tersebut.. tgk jugak testimoni2 org lain, dan tgk blog atau website tu rancak ke tidak..klu mcm bersawang je..nak tak nak je..abaikan..klu peniaga ada kedai lagi bagus, tnya lokasi klu dekat boleh terus COD :-)

Alhamdulillah setakat ni aku shopping online tak kena tipu, bukan riak tp klu kita berhati2, niat baik, insyaAllah dapat urusniaga dgn baik..setakat ni aku byk beli brg2 kamera secara online, kasut, baju, vitamin, dan byk lagi la..paling mahal beli online ni RM700..klu ribu riban mmg risau gak la..  :-) skrg ni tgh xsabar tunggu 2 items yg dibeli..:-)




# Wordless Wednesday # N-gage QD


27 November 2012

Derma Darah :: Maktab PDRM KL

Alhamdulillah.. Harini Allah bagi aku kesihatan yg baik.. Dpt aku pergi bekerja wlupun smlm basah lencun kena hujan.. Sminggu lebih petang xujan.. Jadi try bawak motor la gi pej.. Last2 semalam memg lebat gila hujan.. Hehhe.. Skali skala mandi hujan.. Best gak.. Dan hari ni di maktab ada kempen derma darah.. Jd aku melibatkan la diri, hampir setahun lebih xderma.. Disebabkan kesihatan yg tidak mengizinkan.. Tp hari ni aku sihat jadi boleh la derma.. Buku baru lagi.. Asal dpt buku ja asyik hilang.. Huhuhu.. Kali ni azam xnak bg hilang buku derma darah.. Hehehe.. Kali ni kempen derma darah di Maktab PDRM KL oleh Pusat Perubatan UM...

26 November 2012

Surat Lamaran :: JPJ

Baru2 ni dpt surat dr pos laju. Surat ambik brg kat pej pos.. Maka harini aku pun mintak pelepasan g pej pos.. Ingatkan di bangi la.. Sebab rumah aku kawasan bangi. Skali xpasal2 kena pi negeri sembilan. Padahal aku dok selangor kot.. Huhu.. 15km gak la nak pi situ. Campur dgr mencari lagi.. Maklum la xpnh pi.. Sampai ja pej pos semenyih.. Aku bg la dokumen kat awek kaunter tu.. Dia pun bg surat.. Ingtkan apa la sgt.. Bukak2 ja ada logo JPJ.. Oh tidak.. Huhu. Dlm hati ingt surat cinta.. Tgk2 surat lamaran.. Suh aku pi JPJ terdekat.. Katanya aku dilaporkan langgar lampu merah kat ipoh.. Aku pun dah tak ingt bila. Hahahaha.. Xpa.. Nak lamar aku ey.. Nnti aku jumpa JPJ.. Tolak lamaran.. Secara slow talk.. Hahahaha

25 November 2012

Kelas Batal...

Td lepas mghrib. Siap2 mandi solat trus pi ptrjya.. Nak mngaja.. Sampai ja putrajya. Depan rumah.. Tgh parking.. Time Adjust2 parking tu dgr bunyi msj.. Tgk2 kelas batal.. Katanya Anak2 dia smua kat kg.. Hmmm.. Rasa cam nak mrh.. Tp sronok pun ada.. Sebab leh balik awal prepare ceramah esok...hehehe...

24 November 2012

Tahniah Sahabat :: Saifoul Azzerin

Alhamdulillah..seorg lagi kawan aku menikah..semoga hidup diberkati Allah dan bahagia Selalu..dlu kita selalu berlatih bole bersama, mandi sungai sama2, lepak sama2 rempit sama2..haha..motor wave 125 pun jadi la..hahaha...kini diri mu telah menjadi perwira negara, masuknya kedalam Angkatan Tentera Malaysia..smoga berjaya dalam bidang diceburi...

Tahniah Sahabat :: Ashraf Ismail

Alhamdulillah..akhirnya sahabat aku sudah mendirikan rumah tangga..bernikah..tahniah..semoga kekal ke hujung nyawa bersama isteri tersayang.. cuma aku mintak maaf sebab xdapat hadir di majlis yg indah itu..mgkin xpenting sgt pun kehadiran aku ni..sapa la aku ni.. apa yg dapat aku buat, hanya doakan kebahagian mu wahai sahabat..bermula dari tahun 2003..aku kenal mu di sekolah..bersama2 menjadi pengawas, ingat lagi, rumah mu di 'tokyo' aka tokai...hehe..kita mula rapat sebab bola..kemudian kita dok kelas yg sama, training bola bagai nak gila...sampai berjaya menempah nama..hehe.. kemudian ingat lagi bila mu ditimpa kemlgn sewaktu menaiki motor bersama abgmu.. dgr cerita2 mu kami sedih dan mendoakan..ada kala cerita mu itu mmbuatkan kami ketawa..cerita sewaktu sakit.. kemudian cerita study nak spm.. cerita pasal rumah sewa.. akan ku kenang smua itu..tp sejak dr tahun 2006....kita dah mula jauh..tp aku xpernah lupa. kita masih sahabat..wlpun ada kawan2 yg lupakan aku..its ok..mgkin mereka dah jumpa jalan hidup mereka.. sehingga kini alhamdlh..kau dah bergelar suami..selamat memikul tgjwb sebagai seorg Suami...ada masa nnti kita jumpa.. Ukhuwwah Fillah...







23 November 2012

Dugaan Berpuasa Sunat

Hari ni pi bank jap.. Ke kajang.. Pastu tgk jam mcm sempat ja lagi patah balik ke pej.. Cheras.. Hmm.. Last2 jumpa ust asri ngn bos nak kluaq pi solat jumaat.. Tumpang depa la pi jumaat di PGA cheras.. Balik ja singgah makan.. Bos kata td pi bank kan.. So kena la blnja.. Tp mmg niat aku nk blnja pun.. Sebab tu bawak dompet siap2 dah.. Wlupun pakai kain pelikat.. Tp time mkn aku xmakan.. Sebab aku puasa.. Asyura.. Time aku puasa la nak dugaan makan pun.. Hehehe.. Xpa.. Blh tahan.. Ust asri sruh aku dok dlm keta. Aku kata xpe la. Pastu dia ckp klu puasa x dak dugaan xbes la.. Hehehe.. :-) balik pej td plak ada staf semawa Dunkin Donut.. Amboi.. Dugaan betul.. Hehehe.. Skrg ni tgh pikir nak mkn apa berbuka kang. Hmmm..

Non muslim lebih paham Islam..??

Kisahnya bermula begini.. Ketika majlis penutup kursus di tmpat aku bertugas, aku di calonkan utk membaca doa penutup.. Mcm biasa la.. Lepas baca doa ja aku duduk skjp dlu.. Klu kluar kang nmpak mcm xhormat majlis.. Tp klu ada perkara pnting terpaksa kluaq jugak la..

Sedang ralit dok dengar ucapan timb kmndan.. Sampai la ke acara penyampaian sijil.. Aku duduk paling depan.. Tentunya melihat pergerakan sorg dmi seorg.. Bila direnungkan.. Rupanya dato tmb kmndn mnghormati polis muslimah.. Kerana beliau tidak menghulurkan tgn utk bersalaman.. Mgkin kerana beliau paham.. Bersalaman dgn bukan mahram tidak dibenarkan dalam islam.... Inilah contoh pemimpin yg bukan Islam berikan.. Apakah pemimpin2 yg beragama Islam masih tidak memahami? Atau sengaja buat2 xpaham.. Tepuk dada tnya iman.. :-)











22 November 2012

Misi berubah misi...

Balik kerja td dpt msj dri kawan aku.. Ajak lepak2 kat putrajaya dgn blogger terkenal Ben Ashaari.. Xpa la.. Last2 lepas maghrib aku punya kol xdpt2.. Hmm.. Dlm hati ni ada dua ja.. Samada dia atas motor atau nset dia tertinggal.. Huwaa.. Nasib la aku xpi seorg.. Pi berdua.. Xlah boring.. Pusing bangi cari bank rakyat xjumpa.. Last2 jumpa kiosk ja kat Warta.. Dalam dok pusing2 bangi tertgk la org juai buah durian tepi jalan.. Tringin pun ada.. Hahahaha.. Apa lagi.. Singgah terus la.. Target 'musang king'.. Hehehee dan pastinya ada org akan jeles bila baca ni.. Heehe.. Mula2 pekena musang king.. Pastu rasa cam xckup tambah plak D24.. Hehehe :-)

21 November 2012

# Wordless Wednesday # Stylo Vespa


Hilang Status Sementara

Hari ni pagi2 dah kelam kabut.. Bangun lewat skit.. Apalagi.. Aku ni klu dh klam kabut mesti ada bnda yg akan trtinggal.. Masa nak byar tol.. Raba2 poket blkg rasa pelik ja.. Haaaa.. Oh tidak.. Dompet tertinggal... ic, lesen mndu, duit, kad bank.. Huhu.. Nasib baik la ada jugak syiling dlm keta tu.. Stkt byr tol lepas la.. Nak makan xlepas, pastu mnyak kereta nasib baik stgh lagi.. Hmm.. Klu la kena tahan ngn polis mmg nahas la aku.. Rasa aku polis blh gagah la.. Slow talk.. Tp klu jpj.. Ampun tok.. Hahaha.. Masa dompet trtggal tu ada niat nak pth balik.. Tp dah spruh perjalanan mmg tak la.. 40km kot ke pej.. Hmm.. Smoga hari2 yg mendtg xberlaku dah.. :-)

19 November 2012

McDonald :: Boikot boh





Sedang rakyat Palestin di Bumi Gaza dihujani peluru berpandu di bedil dengan roket dan bom, diseksa, dibunuh dengan kejam dari Rejim Zionis Israel Laknatullah. McD Malaysia yang (ternyata semestinya mengalirkan dana jualan McD kepada Israel kerana McD adalah sistem Francais, ada org kata McD Malaysia lain, xdak kena mengena dengan Israel, ttp dah dikatakan sistem francais kompom2 la akan pergi kepada Israel , tak byk pun skit.ttp ada. jadi kita sebagai Umat Islam yg prihatin boikot la semampu yg boleh barang Zionis Israel ni ) mula sibuk memberi beger telor free, yg dikhabarkan oleh seorang pekerja Mcd cawangan Kajang, bahawa beger yg dibagi free ni adalah beger yg paling xlaku jualannya.
 BOIKOT.....








[PENCERAHAN]

Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?

Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.
Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).

Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.
- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.


- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.

- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.

Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.


Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.

Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.

"Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi"

IKRAM Mesir 2012
Sumber : Prof Madya Dr Haji Hafidzi Mohd Nor




Mendoakan orang lain kerana diZALIMI :: DR MAZA

Baru2 ni berlangsungnya Ceramah Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan yang dihadiri ribuan anak2 muda dari segenap pelusuk tanah air. Dalam ceramah itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah mendoakan supaya Allah memberi hukuman atau Balasan bagi org yang menzalimi mereka. Seperti yg kita maklum, di kelantan, tok guru umpama tok ayah kepada anak watan negeri kelantan termasuk org yg berbangsa tiong hua. mereka hormat kpd tok guru kerana kepimpinannya. Masalah lama xpernah selesai iaitu Isu Royalti.. Mereka masih memperjuangkan hak mereka. Sebagai contoh, mak mana yg tidak memperjuangkan hak anak2 nya yg sepatut dimiliki. 





Dan kecoh baru2 ni org politik memainkan Isu mendoakan kejahatan pada sesama Muslim.. Dan telah berlaku debat diantara kedua2 pihak.. boleh tgk pada video dari Youtube tersebut tentang debat berkenaan.

18 November 2012

Belajar Arab :: Warna

Masa untuk kembali sedar :: boikot produk yahudi

Lama dah mengelamun dengan hal kedunian..baru2 ni tercetus peperangan antara zionis Israel dan penduduk Gaza, Palestine.. tersentak sebentar..muhasabah diri..Ya Allah hamba mu ni leka dengan hal dunia..dulu pernah memboikot juga barang2an yahudi..ttp bila dalam keadaan sedar tak sedar dah guna kembali..tp hari ni kena bukak mata balik..yg mana mampu boikot aku akan boikot.. dan utk sahabat2 di Palestine, walaupun aku xdapat kesanan membantu, ckup sekadar aku mendoakan kalian.. kerana kalian adalah sebahagian dariku.. Ada jugak anak muda harini aku tgk langsung x alert bab2 ni..sampaikan Gaza pun xtau kat mana..Palestine tu negara apa? dimana? apa puncanya? apa kaintanya dengan Israel laknatullah tu.. mgkin terlalu sibuk dengan dunia mereka sendiri..


















17 November 2012

Farid Sanullah :: Don't Forget Allah

Alhamdulillah..lagu ni aku minat sgt..rasa tersentuh ja bila dengar..pastu muzik dia mmg bagi halwa pada telinga aku.. aku ada tanya kat kawan2..masa tu tgh mencari la..sebab suria fm akan pasang lagu ni lepas dari azan Zohor..sapa yg dengar suria fm perasan la..last2 td aku bukak fb member aku dah tag kat aku..alhmdlh..tq my frend.. :-)




#Lagu nasyid Inggeris selepas azan di suria fm

13 November 2012

Fotografi kereta Ford yang tak ‘nampak’ tapi dapat dilihat


Jurugambar Liu Bolin (AKA “The Invisible Man”) yang popular dengan ‘Invisible Self- Portrait’ telah menerima tawaran untuk menghasilkan gambar siri iklan kereta Ford Fusion 2013.
Liu dan krew mewarnakan kereta pada setiap ‘scene’ sehingga tidak begitu kelihatan dengan latar belakang apabila dilihat pada kamera.
Saksikan video di bawah untuk siri penghasilan gambar-gambar ini :)
Mari kita lihat video di sebalik tabir penghasilan gambar untuk iklan ini :)
Ini pula di antara gambar ‘invisible self-portrait’ yang beliau hasilkan.
Apa yang unik, semua gambar ‘invisible’ ini dihasilkan menggunakan cat.
Kongsikan bersama kawan-kawan yang lain.

Sumber : Noorizam Sabran

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...