22 June 2011

10 Software Photo Terbaik ......!!!!

10 Software terbaik yang digunakan utk meng'edit' gambar...meh sini aku nak kongsi skit...

Antaranya adalah :

1. Adobe Photoshop
- perisian yg agak baik utk editing gambar






2. Photomatix Pro






3. Color Efex Pro






4. Adobe Lightroom






5. Gimp



6. Picasa




7. PhotoScape



8. Topaz Adjust




9. Paint Shop Pro


10. Dynamic Photo HDR



*boleh la nak cuba2 guna salah satu software ni bagi mencantik kan gambar atau pun editing process, nak buat header pun boleh..

#1 Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Memburu Impian - kaza





*first time wat Wordless Wednesday ni..hahahaha

21 June 2011

Sedikit Koleksi Dari Nikon D90 aku...part 4..

Assalamualaikum...

Muah - Suzanne Brautigam



Gambar dirakam di Taman Botani Putrajaya bersama Group Manofotografi... kira2 sejam ke dua jam gak la menunggu model2 ni make-up...




Daun yg menghijau..



Wajah seorang pemain layang2 dengan memakai topeng seram ketika di festival layang2 dunia di Putrajaya....



Wajah selamba seorang anggota Polis Wanita ketika melakonkan watak seorang ibu di Kem Perlok, Sungkai Perak...

20 June 2011

KL HAMSTER.....kasi gadoh bikin kecoh...!!!!!

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi satu video yg buleh hilangkan tension...hahaha..kes hamster jer buleh gadoh besar... ni mungkin dah tringin sgt2 nak buat filem tp xdak sponsor..jadi bikin filem sendiri la..tgk la trailer kat bawah ni...
video ni pun memba aku share kat fb..hahahaha

19 June 2011

Terima Kasih Ayah - Selamat Hari Bapa...

Assalamualaikum


Ae MAn - Ayah

Selamat Hari Bapa...

Terima kasih ayah....dulu sewaktu aku masih kecil, aku sering di marahi, sering dirotan,,tetapi hatiku semasa itu tidak mengerti apa itu mendidik..sekarang baru aku mengerti apa itu mendidik..terima kasih ayah kerana mendidik aku menjadi seorang yg berguna..walaupun ketika itu, dirimu sibuk belayar ke luar negara dgn tempoh masa yg agak lama..demi tugas sebagai seorang navy...namun tugas mu dalam mendidik diriku tetap tidak diabaikan...dan terima kasih jugak kerana memberi kepercayaan kepada diriku..Aku tidak akan lupa jasamu mengajar aku mengaji..sudah byk guru yg mengajar aku..tetapi aku tidak dpt membaca Al-quran..dan apabila dirimu mengambil alih mengajarku...walaupun dengan suara yg kuat,rotan ditangan, air mata membasahi muqaddam..dirimu telah berjaya mendidik aku...





Terima kasih ayah...Sayangmu padaku tidaklah ayah zahirkan..ttp aku dapat memahami dan melihat kasih syg yg engkau curahkan...setiap perkara yg hendak diajar..ayah tidak pernah mengajarku satu persatu..ttp setiap perbuatan akan dilakukan dihadapan aku supaya aku berfikir, dan melakukan sesuatu,, belajar dari melihat..Dulu ayahku sentiasa membawaku ke laut utk memukat hasil lautan...pergi tgkap ikan karin(ikan laga) dalam hutan nipah..wlupun hutan tp aku rilek je sebab aku rasa selamat bila berada disisi ayah..panjat pokok kelapa..panjat pokok jering..semua aktiviti memanjat hanya dilakukan didepan aku utk aku meniru aksinya..


Aku merasakan waktu kecil aku byk dihabiskan dengan ayahku..ttp bila aku belajar, dan bekerja..masa kami agak terhad utk bersama...apa2 pun..aku akan cuba utk meluangkan masa bersama keluarga....

terima kasih ayah...Selamat Hari Bapa..semoga setiap pengorbanan yg dicurahkan kepada anakmu ini mendapat ganjaran Allah di akhirat nanti.... :-)


Terima Kasih Encik Zakaria Bin Hj Mehad (ayahku)....:-)

17 June 2011

Siti Nurhaliza...Sedia Beruniform Celoreng..!!!!



KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Siti bersetuju menyertai pasukan tersebut selepas direstui suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

“Siti bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Jabatan Latihan Khidmat Negara dan Pemakaian Pangkat Kolonel Kehormat kepada Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Kementerian Pertahanan di sini, Khamis.


Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu.

Tambah Ahmad Zahid, dia turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.

“Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan Ramadan,” katanya.

Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan. Ahmad Zahid berkata selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.

Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.

Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.


“Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ‘rakyat’,” katanya.

Ahmad Zahid berkata ATM mempunyai aset, peralatan dan jentera yang lengkap serta anggota-anggota yang terlatih untuk menghadapi keadaan darurat termasuk bencana alam.

Dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat pada Sabtu lepas, beliau telah meminta Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin menghantar anggota tentera untuk membantu.


*BERNAMA

16 June 2011

Program Cerapan Gerhana Bulan Di Masjid Negara...

Assalamualaikum....

*untuk paparan lebih jelas sila klik pada gambar...



Semalam aku berada di Masjid Negara pada pukul 10mlm sehingga selepas subuh....Alhamdulillah..pertamanya aku dapat melihat Kebesaran dan Kekuasan Allah..




Pada mulanya aku sampai, pihak Planetarium sedang setting diorang punya kamera..aku xkcu la..cuma tgk2 ja..keadaan ketika tu..mulanya kelihatan bulan tp sekejap saja..kemudian langit terus dibayangi oleh awan2 yg menjalankan tugas...


Aku bersama member aku, Mr Izzo..yg juga staff planetarium..menerangkan serba sedikit tentang apa yg aku tak tau dr apa yg dia tau...haha..pening ayat.. kemudian teleskop yg dipasang sebanyak 5 buah oleh pihak planetarium tidak berjaya mengesan bulan..apa yg dpat dikesan adalah menara Kuala Lumpur...Bagi menunggu awan yg menutupi bulan beredar, pihak planetarium mengadakan beberapa quiz berkaitan astronomi dan juga cabutan bertuah..huhu..



Alhamdlh, sorg lagi sahabat aku sampai..baru ada gu.. dengan lens nya yg agak panjang dari lens aku.. tunggu.. punya tunggu..punya tunggu..bulan tak timbul..ramai peserta2 yg mengambil bahagian dengan membawa sendiri teleskop2 yg agak canggih..dan semakin ramai pengunjung membanjiri kawasan masjid negara..




kelihatan juga para wartawan yg sibuk menemu ramah beberapa pengunjung..dan kilauan flash memenuhi segenap ruang mencerap bulan kerana mahu mengambil gambar kenangan..Pelajar sekolah juga turut kelihatan..ada yg dari johor..wah..semangat adik2 kita ni..bukan setakat pelajar sekolah..ada yg bergelar nenek dan atuk pun turut datang.....


sehingga lebih kurang jam 1.13 ke 1.30 pagi, bulan mula menampakkan dirinya sedikit demi sedikit.. pengunjung semakin semangat utk melihat bulan dengan lebih dekat melalui teleskop...tepat pukul tiga semua pengunjung disitu yg beragama Islam di jemput utk sama2 menunaikan Solat Sunat Gerhana secara berjemaah..serta di ikuti dengan khutbah...


Selepas solat sunat gerhana..masih tidak kelihatan kemuncak gerhana bulan kerana dilingdungi awan tebal..dan kami hanya melihat video live daripada balai cerap sabah melalui skrin besar...


dan selepas solat subuh langit kelihatan cerah dan pengunjung berpeluang melihat beberapa planet...


terima kasih kepada Planetarium Negara di bawah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara



Inilah jadinya bila nafsu mengatasi akal....!!!!!


Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.


*Sumber : Malaysiakini

<<..Murtad? ramai?...>>

Assalamualaikum...

Berikut adalah jadual yg diumumkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom....Senarai orang yg murtad mengikut negeri..


Semalam, Jamil Khir memberitahu parlimen, Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

hmmm...byk tu..mgkin lebih lagi..

*sumber: malaysiakini

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...