20 August 2013

Kucing Garfield...

Assalamualaikum...


Kali ni post pasal kucing plak..hehe..tp sbnrnya wife aku ni takut skit dgn kucing..hehe..tp xpa.. aku phm..nnti xblh bela la nampaknya..aku pun xberapa suka bela..tp aku suka kucing.. tambah2 bulu yg lebat2 dan yg ekor kembang tu...

hari tu pi rumah mak teh aku kat aloq staq..skali dia wak kluaq dua ekoq kucing ala2 garfield.. kucing parsi kot..ntah la..tp mmg muka jadi tembam haa..tp dia bukan jenis malas..laju jugak dia jalan..cuma tahap keaktifan dia kurang la..haha.. tp dia stail takut ngn org..xtau la..mgkin mak teh aku baru bela kot..


Kucing sbnrnya adalah haiwan peliharaan yg bersih..

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis”.

Dan sabda Rasullallah lagi :

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Ini terbukti oleh sains kerana kajian telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. Pada Bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut lidahnya.   

dan ini adalah hasilnya :
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
  • Tempat yang sengaja diletakkan kuman menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan tiada kuman.
  • Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya di badan kucing. Kesimpulan sains merumuskan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
  • Sumber :: http://sohoque.com

Ini jelas kaitannya dengan sains..percayalah..Allah tidak menjadikan tiap sesuatu itu sia2..

p/s : for my wife..lepas ni xpyh takut kucing dah...klu takut lipas tak pa sebab lipas kotor :-p

2 comments:

  1. Assalamualaikum pijut. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. hee sheila pun takut kucing. tapi teringin nak bela sebab suami sheila pencinta kucing. hehehe

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam..hehe..slmt hari raya jugak sheila..takut kucing gak ey..hehe.. tp cute apa org tkut kucing ni..:-) blh la nak mngusik...pujuk la suami bela..boh dalam sangkar..:-)

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...