13 December 2012

Melentur buluh biarlah drpd rebungnya :: Mencintai Allah & Nabi

Selesai sejam prrjalanan.. Maka sampai la aku kerumah.. Dr cheras ke bandar seri putra, bangi... Hmm.. Sampai2 ja terus mandi sebab dah nak masuk waktu mghrib.. Slalu aku akan berjemaah di Surau, klu letih sgt mgkin aku xpi la.. Kena plak hrini malam khamis.. Ada bacaan surah kahfi di surau.. Tp aku terlmbat skit.. Saf ketiga last.. Penuh surau..

Setelah selesai solat mghrib aku tgk lain mcm ja.. Rmai ja kanak2.. Pastu ada seorg buat pengumuman majlis akan bermula sebentar lagi.. Tertanya2 jgak la, majlis apa..

Setelah diamati rupanya harini ada majlis penutup bg kem bestari anak2 qaryah sekitar surau ni.. Mereka berkampung selama 4minggu di surau bg mengisi masa lapang cuti sekolah.. Dengan aktiviti2 yg cukup bermanfaat.. Yg pastinya mereka menghafal Al-Quran, diajarkan teknik membaca n menghafal Al-Quran..

Majlis bermula dgn alunan ayat suci Al-Quran dr Qari khas pelajar Indonesia.. Kemudian persembahan anak2 yg mengikuti kem tersebut berzanji dan mengalunkan Qasidah2 dgn burdah2 yg merdu.. Alhmdlh.. Ibubapa mereka kelihatan begitu teruja dan bangga.. Kecik2 dah didedahkan dgn ilmu agama, mudah2an minat mereka terus tertanam subur di dalam hati.. Tambah2 plak buat dekat surau.. Sekurang2nya mendidik hati mereka dekt dgn surau..





Dan last skali.. Sama2 berdiri bagi selawat ke atas Nabi beramai2.. :-)



Jadi sesiapa yg Allah kurniakan anak. Didiklah anak drpd kecil.. Supaya mudah dibentuk akhlaknya.. Jgn lah sepnjg cuti sekolah, anak2 ni dihabiskan waktunya dgn bersiar2 mkn angin.. Bg pengisian pd cuti mereka..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...