14 September 2012

Umat Islam Sedunia MEMBANTAH filem 'innocence of Muslims' yg menghina Islam

Hari ini seluruh rakyat Malaysia melakukan bantahan selepas melaksanakan Solat Jumaat. Yang di Kuala Lumpur mgkin berdemo di Kedutaan US. Nampaknya orang Kafir/Barat semakin berani menghina Islam..Ayuh kita anak muda bersatu bangun dalam memartabatkan serta meninggikan lagi syiar Islam.

Pas, Umno juga mengecam tindakan menghina Nabi Muhammad melalui filem (http://www.malaysiakini.com/news/208800)


 Dan ini pula perkara2 yg berlaku seluruh dunia selepas kejadian
 1) Duta Amerika Syarikat ke Libya, seorang pakar teknologi maklumat dan dua orang lagi terbunuh dalam serangan orang ramai ke atas pejabat konsul AS gara-gara marah tentang video filem di youtube itu. - Sumber Reuters

 2) Antara 12-17 orang dilaporkan cedera.

 3) Kira-kira 2,000 orang juga turut memprotes di Mesir sejurus selepas kewujudan filem tersebut dikhabarkan melalui siaran televisyen. Kedutaan AS di Kaherah digempur oleh penunjuk perasaan yang bertindak membaling batu serta menurunkan dan membakar bendera kebangsaan AS - Sumber Reuters

 4) Penunjuk perasaan di kedutaan AS di kota Tunis, Tunisia turut membakar bendera AS

 5) Bendera Amerika juga dibakar oleh kumpulan yang menjalankan protes di kedutaan AS di kota Casablanca, Magribi.

 6) Protes sudah merebak ke Sudan di mana beratus orang berkumpul di depan kedutaan AS, dan juga ke Kuwait dan Gaza. (helen)


 Kemarahan umat Islam dicetuskan oleh sebuah filem yang dikatakan telah menghina Nabi Muhammad. Filem bertajuk ‘Innocence of Muslims’ diterbitkan oleh seorang pengarah California yang identitinya masih samar.


Sekumpulan Umat Islam di US mengambil peluang mengedarkan naskah A-Quran dan Buku mengenai Nabi Muhammad secara percuma kepada orang ramai.


No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...