10 August 2020

Selamat Hari Raya AidilAdha 1441H :: #teamrayakedah

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah, raya haji tahun ni dapat la aku balik kampung. Sebab raya2 ni mcm biasa la kerja kena bergilir dengan yang lain..sebab bertugas baca khutbah raya. So giliran balik beraya di kampung tahun ni adalah kedah.. 

Setakat ni dalam tempoh 7 tahun perkahwinan tak dak masalah cuti raya ni..kitorg suami isteri buat giliran..raya puasa dgn raya haji..klu ada hal pada hari raya tu boleh tukar giliran..xdak hal.. dan kampung pun senang nak akses..masing2 tepi highway ja..sehala..dari kl nak ke utara..

berhenti di behrang..pekena nasi kedai mamak..haritu kami puasa sunat arafah..bertolak pun dah petang..so sampai behrang ngam2 waktu nak berbuka..so beli la nasi mamak lauk kambing..

Tahun ni Raya Haji agak suram skit, first sebab covid..so yang boleh pergi masjid utk solat raya hanyalah kaum lelaki. Wanita dgn anak2 tak boleh pi.. lepas tu plak tiada jemaah haji dari Malaysia utk tahun ni asbab covid-19 (tetapi ada 9 org wakil Malaysia yg berada/bekerja/belajar di Saudi mendapat tawaran mengerjakan haji). pagi tu pulak dekat Kedah hujan lebat..mmg tak kemana la raya tahun ni. Kemudian ramai yang buat kenduri korban/aqiqah pada hari kedua kerana raya pertama jatuh pada hari Jumaat (waktu sgt pendek bertembung dengan solat Jumaat)..

awai depa ni bangun pagi raya...

Luqman hensem

hehehe..time berbaik mmg mcm ni..

cucu tokwan..

cucu tokwan

raya tak pi mana kita pakai t shirst saja dok di rumah....

ada ketupat nasi makan dengan rendang ayam dan kuah kacang..

laksam pun mak buat jugak..

hari raya jatuh pada hari jumaat..jd kena pi solat jumaat.. norma baharu..kena sentiasa pakai mask dan bawak sejadah masing2.

tengahari pekena plak coktail ni..mmg A la..hehe

Ayah aku buat kenduri aqiqah utk cucu dia. So hari kedua tu kitorang buat makan2 la..tapi anak beranak je la..covid kan..tak leh ramai..tak pasal2 kena kompaun RM1000 sorang.. pastu ada la panggil jiran2 skit..

pakat dok hiris daging..kepala lembu ni ada jugak daging2 berbaki..kena slow2 hiris.. cumanya otak kitorang tak ambik..sebab xmakan..lidah dgn perut jgn tanya la..habis awai lagi..

tudia nasi briyani..

sup daging..

kena ni ka..apa nak kata...

anak beranak dok pakat makan..

Dan hari raya kedua tu cadangnya nak balik kampung emak aku di air hitam kedah, sekali viral dlm media sosial kawasan jitra ada sebaran covid dari cluster sivagangga..pakcik india yang baru balik dari negara dia (india)..kemudian diminta utk kuarantin di rumah..ttp sibuk kesana kesini sehingga menyebabkan satu kluster baru yang wujud di kedah, perlis, pulau pinang dan ada yang dah sampai Shah Alam. Tapi Alhamdulillah kitorg tak jadi balik, mak ckp xnak la balik sana..kang tak pasal2 dapat covid.. org muda tak pe la...org berumur agak sgt berisiko..Alhamdulillah kami tak balik..lepas dari tu kami dapat tau..byk org yang balik ke kawasan jitra dan sekitarnya terpaksa mendapat kan rawatan di hospital/klinik utk ujian swab covid-19..

sebelum balik kita buat cendoi dulu..

beli xcukup..buat sendiri dapat byk skit..baru ummmpphhh

Oleh kerana raya ni pakat balik.. malam terakhir sebelum kami balik ke ipoh..sempat buat makan2..ODEN

nahh..2 talam..jenuh la nak perabih..tapi jenis2 ni tak leh makan selalu..sesekali tu buleh la..klu makan kat kedai berapa dah ni..so kita homemade ja..sedap dan puaih hati..

tu dia..cendawan...

next nanti balik kedah kita rancang benda lain plak.. tp tu la..klu pakat semua balik baru la meriah.. bila dah masing2 ada suami/isteri/anak2/mertua mcm2 la komitmen..nak bg jumpa sekali tu time raya mcm ni la baru buleh..


Harap2 la kes covid di malaysia dapat dikurangkan. Bagi aku tiada istilah kuarantin di rumah..semua tu mengarut ja..ada yang kluar rumah.penting diri sendiri..kesian kepada orang2 yang patuh dan ikut sop..berbulan2.. byk perniagaan terjejas. harap2 tiada lagi PKP dilaksanakan kecuali PKPD bagi kawasan yang terjejas covid.

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...