Alhamdulillah..dapat post tentang cuti2 di penang.. Macam biasalah..haritu masa balik raya di kedah..dan habis tempoh beraya di sana..otw nak balik ke Ipoh kitorang sempat plan pergi ke Penang..Penang ni kira kerap la pergi bercuti disana.. tapi masih lagi byk tempat tak pergi lagi..
Dan destinasi kali ni, kitorang nak pergi ke Bukit Bendera..last kitorg pergi tahun 2013..masa tu wife tgh pregnant. Fateh dgn Fatehah.. Masa tu awal lagi..masih larat nak jalan2 ni..
So kali ni kitorg dtg bawak anak2.. 7 tahun plak baru nak dtg balik..time ni anak pun dah 5.. excited diorg nak naik bukit bendera..
Bagi aku tak dak la sgt perubahan..cuma parking tak payah risau dah..sebab sebelah tu diorg dah bina bangunan khas utk parking.. harga parking RM5 per entry.. klu boleh sebelum masuk ke dalam Penang Hill tu beli siap2 air mineral atau makanan2 ringan..sebab kat dalam tu mcm mahal skit la..biasa la..tempat pelancongan...
Utk pembelian tiket aku sarankan buat pembelian online..senang..nanti tak payah beratur panjang.. Harga tiket utk dewasa RM12 Kanak2 RM6. Bawah 4 tahun tak kena bayar. Aku dengan wife dan 5 orang anak total RM42 (2orang lagi bawah 4 tahun tak kena bayar). Pastikan sorg ja yang beratur untuk beli tiket dan kumpulkan ic dan mykid anak2.
excited budak kecik ni nak naik train ke bukit bendera..
masa dok tengah beratur tu sempat snap gambar depa ni..tgk la bayang balik cermin tu..tu la ramainya org masa nak naik tu..
Utk korang yang tak suka bergasak2..atau nak cepat..boleh beli tiket Fast Lane Dewasa RM40 Kanak2 RM20.. tak payah beratur panjang masa nak naik train..dan korang akan dpat koc train yang pertama..so dapat la tgk view dgn jelas..duduk depan2 keretapi tu..masa balik pun sama..dpt view jelas.. yang lain sama ja.. beza fast lane ni masa nak naik train ja..bagi aku tak berbaloi..sebab mahal sgt harganya..
keadaan masa tgh beratur menunggu keretapi..
budak ni pun kita angkut jugak..tak tinggai..
keadaan dalam train..diorg staf kat situ akan sumbat org bagi muat2..sapa masuk awal boleh la duduk..klu lambat..berdiri la jawabnya..tapi xlama sgt pun naik atas tu..berdiri pun xpa..tapi priority la pada mereka yang pregnant, org tua, dan wanita dukung anak kecik.. kitorg berdiri sebenarnya..tapi ada pakcik tu satu family, baik sgt..bagi tempat dekat kami anak beranak..
curam dia punya bukit..masa turun laju ja lajak..macam naik basikal turun bukit laju2..
keadaan bila dah sampai di atas.
Masa kami naik tu dah tghari..aku risau anak2 panas..tapi xdak masalah pun sebab kat atas tu dia mcm sejuk skit dan berangin.. dan ada tempat berteduh..dont worry la..
masa ni mmg matahari pacak atas kepala..tgk bayang2 anak2..tapi tak terasa panas sebab di atas bukit ni agak sejuk dan berangin..tapi tak sesejuk cameron atau genting la..sejuk atas bukit..
tgk view dari atas penang hill..
boleh sewa teropong RM1..2 minit sahaja
untuk budak2 disediakan tempat untuk berdiri..
live biola..
antara kawasan yang ada di ats penang hill
bergambar dekat kunci love..anak2 tnya pebenda ni..aku pun jawab entahla..hahaha...
dulu2 punya train..tinggalan sejarah
aiskrim..huhu..mahal sgt harganya..RM6 satu bekas kecik ja..satu scoop sahaja..cekik darah betul..aku sarankan korang tak payah la beli..RM6 boleh beli aiskrim lagi sedap kat luar sana..
salah satu tarikan yg ada kat atas tu.. Alhamdulillah..cuaca baik..risau jugak kalau2 hujan..sebab xbawak payung standby..tp jgn risau..byk tempat utk berteduh sekiranya hujan..
Sekian sahaja cerita di Penang Hill.. next time kita pergi tempat2 lain plak dekat penang ni..byk lagi tempat yang belum pergi..
No comments:
Post a Comment