Alhamdulillah, raya haji tahun ni byk sgt kelainan..disebabkan ujian wabak penyakit covid-19. Bermula dari PKP sehinggalah kepada fasa pemulihan PKPP. Disebabkan tahun lepas raya aku bertugas, so tahun ni dapat la cuti. Turn kedah tahun ni, dan alhamdulillah boleh balik. Kalau raya Aidilfitri baru2 ni mmg semua tak blh balik disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). So semua kena berada di rumah, nak raya rumah org pun tak digalakkan, klu nak raya juga kena jaga SOP dr KKM dan tak boleh ramai dalam tempoh yg sgt terhad. Raya pertama je..raya kedua duduk rumah masing2. Klu kena tangkap melayang la RM1000.
tunggu umi depa pi beli kerepek
dan sempat pi beli baju raya adik farha..last minit...
Untuk korban pulak, setiap masjid tak boleh lebih 10 ekor lembu. Dan digalakkan disembelih di rumah penyembelihan berdaftar. Jumlah kehadiran bagi ibadah korban bagi setiap ekor haiwan adalah 20 orang. Tidak dibenarkan membuat jamuan makan, hanya bungkus sahaja. Untuk mereka yang ada ambik bahagian korban, kemudian nak buat jamuan atau kenduri di rumah, jumlah kehadiran tetamu yang dibenarkan adalah tidak melebih 20 orang dalam satu2 masa.
Bagi mereka yang dikuarantin di rumah tidak dibenarkan utk solat sunat Aidil Adha dan juga menerima tetamu. Dan pada 1 Ogos 2020 ni bermulalah kewajiban utk setiap orang memakai pelitup muka (mask) bg yang berada di tempat awam dan tempat yg sesak.
Dalam dok taip ni masih lagi di pej..tunggu masa nak balik kg ja..pej pun dah mula sunyi..tgh siapkan keja2 sebelum nak cuti panjang.. harap bos bagi balik awal harini.. semalam dah beli kerepek 4 ke 5 jnis utk kudap2 dalam kereta..harap tak jem la..
gambar kenangan bersama jemaah umrah februari tahun 2020
No comments:
Post a Comment