Assalamualaikum..
Ya..akhirnya selepas berakhir PKP..maka boleh la semua rakyat Malaysia pulang ke kampung. Dulu masa PKP raya puasa kat rumah masing2 je la..xboleh balik kampung..tapi raya haji dah boleh balik..sebab dah xdak PKP..tapi masih belum bebas ya...masih dalam mode PKPP..kena ada SOP, jaga social distancing dan wajib memakai mask..
Jadi asalnya plan nak bercuti di Terengganu, tapi akhirnya berubah plan dan jadilah plan kalut2 pergi ke Cameron Highland.. Byk keadaan nak kena fikirkan dalam fasa PKPP ni..
So Raya haji mula2 balik ke Kedah beberapa hari, kemudian singgah ke Penang jalan2 sebelum balik ke Ipoh plak.. Dan sebelum habis cuti raya..kitorang plan nak naik ke Cameron Highland..Last cameron highland kitorg pergi masa tu anak 2..Si kembar tu la..gigih bawah kembar naik cameron..sedang elok la..jaga sorang satu..hehe.. Tapi pergi kali ni dengan keadaan norma baharu..wajib pakai mask. Klu didapati tidak memakai mask di tempat awam atau tempat tumpuan ramai/sesak..denda RM1000..
Masa pi sana tu sempat pergi beberapa tempat ja..sebab biasala..dengan anak ramai.keadaan norma baharu.. so byk habiskan masa kat dalam bilik hotel ja..makan pun beli bungkus..sebab nak duduk kat kedai makan mcm crowded sgt..
Kami book Hotel Titiwangsa.. First time book hotel ni..bila tgk balik..mmg betul2 dekat pekan Brinchang, Alhamdulillah, mudah akses dan senang..Dekat kfc, dekat stesen minyak, dekat masjid, dekat ngn pasar malam, dekat dengan kampung taman sedia, big red strawberi..senang kata bagi aku mudah akses la..kedai makan pun bawah hotel ja.. ada kedai runcit, ada kedai bundle (baju sejuk)..
Hari pertama bertolak dari Ipoh hari Khamis..pagi tu sarapan siap2 dekat rumah mak tok diorg..so xpyh kalut dah dgn sarapan..dari Ipoh macam biasa la masuk ikut simpang pulai..Hari Khamis mmg xramai org la..rilek ja..tenang..kereta tak byk..
tempat pertama kitorg pergi
Tempat ni adalah satu tarikan baru di cameron higland..baru tak baru dalam 2 3 tahun mcm tu la.. buleh la tgk kammbing biri2 yang gedabak besar tu..setahun sekali diorg cukur bulu biri2 tu.. Semua jinak2.. Nak masuk ada bayaran. RM8 dewasa RM5 Kanak2 (3-12tahun).. Harga tiket ni termasuk makanan palet utk biri2..arnab pun ada..tapi tak byk sgt.. Kami bertujuh baru RM31. 2 Dewasa 3 Kanak2, 2 lagi free sebab bawah 3 tahun..
Parking boleh parking berhadapan dengan The Sheep Sanctuary, dekat kompleks pasar kea farm..parking RM3..pastikan pergi awal pagi..klu lewat macam biasa la..jem..
Bagi aku tak la besar mana pun kawasan dia..tapi nice la..sebab boleh dekat2 dengan kambing..pegang2..bagi makan..bergambar..puas sgt.. Klu takut atau geli dengan kambing ni (macam wife dgn fatehah) boleh ja lepak dekat atas..takperlu turun pun..ada kafe..boleh mkn aiskrim.. lebih gambar di sana korang boleh klik sini THE SHEEP SANCTUARY
sebelum balik sempat beli strawberi di kea farm..makan dalam kereta.. lokasi seterusnya kitorang singgah beli pokok kaktus di
CACTUS POINT
Rancangnya di sini kami nak beli sorg satu pokok kaktus..ala..yang dalam pasu2 kecik tu.. harganya lebih kurang 4pasu RM10..kemudian beli rak utk letak pasu2 tersebut dgn harga RM12.. korang boleh cari rak yang ada 5slot, 6 slot, 7 slot..ikut family la..macam aku..7 orang so kena beli 7 pasu dan rak 7 slot.. Kat sini tak byk pilihan sgt mcm dulu2..so klu korang pergi mana2 tempat atau pasar malam ka..kea farm ka..jumpa 4 pasu RM10..beli ja... xperlu nak pergi cactus point pun.. Kami pun singgah sekejap ja..dan disitu jugak ada jual keychain, fridge magnet bagai..siap duit ja..
Lebih kurang pukul 2 tghari kitorang masuk check in di Hotel Titiwangsa..Makan tengahari kitorg beli kat kedai bawah tu ja..bungkus2 bawak naik bilik..tido dan rehat..malam pun rehat sebab kat cameron ni xdak apa pun malam2.. kecuali korang nak kluar pi makan steambot atau pi pasar malam..macam aku sampai hari khamis malam jumaat..pasar malam xbuka..so membuta la dalam hotel..
lepak2 depan hotel..betul2 tepi jalan besar..ada kedai runcit sebelah tu.. beli snek2 yg patut utk makan dalam bilik hotel.
Next day, Hari Jumaat, Hari Kedua. awal pagi bangun standby nak pergi sarapan di
200 SEED CAFE (ABANG STRAWBERRY)
depan cafe abang strawberi
beratur ye sebelum order dan bayar..
Ni adalah salah satu tempat yang 'viral' dan mesti datang klu dah sampai cameron.. Dan kawasan Kampung Taman Sedia ni majoriti kedai orang Islam. Tempat ni viral dengan nasi lemak strawberi.. dan pelbagai lagi masakan dan makanan berasaskan strawberi..dan boleh jugak petik sendiri strawberi..sebelah ja..
Disini korang kena datang awal..awal pagi dah kena kluar hotel..mcm aku 8.30 kot baru nak kluar..yer la..nak siapkan 5 orang anak bukan sekejap..klu kluar kul 10 masak la..jemmmm..masa kitorang sampai dalam 8.40..dekat ja dengan hotel.cuma parking jauh skit daripada kedai ni..sebab byk kereta..susah cari parking..ada la dalam 300meter..tak pa..bagi anak2 senaman pagi skit.. Utk PKPP ni dengan norma baharu..mmg mana2 pun akan beratur panjang sebab ambik suhu dan details pelanggan.. Mula tulis nama dan suhu kemudian pergi cari meja..kedai ni ada 2 bahagian..bahagian luar dan bahagian dalam.. kitorang sampai tu jenuh mencari jgak la meja..tapi Alhamdulillah ada satu family tu dah selesai makan bagi tempat pada kitorang.. Duduk di meja baru la cari menu nak makan apa..menu ada secara online.. ni link dia.. >>menu 200 Seeds Cafe Abang Strawberry<< .. lepas dah tau nak makan apa..korang ambik kertas atas meja tu..tulis nak makan apa..berapa unit..minum apa..kemudian pergi beratur di depan kaunter bayaran..bawak sekali kertas yg nak di order tu..sebab sampai di kaunter..korang akan serahkan kertas order tu skali dengan buat bayaran..lepas tu tunggu je di meja diorang akan hantar.. selesai.. cuma klu rasa lambat nak tulis menu.. bagi sorg pergi beratur dlu..nanti dah siap tulis order..just passing ja dekat mmber tgh beratur..dah jimat masa dekat situ.. harga bagi aku sederhana mahal la..tak la terlalu mahal.. dekat situ haritu aku habis RM70++ untuk 6 orang makan.. ok la..xsampai RM15/person..
dulu masa kecik2 kongsi..skrg sorang sepinggan makan..
amin dok sedap makan scone..sebelum nasik sampai..
Destinasi seterusnya habiskan masa di
BIG RED STRAWBERRY FARM
Kat sini jugak ada sarapan pagi..boleh petik strawberry.. tapi aku lebih suka makan2 di kawasan kampung taman sedia kerana majoriti milik Muslim dan makan tanpa ragu2.. Di sini korang boleh bergambar sakan dengan anak2 dan pasangan..sebab kawasan dia agak cantik utk bergmbar..tenang..tapi kawasannya agak berbukit skit..klu bawak ibu dan ayah..pastikan korang turunkan mereka di pintu masuk..lepas tu baru pergi parking..sebab klu turun sama2 di tempat parking agak sukar bila nak ke pintu masuk..kawasan yang agak cerun.. dan dalam situ jugak ada mini zoo..walaupun xbesar tapi ada la jugak tarikan utk budak2 ni...Kitorang duduk sini tak lama..sebab Hari Jumaat..aku nak pergi solat jumaat..
kat sini boleh santai2..klu bawak palet ikan boleh la bagi ikan ni makan..
ada angsa..ini angsa kejar orang ni...haha.
dah nak dekat sama besar dengan amin
riuh dengan budak2 ni..tak senang binatang dalam sangkar tu..
adik pun hepi jugak..
boleh tgk pokok2 yang ditanam sekitar kawasan.
mintak anak2 ambilkan gambar kami berdua
dapat naik benda ni pun dah seronok..berebut2 nak naik
Balik ke hotel..siap2 nak solat jumaat..nah..depan hotel jem.. alternatifnya jalan kaki je la..lagipun dekat ja..lebih kurang 500 meter ja.. bagi aku xdak hal la..lagipun ada ruang pejalan kaki.. dan selesai Solat Jumaat rehat2 sekejap baring..sebab petang nak keluar pergi pasar malam Brinchang..klu mai cameron tak sah klu tak ke pasar malam Brinchang..
PASAR MALAM BRINCHANG @ GOLDEN HILL NIGHT MARKET
Dari Hotel yang aku menginap (hotel titiwangsa) nak ke pasar malam cameron mmg sgt dekat..Dalam 2km camtu ja.. anak2 ckap eh sekejap nya nak sampai.. tapi lepas dah sampai..nahhh ambik.... dekat 200meter kena berbaris ambik suhu utk masuk ke pasar malam tersebut..masih dalam PKPP kan.. sampai ada pakcik tu patah balik dengan anak beranak dia..siap ajak aku skali..haha..tapi aku still nak pergi jugak..sebab baris panjang tu tak lama pun.. baris just ambik suhu je pun.. tak tulis buku pun..klu tulis alamtnya lagi panjang la beraturnya..
Klu rasa tak nak beratur panjang..kena kluar awal..dalam pukul 5.30 tu dah kluar..atau pukul 6.. klu lewat daripada tu.. mmg berbaris lagi panjang la.. kereta pun jem nak parking.. sebab kitorang kluar awal...mmg selamat la.. pukul 6 kitorang nak balik sekali tgk ramai giler yang beratur..pastu dari trafic light simpang jalan utama dah jem.. klu pergi awal tak jem pun.. klu yang pergi couple tu..pasangan suami isteri.. ok ja klu nak datang lewat skit..atau malam..baru la pasar malam kan.. haha.. tapi klu ada anak2 better tak payah kot..sebab kesian kat diorg..
buah ni kira trademark di cameron highland..hehe..so tak jadi la dtg cameron klu tak beli buah strawberi
teh pun sama..trademark jugak.. hehe
kami sampai kira awal jugak la..tu yg tak berapa nak ramai sgt..senang bawak anak2 berjalan..
yang ni plak gerai terakhir aku singgah..tgk orang dh mula ramai..
kitorang balik mula la kawasan situ semua crowded..jalan pun jem.. Malam just makan makanan yang dibeli dari pasar malam ja.. sampai la kenyang..pastu tak pi mana dah..tido ja.. esok pagi dah nak gerak balik..di pasar malam byk sangat beli makanan..sampai tak habis..nasib bangun pagi lepas tu makanan tak basi..maybe kawsan sejuk kot.. lambat basi..
Hari ketiga, hari Sabtu..hari terakhir.. kemas2 bilik..Check Out, sarapan baki2 makanan yg semalam..masih lagi elok...strawberi pun masih segar..cicah coklat...haha..jagung pun jagung lah sarapan..ada ja sarapan dekat hotel tu..tapi aku malas nak turun dengan anak2..
yang ni buat breakfast pun sedap...haha
tapi buah ni pastikan beli yang masih segar. sebab ada penjual yang jual buah dah byk hari, dia jadi mcm lebam/lembik...masih boleh makan..tapi tak berapa best la..xsegar..
next destinasi kitorang adalah
CAMERON VALLEY TEA HOUSE 2
Oleh kerana hari last dan balik ikut jalan tapah..aku decide pergi ladang teh bharat ja.. klu balik ikut jalan simpang pulai boleh lah ke ladang teh sungai palas..tapi sungai palas tu macam jauh nak masuk kedalam.. kelebihan dia ada muzium memproses teh..
dan kelebihan ladang teh bharat ni dia tepi jalan ja..mudah akses..haha..sejak anak ramai ni kira yang mudah2 ja.. last aku datang ke cameron tahun 2014..dan aku dah terbiasa dengan ladang teh bharat ni..tapi rupanya dia ada nama lain.. iaitu Cameron Valley Tea House 2.. dulu tak dak pun house2 ni..dan sekarang ni masuk untuk turun ke ladang teh dikenakan bayaran..dulu masuk free ja..haha..tak pa la.. janji berpatutan.. dewasa RM3 kanak2 bawah 12 Tahun percuma sahaja....so total aku cuma bayar rm6 utk masuk. aku dengan wife dan 5 orang anak.
selepas bayar baru blh masuk..
Nasihat aku utk disini tak berapa sesuai utk ibu dan ayah yang berumur, sakit lutut, tak berapa sihat..sebab turun naik dia mmg curam..dan kawasan dia terhad..just bergambar ja..nak duduk lama2 pun tak sesuai..
tgk..kesian anak aku ni ha..tergagau2 nak turun tangga yg curam tu..
kalau yang ada mak ayah tak berapa nak kuat lutut tu aku tak sarankan la dtg ke sini..
pemandangan kat sini ok la..sebab dia buat mcm 'deck' gitu.. so dpt la bergambar berlatar belakang kan ladang teh..
tu dia..aku pun nak bergambar jugak dengan farhatul.. anak paling bongsu..
bagi aku utk Valley Tea House 2 ni sesuai utk makan2 kat cafe dia..pemandangan yg cantik..kena plak aiskrim, scone atau waffle..fuhh..mula2 aku nak jugak singgah makan..tapi crowded..terpaksa la terus masuk ke kereta..sampai lupa nak singgah kedai cenderahati sebelah tu..dalam otw nak balik tu terjumpa satu lagi kawasan ladang teh..rupa2nya itulah dia..Valley Tea House 1..haha..Dulu aku mai mana nak ada..
CAMERON VALLEY TEA HOUSE 1
Parking utk ke sini mmg sgt2 terhad.. so boleh ja parking di bahu jalan, sebab masih ada ruang utk parking..dan ramai yang parking disitu.. tidak mengganggu lalu lintas..cuma sesekali bila yang parking undur nak keluar parking..itu akan sedikit menghalang kenderaan..tapi kawasan situ mmg kenderaan slow sebab naik bukit..
dalam tu mmg sgt2 luas..sesuai korang nak berkelah ka..rehat2 santai..melukis ka..bergambar ka.. bagi aku klu tak pergi Valley Tea House 2 tadi tu pun xpa..haha..Untuk Valley Tea House 1..korang boleh pilih nak naik tram atau berjalan kaki.. Harga tiket utk Tram RM13 utk dewasa dan RM7 untuk kanak2.. 4 tahun ke bawah free..
klu bagi yang berjalan kaki harga tiket masuk aku tak pasti..rasanya RM3 kot..
Bagi aku ada pro n kontra utk yang naik tram atau berjalan kaki.. Untuk yang naik tram bagus utk ada ibu ayah yang tak larat berjalan..atau ada anak2 kecik yang masih berdukung atau baru bertatih jalan.. dan tram akan turun sampai paling bawah sekali..tempat yang agak cantik utk bergambar, berehat dan sebagainya..kat bawah tu juga ada foodtruck yg jual minuman panas dan sejuk yang berasaskan tea..
dan yang tak bestnya nya..korang kena tunggu tram masa nak balik.. klu ramai org jenuh la tunggu turn.. klu nak balik jalan kaki plak rasa rugi sebab dah bayar tram..
ni spot bergambar dekat paling bawah
Untuk yang berjalan kaki, aku rasa sgt menarik..sebab sepanjang korang berjalan utk turun ke bawah sekali tu..ada mcm2 spot utk bergambar..mmg cantik sgt2 kawasan dia..cuma yang nak tram xdpt pergi sebab tram tak singgah dekat situ... aku klu anak2 dah besar mmg pilih jalan kaki ja..hehe..
Jangan lupa time nak balik leh singgah toilet dia. sebab sebelum masuk toilet tu ada view cantik dekat pintu masuk dia..hehe..
Cukup la 3 hari 2 malam bercuti di Cameron..walaupun byk tempat tak pergi tapi yang aku sebutkan ni pun dah padat..mgkin bercuti dengan anak2 kecik..mmg ambik masa skit..contoh ambik masa nak bersiap2 utk keluar..mandi pakai baju bagai..tu tak campur buat perangai lagi..pastu makan..kemudian bila dah pergi satu2 tempat tu tak blh laju2 mcm datang berdua bulan madu dulu..hehe.. bila bawak askar2 ni dia take time skit..
Dan Akhir sekali kami singgah di Lata Iskandar sebabnya kami balik lalu jalan Tapah..yang agak berliku tu..klu siapa tak biasa mmg agak mual2 dan muntah..hehe..better kasi penat2 dlu sebelum balik..then naik kereta terus tidur ja..baru tak terasa jalan berliku2 tapah tu..hehe
Lata Iskandar bukan setakat singgah ja..tapi mandi sekali dekat situ..tu pun ambik masa juga sebab anak2 tak nak balik..seronok dapat main air..
tak sabar nak mandi...
tu dia..si kecik ni pun nak mandi jugak..boleh tahan sejuk air dekat sini..
abaikan gambar belakang tu..
bila mandi..hati2..pastikan anak2 dekat dengan kita..sebab dekat kawasan yang gelap tu kawasan dalam..
yang ni pun dah kira dalam..aku saja dukung depa bagi merasa skit..buang rasa takut tu..
ala2 majalah mangga 90an.. tapi bukan versi kolam renang la..versi air terjun
budak kecik ni kita bagi main air sekejap ja..sebab air sini sejuk..
seronok dia dapat main air..
Balik dari main air dekat lata iskandar ni terus lapar..last cari KFC ja mudah dan cepat..
ada ka patut kami duduk berasingan..padahal kami satu family kot..tak kan nak jarak jugak..dalam kereta, rumah tak jarak pun..tiba2 kat kedai kena pisah meja..hmmm.ikut je la..
No comments:
Post a Comment