Assalamualaikum...
Percutian ke Cameron Highland tak sah kalau tak melawat ke sini..hehe.. The Sheep Sanctuary..
Kawasan dia terletak bersebelahan dengan Pasar Kea Farm.
Tiket Masuk :
RM8 = Dewasa
RM5 = Kanak-kanak (3-12 Tahun)
Free Of Charge = Bawah 3 Tahun
Palet Makanan = Percuma (diberi semasa bayaran tiket masuk)
Disini sesuai utk anak2 dan jugak orang dewasa.. biri2 import ni lain macam skit..besar..bulu tebal.. dan katanya bulu2 dari biri2 tersebut hanya akan dicukur utk tempoh satu tahun sekali... dan kambing biri2 disini jugak dimandikan oleh penjaga kandang tersebut.
Budak2 yang tak biasa dengan haiwan mgkin akan ketakutan skit la..sebab kambing ni jinak..dia akan berada dekat dengan kita..tambah2 masa kita pegang palet makanan..akan diserbu..so mgkin anak2 akan rasa ketakutan skit..org dewasa pun kadang2 rasa geli/takut juga..klu dah anak2 menangis ketakutan..rilek dulu dekat atas..belah atas ada cafe..boleh santai2 makan aiskrim dlu..
ni dekat pintu masuk..masa aku tengah bayar tiket masuk..diorg bergambar la dekat sini..masa ni excited kot nak tgk kambing..biasa tgk kambing dekat kampung biasa2 ja size dia..haha
beratur bayar tiket dan ambik suhu..serta dapat percuma makanan utk diberi pada kambing dan juga arnab..tapi arnab macam tak berapa byk sgt..
ni deco sebelum turun ke ladang dia..bergambar2 dlu..
panas sampai tak boleh bukak mata..silau..tapi cameron tempat sejuk..so kurang la panas matahari tu..
mem besar pun nak bergambar jugak
tengok..awal2 turun..nah..si gedabak ni dah tunggu siap..haha
nasib la fateh uwais berani jugak..bagi makan..
ni yang saiz kecik..ada lagu yang besar..
jinak kan..boleh peluk lagi.. bersih tau kambing2 ni..sebab hari2 dimandikan..
masa bagi makan ni akan terasa lidah dia..jgn risau..ada paip air kat situ..boleh basuh tgn selepas bagi makan.
klu lambat keluarkan makanan..mmg dia akan kejar la..hehe
ni baru belah atas..tak turun ke kandang dia lagi.. kawasannya tak besar mana pun..
si kecik tu dah mula rasa takut..sampai kena berdukung bagai..
kambing dekat atas tu masa2 masuk akan jumpa di situ dlu.. lepas tu boleh turun ke bawah sini..kawasan kandang kambing..
sapa kata amin tak berani..hehe
berebut woiiiii...
tengok..setiap hari mereka akan dimandikan..
yang ni size dia besar..siap fateh tanya boleh tak naik atas belakang dia..buat mcm kuda..haha
masa ni tengah bergelut nak bagi makan..byk pulak kambing ni..hehe
The Sheep... aku ckp..ni la yang dalam kartun Shaun the Sheep tu..haha
bergambar dlu sebelum balik..
kakak dengan wife...mmg tak turun langsung..depa takut = geli..rugi tiket..huhuhu
depan kedai cenderamata..sebelum balik boleh singgah..
nampak tak signboard The Sheep Sanctuary tu..klu nak best boleh menginap di hotel tu..senang..
parking berhadapan dengan The Sheep tu..seberang jalan..kena melintas..bayaran tiket parking RM3
No comments:
Post a Comment