27 January 2017

PERASMIAN SOLAT JUMAAT PERTAMA ~ Surau Al-'Alimin Maktab PDRM KL

20 JANUARI 2017 - Surau Al-Alimin Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan untuk mendirikan Solat Jumaat dan Perasmian Solat Jumaat Pertama dirasmikan oleh Y.D.H Dato' Orang Kaya To'Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Tuan Haji Abdul Jalil Bin Dato' Abd Rani. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Khutbah Jumaat Pertama disampaikan oleh wakil dari Pej Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dulunya surau ni hanya sebuah surau tertutup. dalam pagar Maktab PDRM KL. orang luar mmg xblh nak acces masuk melainkan dengan meninggalkan ic di balai pengawal. Dan sekarang pagar gate D dibuka untuk orang awam menunaikan solat fardhu 5 waktu termasuk Solat Jumaat. Dan aku pun nanti lepas ni kena bertugas jugak. Sebulan maybe dalam sekali je kena baca khutbah. First time kot.. dan di masa akan datang mgkin susah skit la nak bercuti raya..kena bergilir dengan imam2 yang lain.








No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...