27 January 2017

PERASMIAN SOLAT JUMAAT PERTAMA ~ Surau Al-'Alimin Maktab PDRM KL

20 JANUARI 2017 - Surau Al-Alimin Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur telah mendapat kelulusan untuk mendirikan Solat Jumaat dan Perasmian Solat Jumaat Pertama dirasmikan oleh Y.D.H Dato' Orang Kaya To'Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Tuan Haji Abdul Jalil Bin Dato' Abd Rani. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Khutbah Jumaat Pertama disampaikan oleh wakil dari Pej Agama Islam Daerah Hulu Langat. Dulunya surau ni hanya sebuah surau tertutup. dalam pagar Maktab PDRM KL. orang luar mmg xblh nak acces masuk melainkan dengan meninggalkan ic di balai pengawal. Dan sekarang pagar gate D dibuka untuk orang awam menunaikan solat fardhu 5 waktu termasuk Solat Jumaat. Dan aku pun nanti lepas ni kena bertugas jugak. Sebulan maybe dalam sekali je kena baca khutbah. First time kot.. dan di masa akan datang mgkin susah skit la nak bercuti raya..kena bergilir dengan imam2 yang lain.








24 January 2017

Percutian Singkat awal 2017 ~ Melaka Bandaraya Bersejarah ~

Percutian kali ni percutian yang tak dirancang..masa tu dapat tahu semua staf di pej wife dapat bermalam di hotel Swiss Garden secara percuma termasuk breakfast 2hari 1malam dan makan malam di Umbai. Maka tugas aku mula la survey tempat yang patut dan tidak patut berdasarkan bajet. sebab kebanyakan tempat attraction ni berbayar.cuma ada yg mahal dan ada yg murah. dan kena tgk jugak sesuai atau tidak sebab aku pergi bukan berdua, tapi berlima termasuk anak2. So kena cari tempat yg agak rousing and colourful skit utk depa2 ni.

1. Zoo Melaka

Harga Tiket
Dewasa : RM17.80
Kanak-kanak : RM7.10 (4-12 Tahun)

Ni atur cara yang pertama sekali sebab anak-anak aku suka binatang. tapi tak semua binatang diorang berani dekat.. haha..bagi aku okey la harga tiket ni.xla mahal mcm zoo negara..huhu..aku cuma bayar RM35.60 untuk masuk zoo melaka bersama keluarga.berpatutan la kan.sebab 3 orang anak aku free (bwh 4 tahun).hehe.. Macam banyak2 haiwan kat zoo tu..diorg kena meriahkan skit tempat haiwan tumpuan contohnya gajah,zirafah, harimau, buaya, badak. sebab ni binatang yg selalu dikenali oleh kanak2.mgkin size yg agak besar.. klu binatang yg kita tak pernah jumpa tu, yang nama pelik2 tu letak la belakang2 sana tu..huhu.. Anak2 aku diorg dari awal dah dok sebut gajah..gajah..sampai2 aku beli makanan utk gajah tu RM5 (ada la seikat kecil tebu yg dipotong & roti sekeping). mula2 ingat berani la diorg..sekali kakak dengan fateh dah menginjak ke belakang..sambil nangis..takut..nak balik..haha..maybe besar sgt gajah tu..dan dekat sgt diorg dengan gajah..aku pun seram.. tp amin uqasyah rilek ja bagi makan..last2 dia pun takut tgk belalai yg panjang..sekali berdengus, ambik kau..kuat ja angin keluar dari belalai dia.. aku risau dia belit angkat amin ja..  Untuk berjalan dalam zoo melaka tu, aku dah plan nak bwk stroller sebab zoo kan luas..jd klu anak2 malas atau letih nak berjalan senang..letak ja dlm stroller..sorong ja..haha.. Kami berjalan2 dalam zoo melaka sekitar 2 jam. pastu terlepas tengok show burung..huhu..xpa..jnji anak2 puas dapat tgk binatang kesukaan diorg. next time zoo taiping pulak.
bagi arnab makan. kena beli dulu makanan arnab RM5. ada la beberapa potong lobak.
yg berani masuk fateh sorg ja.tu pun aku kena dukung.anak2 geli.diorg ingat arnab ni mcm kucing.sebab diorg takut kucing.

antara haiwan2 besar yg ada di zoo

pakat dok panggil tapir.kejut suruh tapir bangun..haha

rehat seketika..nasib baik bwk stroller.

amin uqasyah bagi gajah makan. tgk belalai gajah tu..besar wooo..

ni la gajah yang anak2 pakat takut. agak besar jugak size dia.

bergambar sebelum balik.tu pun berani2 ja fateh
wefie bersama zirafah

hero abi menunggang kura2..haha


2. Nasi Beriani Hj Thamby

Harga Makanan
Nasi Beriani Ayam : RM7

Kami sekeluarga sempat makan tengahari di Nasi Beriani Hj Thamby. Pilihan JJCM. Orang kata sekali diorg masak berperiuk2 besar..masa aku pergi tu pun orang penuh kedai..tapi xdak la sampai beratur.maybe dah sampai lewat kot. kebanyakan orang yg datang diorg beli bungkus ja.mgkin xselesa makan kat kedai atau malas nak berasak2 sebab kedai dia biasa ja..xbesar mana pun. Wife ambik nasi beriani ayam goreng, aku ambik nasi beriani ayam masak merah. Katanya klu dtg hari Jumaat diorg ada sediakan air sirap bandung percuma. Klu betul semoga murah rezeki berniaga mcm ni.
pandangan luar kedai


kami berdua ja makan.anak2 xnak mkn.



3. Masjid Terapung Selat Melaka

Harga : Percuma (ringan2kan tangan masuk duit dalam tabung)

Masjid ni dlu aku dah pernah pergi.tapi demi memenuhi kehendak wife aku ke sini jugak bagi solat Zohor. Lokasinya yg agak strategik dan senibina masjid yang cantik. Ramai jgak foreigner yg dtg untuk ambil gambar kenangan.
cepat je keluar kereta..nak ikut abi solat katanya
permandangan depan masjid selat melaka
pintu masuk masjid
pandangan sisi depan kubah
pandangan sisi tepi masjid. kawasan laut tu adalah selat melaka
sempat 3 beradik ni dok main sementara tunggu umi ambik wudhu'
menghadap selat melaka.kawasan ni dlu adalah kawasan paling sibuk dengan kapal2 pedagang.
seronok tengok laut sampai xnak balik..nasib baik lepas ni terus nak ke hotel..pujuk kata nak pi mandi kolam..haha..
pandangan sisi belakang masjid.tetapi kiblat menghala ke belah kanan gambar


4. Swiss Garden Hotel & Residences, Malacca

Harga Bilik : RM250 perNight
(tapi kami dapat tiket free)

Sebenarnya kami ke Melaka sebab dapat hotel free.So duit yang ada blh belanja pada benda lain. penginapan tak perlu pikir dah. Okey la hotel ni.Hotel 4 Bintang dan antara yang tertinggi di Melaka. Dalamnya ada mall dan di atasnya ada tempat tarikan sky lounge tapi berbayar la.
pasal hotel blh baca dalam entry ni >>>swiss garden hotel<<<









5. Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai

Harga Makanan : tak pasti
(ni pun dapat makan free)

Dan inilah acara kemuncak percutian kali ni. Makan2 bersama staf kwsp seri petaling (bhgian perkhdmatan) bersama family masing2.So agak ramai la.mmg masing2 tidak mengenali satu sama lain..haha..yang penting makan ja, tak pyh pikir orang. sebab menu dia byk jugak kau. Ikan bakar ja ada 3 jenis, ketam masak blackpepper, sotong celup tepung, udang besar goreng tepung, kupang masak apa ntah.jenuh nak makan. aku mcm biasa la..tak blh laju2. pasal ada anak kecik.kena layan dlu kerenah diorg nak makan tu la, nak mkn ni lah..lepas tu baru blh masuk gear 5..haha.. alhmdlh, ramai yg tak pulun makan kat ketam..favorite aku tuh.. so blh belasah ketam byk skit..hehe rasa ikan bakar dia mmg segar dan sedap.. recommended


favorite aku.ketam


ni bahagian depan.tapi aku xkenal sapa2 pun..haha


keadaan meja bila dah habis makan..syg tgk lauk2 yg xhabis.tp apakan daya..bahagian meja aku, aku cuba habiskan drpd membazir. Tgk dah nak balik aku minum jugak.cuba nak habiskan air tembikai tu..tp tgk la..masing2 tak larat nak habiskan air..satu meja 6 org tp air tembikai 2 jug kau..byk tu.

6. Beca Bandar Melaka

Harga : RM25 /beca

Antara salah satu tarikan di Melaka ni adalah BECA. hehe..dlu masa bujang2 pergi melaka tak dak nya teringin nak naik beca dgn harga mcm tu..haha..tapi bila dah beristeri dan beranak pinak ni..terasa la nak naik, lebih kepada anak2. bila tgk diorg hepi kita pun turut hepi. Aku dgn wife tumpang sekaki la sebab sebelum ni xpernah pun naik beca bandar melaka ni. Geng2 beca ni ada persatuan berdaftar tau, dan kerajaan Melaka support pada mereka yang terlibat. Kerajaan Melaka mmg jaga benda2 yang melibatkan pelancongan ni. Beca kat sini byk, boleh pilih, kebanyakan mesra pelanggan. Yang nampak cantik di mata aku ada la 2 beca ni, satu hello kitty dan satu pikachu. warna warni siap ada lagu lagi bila beca bergerak.kuat plak tu. Oleh kerana anak2 kami xkenal hello kitty, maka aku buat keputusan naik beca pikachu. tapi lagu yang dipasang adalah didi n friends. Abg beca ni memg memahami betul. Amin uqasyah tu bukan main seronok dengar lagu dia siap tepuk2 tangan lagi. Dia xpergi jauh pun, sekadar depan kubu A'Famosa ja. pastu blh turun bergambar bagai. dan datang balik pada dia. terus pusing balik tempat naik tadi. kami naik berlima tau satu beca, mula2 dia cadangkan naik dua beca untuk keselesaan. Tp aku mintak satu je la.mana best pisah2. lagipun aku dah biasa menyempit2 dgn anak2..selesa ja..haha.. sapa naik beca nanti boleh je nak request lagu.lagu rancak2 skit ka, lagu sedih ka..kuat beb sound dia. mmg jadi perhatian la sekejap bila lalu tu..












7. Cucur Udang Alor Gajah

Harga : RM 6 (set 3 orang makan) + RM 2.50 (ayam goreng) + RM1 (3biji nugget)

Destinasi terakhir sebelum keluar tol balik ke KL kami sempat singgah di Alor Gajah bagi menikmati cucur udang Alor Gajah. top jugak sebab rasa sos dia yg super sedap. Dalam set tu dia ada letak cucur udang, tempe, tauhu, telur, fishcake..dia cincang2 kemudia boh sekali dengan sos.siap..sedia untuk dimakan..masa kami pegi tu okey lagi orang..bila nak balik orang dah mula beratur.. fateh mcm biasa.xdak mood, belikan dia otak2. hampir kesemua 10 otak2 tu dia makan..favorite dia la tu.

sekian saja percutian pendek kali ni ke Bandaraya Melaka. next time blh dtg lagi. byk lagi tempat2 menarik di Melaka ni boleh dikunjungi..

23 January 2017

Bercuti ~ 2D1N d Swiss Garden Hotel And Residences, Melaka^^^^

Assalamualaikum...
Awalnya percutian ni xdak pun  dlm planner untuk pembuka tahun 2017 ni. tapi disebabkan my wife and staf dapat percutian free.maka dengan sukacitanya diterima tanpa ada bantahan. wlupun percutian singkat.maybe bermakna jika manfaatkan sebaiknya. kitorang dapat free bilik hotel 2D1N di Swiss Garden Hotel & Residences Malacca berserta breakfast. ok la tu kan..sapa nak bagi free. Dan juga nakan malan juga di sponsored bertempat di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai.
Alhamdulillah rezeki.
Swiss Garden Hotel & Residences - boleh nampak sedari jauh.. (hotels.com)

Maka bermulalah percutian singkat kami ke Melaka Bandar Bersejarah sabtu lepas 21 Jan 2017.
Hotel Swiss Garden Melaka ni tak susah nak cari sebenarnya..klu duduk kat bandaraya melaka tu korang akan tetap nampak beb..katanya hotel ni antara yang paling tinggi di melaka ni.. klu malam pun nampak jgak sebab lampu hotel tu menyerlah..
sekarang ni rata2 pakai waze jer..sampai depan pintu lobi hotel dia bagi lokasi..haha.. klu tiba2 nset terpadam, xdak bateri ingat ja nama jalan.. Jln munshi abdullah...sebab dekat signboard jalan tu dia akan mention nama jln..nama hotel mmg xdak la..jumpa signboard jln munshi Abdullah follow je sampai jumpa hotel, atau korang boleh cari perkampungan Mortern, sebab perkampungan tu berhadapan dengan hotel ni.


Oleh kerana hotel ni ditempah oleh staf pej wife. so dia la yg kena pegi kaunter untk check in hotel. tugas aku turunkan dia di lobi. blh ja klu nak terus parking then pergi check in..tp korang blh bayangkan la dgn anak 3 orang yang kecik2, dicampur dgn 2 3 beg pakaian, barang2 keperluan anak dan pelbagai..haha..padahal bermalam sehari ja..tp beg kemain lagi. parking dia mmg satu masalah bg aku.rata2 aku baca blog org lain pun timbul gak isu parking ni. sebab hotel ni ada 3 tower, tower untuk hotel, tower untuk residences dan tower satu lagi mgkin lot yg dijual utk awam.harga xpasti..ko blh bygkan beli satu unit rumah bersambung dgn hotel 4 bintang yg bwh dia ada mall (The Shore). berbalik pada parking tadi.aku menginap di hotel. so kitorang kena park di tower 2. aku tahu tower 2 pun sebab masa check in dia bg kad acces bilik ada dinyatakan kat situ. bayangkan klu parking dlu kemudian baru check in. pastu baru tau tower mana nak kena park..klu betul park awal tadi xper la.tp klu salah mmg kena kluar balik dan park di tempat yg betul..klu tak nnti korang akan mengalami masalah bila nak acces bilik xblh..no bilik n tingkat betul tapi tower salah..huhu..sadisnya....

kitorang satu family dapat bilik tingkat 21, tower 2. betul2 depan lift.tinggi tapi okey la..permandangan cantik ditambahi dengan angin yang kuat.

kitorang tak book hotel, so tak tau keadaan dalam hotel.bila dapat masuk ja..wahhh..cantik..luas..ada balkoni.bilik mandi berasingan dengan tandas.yang bestnya ada tab mandi.tak semua bilik hotel tau ada tab mandi.kawasan bilik air ni mmg blh nampak dari luar, cermin kaca. tapi jgn risau ada bidai. Iron dengan iron board ada siap dlm almari, katil king size ada double.aircond sejuk..okey.cuma pastikan bila lepas bukak pintu balkoni,pintu tu ditutup rapat balik..klu tak mmg aircond tak berfungsi la..sebab bila pintu balkoni dibuka automatik aircond off. overall bilik mmg sgt okey. dan hepi bila tgk anak2 lompat atas katil, yang si kecik tu ikut ja apa yang abg dgn kakak dia buat.

ni la ruang bilik kitorang..luas jugak la.
tgk ruang bilik air dia..can be seen through glass..haha..orang luar blh nampak segala aktiviti kat dalam tu..klu korang berendam dlm tab mandi tu pun masih boleh tgk tv melalui cermin kaca tu..klu rasa malu turunkan je bidai.

apa yang aku nak komen skit adala pasal bilik air. sebab di ruang tandas tak ada lubang air. aku org melayu Islam kot. bila beristinjak mmg byk guna air, so mmg akan basah la ruang tu.tp bila dah xdak lubang air mengalir keluar secara hepinya air tu bertakung..bila bertakung jadi sejuk..bila sejuk nak pijak pun terjengket2..huhu.. aku rasa dia buat bilik tandas tu ikut citarasa mat saleh kot..jenis istinjak guna tisu ja.sebab tu sentiasa kering ja. dan satu lagi pasal ekon tak dak remote dan xdak suis yg berdekatan dgn kepala katil..so bila tgh malam tetiba rasa sejuk sgt korang kena bangun sambil mata tertutup terbukak cari suis ekon kat depan pintu sana tu then off kan..huhu..bila tetiba rasa nk bukak balik kena bangun plak untuk on..hmm..tp itu komen aku la.. dan still tak mengganggu mood bercuti kami sekeluarga..masalah kecik ja tu.
ruang pool hotel..yang depan ni untuk org dewasa.. sebelah cermin depan sana untuk kanak2.. dan bilik atas pool ni adalah gym.

Dan di hotel ni juga ada tarikan tersendiri iaitu pool utk kanak2.luas jugak la..puas anak2 main.permainan air di pool kanak2 ni ada masa2 dia. klu dtg xkena masa dia mmg mainan tu tak berfungsi, takdak la percikan2 air.
mula2 mcm takut2.nak tak nak ja masuk..diorg ni selagi tak dipaksa.mmg kat situ je la duduk sampai balik.
tgk la tu..sorg nak berdukung sorg tak..
tapi paksa ja.rugi la tak enjoy kat sini..alang2 dah dapat menginap di hotel ni.

sebelah masuk ke pool dewasa ni ada bubbles massage..korang blh lepak2 sambil baring..terasa di bahagian belakang seperti diurut2..hehe. fateh suka dok sini..dua kali ulang..

disebabkan pool utk anak2 ni berada di tingkat 9, so angin disitu agak kuat la.menggigil anak2..si kembar aku tu pun menggigil..tp fateh bila ajak balik xnak plak..dia masih nak mandi.mula2 ja rasa takut bagai..bila dah syok tak nak balik plak..
dua2 ni dah kesejukan..menggigil sampai nak bercakap pun xblh..tapi ada hati lagi nak mandi.xmau balik..huhu..
tp selepas sesi pujuk memujuk akhirnya berjaya jugak..tapi kena sambung mandi di bilik hotel.kalini mandi dalam bath tub plak..berkubang la dalam tu. Oh ya,utk di kolam mandi tadi tuala dibekalkan 2 helai. tuala merah belang putih. sebelum balik kena pulang balik.
last2 ni la penyambungnya..bath tub dalam bilik hotel..haha..
si kecik tu pun sama naik gak..



ni la keadaan bila dah kepenatan main masa di pool + berendam dlm bath tub hotel. yg kecik tu tak terkecuali okey..sama naik ja.

di bahagian bwh hotel ni ada mall, tapi kami xberkesempatan nak jalan2..sebab malam ada makan2 di Parameswara Umbai. Balik pun dah pukul 11 lebih.anak2 pun dah tido. xblh la nak pusing2 keliling hotel..tp pasangan yg tak dak anak kecik mmg diorg berjalan sampai lewat malam la..malam masih muda..aku? aku apalagi layan kopi di balkoni belakang la..angin bayu laut selat melaka menghiasi malam..nyaman..hilang stress.
klu nak rasa lebih feel santai.korang boleh lepak mandi di infinity pool..

Sesapa korang yg nak book hotel ni ambik la sekali pakej breakfast..berbaloi.senang..pagi2 leh lepak sarapan dalam hotel.makanan mcm2 ada..blh la..kena dengan selera tekak kami sekeluarga. kena plak kami dapat dok sebelah tingkap.dapat la tgk permandangan cantik sambil sarapan.kakak tak habis2 bercakap apa yg dia tgk di tingkap..mula2 nampak orang berbasikal la.orang jogging la.sekejap2 boat lintas.boat pun ada lalu jugak. sebab sungai sebelah hotel ni adalah laluan river cruise melaka.


korang yang mana nak datang melaka nak rasa hotel 4 star dgn permandangan yg super cantik.. boleh menginap di hotel ni..insyaAllah klu ada rezeki blh repeat dtg sini lagi..hehehe.rasa tak puas plak dapat duduk sehari ja...
sunrise - pagi sebelum check out.
selamat pagi kampung Morten - kampung ni dibiayai oleh Kerajaan Negeri untuk sentiasa terpelihara.

takpa..next time kita bercuti lagi..next plan for my anniversary.tgh planning dan menyimpan skit2.

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...