30 September 2014

hak sbgai pengguna Lebuhraya Plus - 'Claim' kerosakan

Assalamualaikum...
Seawal pagi isnin..mcm biasa..aku pengguna lebuhraya plus dikala org masih lagi tidor.. kul 4 pagi dah klua rumah..dr ipoh menghala ke kuala lumpur... tp x disangka semalam hari malang xberbau..dan musibah..dlm ralit dok memandu sambil dgr ayat2 suci al-Quran yg dihafal..pndgn depan kabur2 nampak benda kehitaman ..tiba2 satu dentuman kuat berlaku..pada mulanya aku ingat terlanggar kayu atau serpihan tayar yg buat kereta aku terhentak..mcm seolah2 langgar bump jln tanpa brek.. dlm 10meter mcm tu kereta dah xblh dikawal..kata hati aku mgkin tayar dah pecah..aku lajakkan skit lagi..takut2 jugak..jenayah mcm2 skrg..
Bila turun ja..tgk bumper blkg dah pecah..tayar kereta pun pecah..keadaan sgt2 gelap.. yg lalu pun lori2 besar..trauma aku dgn lori besar2 mcm ni..penah ada kes sblm ni..jd terus terbatal niat nak tukar tayar sendiri..terpksa kol plusman.. talian bebas tol korg simpan la dlm nset..mudah klu jadi apa2..mcm aku xsimpan terpksa google..
Lepas kol diorg ckp..tunggu polis bantuan plusman sampai..klu lain drpd tu bukan..terus risau sebab mgkin ni salah satu cara pnjnyh nak merompak ke apa ke..
Bila sampai ja bantuan plus tu diorg terus gntikan tayar..baru nampak jelas kerosakan..tayar pun ada kesan tusukan..mgkin firasat aku besi yg jatuh dr lori barangkali..
Apa2 pun..utk pengetahuan pengguna lebuhraya..apa2 kmlgn yg disebabkan kecuaian mereka..kita blh klaim dgn diorg.. kita terlanggar haiwan ka, terlanggar besi ka..serpihan tayar lori ka..yg menyebabkan kerosakan pada kereta dan kesakitan (yg perlu kpd rawatan hspital) kita blh klaim..
Jgn lupa simpan resit tol, pastu buat report polis, salinan ic,  salinan geran, salinan cover note insurans, salinan lesen memandu, pastu org plus tu akan ambik gmbar kerosakan.. pastu diorg akan ambik masa 30hari utk bayar.. maknanya kena  repair guna duit kita dlu la..pastu ambik gmbar sebelum dan selepas.. klu xdak duit nak repair.. blh bagi quatation harga rrpair..
Harap2 lulus la..pagi td ada org msj aku..ckp pasal langgar besi di lebuh raya..dia ckp dia pun kena..habis radiator pecah.. dia blh dpt no aku pun sebab masa pi buat report di balai kampar.. situasi dan tempat yg sama.. dia dlm 3pg aku 4pg..dia km309 aku km308.4...  apa2 pun alhmdlh sebab xterbabas..
Berhati2 semasa menandu :-)




No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...