11 May 2012

Apa ada pada SeEkor kucing


Harini aku post tentang kucing..ramai rasanya yg suka kucing, bela kucing, tapi ada jugak yg takut kucing dan tak suka bela kucing.. Ada sahabat2 aku dari singapore..depa ni takut sgt kucing, nmpak ja kucing menjerit mcm nampak harimau..aku masih lagi tertanya2..hmm..dan bagi mereka yg kata kucing ni najis, kotor, disni aku nak sebut beberapa hadis mengenai Kucing.. :-) kalau dah tahu ambil ini sebagai peringatan kalau tak tau ambik tau..anggap benda baru..pastu leh la kongsi2 dgn kawan yg lain..



(ni nama dia cengkoi-kucing kesayangan ayah aku, sempat aku shoot gmbar dia.)

Nabi menjelaskan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah dibolehkan utk berwuduk menggunakan air bekas minuman kucing.

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), 
(HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).




1. Abu Hurairah juga dikenali sebagai "Bapa segala kucing"..Beliau mendapat gelaran sebagai Abu Hurairah kerana beliau amat sayang kepada kucing. Pernah diriwayatkan pada suatu masa Rasulullah ternampak ada sesuatu di dalam lengan baju beliau, lalu Rasulullah bertanya kepadanya. Apabila ia menunjukkan terdapat anak kucing di dalam lengan bajunya, sejak itulah beliau digelar Abu Hurairah


2. Ada saintis telah mengkaji bahawa kucing adalah binatang yg bebas bakteria (tidak najis).

Sekiranya anda tidak suka kucing sekalipun, jgnlah ada yg menyeksa kucing tersebut..

Abdullah Bin Umar R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ;  "Seseorang wanita diseksa kerana ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itupun masuk neraka; wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya utk memakan buruannya". 
(H.R. Bukhari dan Muslim)

1 comment:

  1. Terima Kasih byk2 ustaz menjelaskan segalanya mengenai haiwan kesayangan kak zana n famli kak zana ini. Izin kongsi info ini ye.

    ReplyDelete

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...