Tidak ketinggalan juga, Imam2 muda kita yg lahir dari Program Realiti Astro, IMAM MUDA, mula bersuara kerana tidak tahan dengan maksiat yg ternyata jelas dan terpampang tanpa ada sekatan atau larangan dari pihak atau jabatan agama. Mereka mungkin sudah muak dan jijik.Adakah belia yang hadir dari program tersebut akan membentuk akhlak dan peribadi yang unggul?
"Jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini." - IMAM AL-GHAZALI.... Golongan pemudalah pemangkin masa depan negara ttp sekiranya mereka2 ini hanya di'suap' dengan perkara2 yg melalaikan, yg me'lagha'kan sudah pasti masa depan negara akan hancur.
*Cuba lihat kenyataan akhbar metro tersebut...
p/s : "..dan ada diantara manusia : orang yg memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita, perkara-perkara hiburan yg melalaikan; yg berakibat menyesatkan (dirinya dan org ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula org yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan ; merekalah orang2 yg beroleh azab yang menghinakan.." - Surah Luqman Ayat 6
No comments:
Post a Comment