utk menziarahi makngah aku yg baru keluar dr hspital alor star sebab strok.. Ttp alhmdlh.. Makngah aku semakin pulih.. Dan sebelum balik kami sempat menge'POW' 2 ekor itik utk dibawa pulang.. Teruja aku melihat itik seraya membayangkan dgg itik panggang.. Wow...
Hari dh semakin gelap.. Dan aku berjanji utk membawa keluargaku ke tempat yg istimewa utk makan malam.. tempat istimewa itu adalah tanjung dawai.. Sapa xkenal dgn tnjung dawai.. Tempat yg agak famous dgn ikan bakarnya.. Hmmm.. Sebelum makan Kami sekeluarga sempat berjalan2 di tepi pantai dulu.. Ambik angin pantai la katakan.. Kali ni aku belanja makan satu family.. Maklumla.. Gaji baru masuk.. Hehehe.. Klu nak bawak family bercuti kena kumpul duit byk2.. Mana taknya. Keluarga kami ramai.. Menu yg kami pesan.. Ikan siakap, ikan kerapu, sotong besar, ikan kembung, kerang bakar, kerabu sotong, kailan ikan masin, makan 9 0rg baru sekitar -+ rm2xx Ok la.. tu pun xlarat makan dah.. Hehee.. Aku suka suasana kat situ sebab betul2 tepi pantai.. Dpt rasai angin yg sepoi2 bahasa tu..
Lewat pukul 1 kami pun sampai kerumah.. Perjln seharian dr sp - alor star - sp.. Wlpun sehari tp bermakna bg aku..
Esoknya dah hari ahad.. Makanya aku perlu bertolak balik ke kl.. Kebiasaannya aku akan bertolak ke kl dgn motor ksygn aku tu lepas subuh.. Sebab cuaca sejuk skit.. 4jam sampai la ke kl.. Ptg tu dh boleh rehat. Esok kerja..
Nak di takdirkan hari ahad aku mengubah keputusan utk pulang pd wktu ptg.. Mak dan ayah kelihatan kehairanan smbil aku dlm keadaan rilek.. Jadi ayah bercadang utk pulang ke kg sebelah ayah.. Di pokok tai, bukit jenun, pendang.. Katanya buah manggis dah berbuah lebat.. Aku tersenyum seketika membygkan buah2 yg ada di kg..
Sampai ja di kg, mak aku ckp aku kelihatan hepi, riang, kalah adik aku.. Masuk ke kebun pun xikut pintu pagar dah.. Main lompat ja pagar kawat duri tu..
Cuaca semakin gelap.. Mgkin sebentar lg akan hujan.. Tp aku dan keluarga masih memburu buah manggis.. Ayah kelihatan mencari buah durian klu2 ada yg luruh. Alhmdlh.. Ada la sebiji.. Tp aku xmkn.. Sebiji tu pun tupai dah tokak skit.. Tp separuh lg dlm keadaan baik..
Bermulalah kisah aku memanjat pokok manggis yg berusia sekitar lebih dari umur aku..huhu.. Org yg first panjat adalah hero kg.. Ayah aku la.. Dia panjat paling atas pokok manggis tu.. Kemudian diikuti abg ipar ku.. Yg berada di tengah2.. Kemudian diikut dengan aku.. Yg paling bawah.. Bwh pun tinggi jugak la..
Sedang aku asyik menjolok buah dengan galah.. Tanpa aku sedari aku berada agak tinggi diatas sebatang ranting.. Rasanya rnting tu ok.. Sebab aku berdiri ok ja.. Tapi bila aku duduk ja...
Prakkkk....tangan aku mula mengapai2 ranting.. Menggagau2 seperti org yg hampir lemas meminta tolong...dengan sedikit hujan renyai2..Gedebuk...!!!! Mak aku ckp Aku jatuh ke tanah dengan keadaan aku mengiring..setinggi 25kaki.. Keadaan aku menyebabkan semua org cemas.. Apa yg keluar dr mulut aku hanyalah kalimah Allahuakbar!!!! Dan aku seperti org kesempitan nafas.. Tp mulut tak la berbuih.. Mgkin kondisi badan aku, tulang aku, rusuk aku terhentak kuat dan adneralin aku semakin laju..
Aku jatuh betul2 dihadapan mak.. Aku xdpt bygkan mcm mana perasaan mak ketika itu.. Aku xberniat nak sedihkan mak..
Mak aku ckp lagi...Nampaknya ayah tak mampu utk mengangkat aku yg ketika itu berat aku sekitar 60 kilo... Nampaknya abg ipar cuba utk mengangkat aku.. Ketika itulah aku meraung kesakitan... Sebelum kehospital ayah ada bg aku sedikit air zam2 bg membasahkan tekak...
Aku dihantar ke hospital kecil yan..
Waktu tu Aku muntah darah (fresh blood) utk kali pertama.. Kemudian kali kedua termasuk mknan2 yg ada di dalam perut ku..(kali ni agak brownish)..Setelah beberapa jam Aku baru sedar sepenuhnya yg aku berada dihospital.. Rupanya sebelum ni keadaan aku separa sedar.. Mujurlah aku tak pengsan.. Aku mula terpikir dlm keadaan yg agak sakit, sapa yg bukak seluar dan baju aku, smuanya baju hspital, apa wayar yg ada di badan aku.. Apsal la kepala aku sakit sgt2.. Badan pun xleh gerak..Tengkok aku plak dipakaikan cervical collar..
Tak berapa lama dtg seorg attendant dan juga nurse.. Katanya aku terpaksa di rujuk di hospital besar alor star.. Aku ckp bwk la ke hsptal sg petani.. Dekat skit.. Aku Dipahamkan tiada doktor pakar berkaitan sakit yg aku alami.. Aku masih belom tahu apa yg terjadi pada badan aku yg sekeping ni..
Aku pun di bawa menaiki ambulans.. Itulah saat2 yg menyakitkan.. Kerana mereka nak mengubah aku utk berada diatas 'pad' supaya keadaan badan aku stabil.. Tp bygkan ambulans yg laju tu, gegarannya sudah ckup buat aku kesakitan.. Bygkan la.. Aku hanya berada di atas 'pad' yg keras tu ja.. Xdak tilam2.. Skrg aku melihat ayah ku yg sama2 menaiki ambulans seperti dia yg sakit.. Dengan dahi yg berkerut.. Aku pasti ada jgak yg nak kena marah ni..
aku hanya mengulang soalan bila nak sampai hspital, xtahan sakit dah ni.. Ayah mula memberi semngat dan memujuk aku dengan penuh harapan "nak sampai dah".. Ambulans terus memecut laju melalui hghway..
Sesampainya aku di hsptal alor star.. Bwuuuakkkk.. Aku masih muntah darah lagi.. Aku risau keadaan aku.. Sakit xpyh cerita la..
Jam menunjukkan pkul 9mlm.. Aku terus dibawa ke bilik xray utk buat Magnetic resonance imaging (MRI)..
Aku xpasti berapa kali aku di xray.. Yg pastinya setiap kali mereka nak ubah keadaan aku.. Aku meraung sakit.. Kasar betol diorg ni.. Nak ja aku bangun penampor.. Hormat la skit.. Aku sakit.. Susah ka.. Selesai xray aku dibawa ke wad.. Beberapa seketika aku di bawak ke bilik xray lagi..belom ja smpai bilik xray skali lagi aku muntah..habis kawasan hsptl.. Lantak la.. Cleaner ada.. Kali ni muntah aku hitam pekat..aku pun pelik.. Nurse tu melawak kata aku minum kopi kot td.. Aku serius.. Ni bukan masa sesuai utk melawak.. Xtau la kat mana lg blom xray.. Main2 betol la.. Apsal la tak sekaligus ja masa xray td.. Klu xsakit xpa la.. Ni skali nak ubah skali menjerit.. Hmmm..
Aku masuk dlm wad pkul 3 pagi setelah semua selesai..
Esoknya bermulala kehidupan di wad yg xpernah aku lalui.. Dengan jarum ditangan, utk tambah air n cucuk ubat..
Pastu kencing guna tiub, Continuous Bladder Drainage (CBD), ckup seksa bila nurse cuba memasukkan tiub tu.. Huhu.. Sakit..
Bila dicabut pun sakit.. Huhu
Apabila doktor dtg melawat.. Dengan group2 nya.. Sambil semak fail aku.. Seorang doktor pelatih yg agak peramah, yg menjaga aku.. Tgh present pada doktor pakar sambil aku mendengarnya.. Katanya aku ni pesakit Spine..'Compression Fracture at L1 and burst at L3....no neurological disorders..small blood clot in the brain..bruised right rib'
...maksudnya tulang belakang aku yg L1 tu patah dan L3 pecah..takdak gangguan saraf..ada drh beku kat otak skit..lebam di rusuk..
Sehari lepas tu Aku diminta utk berpuasa utk buat computed tomography(CT) brain.. Utk otak aku.. Yg pastinya aku akan dibawa ke bilik xray lepas subuh..
Aku terlantar seperti sekeping papan.. Dongak kelangit.. Tanpa bantal.. Xblh gerak.. Mengiring.. Bangun apatah lagi.. Begitulah keadaan aku.. Makan pun disuap sambil terlentang.. Blh tersedak oo.. Minum pakai straw..
Hmmm.. Kali ni dtg lagi satu group doktor.. Aku xpasti.. Tp katanya depa ni pakar otak.. Salah sorg dktor mula bersuara.. "Kepala adik sakit? Hmm.. Sakit ni mgkin xlama. Sebab darah beku yg ada di dalam otak skit ja peratus dia.. Dan akan cair sendiri.." Alhmdlh aku dengar. Aku risau klu dia nak bedah ja..
Alhmdlh lepas semua tu keadaan aku semakin ok.. Tp masih sukar utk snyum dan berckp.. Ramai yg dtg menziarahi aku.. Trima kasih sgt kepada kawan2, ustzh2, staf2 pej, saudara mara.. Xlupa jugak polis dari kota setar yg hari2 ambik laporan kesihatan aku.. Bos aku dan ketua polis daerah kota setar juga turut ziarah aku..
Skrg aku masih menghitung hari utk melakukan pembedahan tulang belakang utk memasukkan skru..setelah hampir 2 kali tertangguh pembedahan..selepas berpuasa.. Akhirnya 12/7/2011 aku akan memasuki dewan bedah.. Utk kes aku ni hsptl memerlukan wad icu kosong klu2 aku kritikal sewaktu dibedah.. Jam pkul 8 pagi.. Bersiap sedia utk ke dewan bedah..Sebelum ke dewan bedah aku diberi ubat penenang katanya.. Hmm.. Pahit.!! Dh la bg air skit.. Mcm2 perkara bermain dlm kepala aku smbil mulut membaca doa.. Setelah sampai di dewan bedah jntung aku mula berdegup kencang.. Ha sudah.. Dah la sejuk gila.. Pakai baju mcm xpakai.. Nsb la ada selimut skit.. Kepala dipakaikan topi.. Tiba2 dtg seorg doktor, dia memberi isyarat ok.. Maknanya diorg akan bwk aku ke bilik bedah la.. Aku adalah pesakit yg pertama pada hari tu yg akan dibedah.. Huhu..
Doktor mula bg aku hidu gas.. Katanya bg aku tenang.. Aku dgn gopohnya terus sedut ja.. Apa lagi.. Hilang la.. Terus dibius, ditoreh, diskru, dijahit..Mcm2 la.. Yg aku tau kt tulang blkg aku ada 4 skru..Aku mmg xsedar langsung sebab bius penuh..
Ni mgkin gmbaran skru dan rod yg doktor letakkan..sumber dr mr. google
Jam 1.30 tghri...setelah hampir 5 jam aku di dewan bedah..sedikit2 aku mula membesarkan mata aku.. Terasa sukar utk membuka luas.. Mgkin sebab sakit di badan mula terasa.. Aku mula rasa mual dan sakit sgt.. Terutama di bahagian belakang.. Dan aku masih kesejukan.. Aku mula bersuara mengerang kesakitan..lantas nurse disitu perhatikan aku dan memeriksa utk pastikan aku sedar sepenuhnya sebelum di bawa ke wad semula..
Sampai di wad, badan aku amat sukar utk bergerak mgkin kerana ubat bius tu masih belum habis sepenuhnya.. Sampai gatal di dagu pun xterdaya nak garu.. Kelihatan sebuah mesin disebelah katil aku.. Kata doktor , tu adalah morphine.. Utk menahan sakit..aku xpasti dosnya.. Tapi 2 hari jugak la aku guna..
Katanya sesiapa pun xberhak utk tekan butang yg di beri kat aku.. Doktor ka, nurse ka, ahli keluarga ka.. Xblh.. Hanya pesakit sorg ja blh.. Tekan bila rasa sakit ja.. Hmm.. Sekali tekan lama jugak berasa kurg sakit.. Bila dh Sampai terasa badan seperti dibakar.. Aku mula tekan balik.. Smpai jahanam la mesin tu.. Hahaa.. Mslhnya klu jhanam xpa. Tp bunyi siren dia kuat sgt..xblh tido.. Konon security la.. Buat gelabah aku ja..
Hari pertama lepas bedah aku hnya minum xsampai seteguk air.. Tu pun air zam2.. Keadaan semakin lemah.. Ubat mcm2 dah diorg cucuk.. Hari kedua aku minum lebih skit tp apakan daya.. Tekak masih loya, masih terasa sukar utk mkn dan minum.. Mlm tu aku muntah dgn keadaan menegak.. Kebetulan nurse dgr bunyi bising lantas dtg jenguk aku.. Terus dia pusingkan kepala aku mengiring supaya muntah aku xmasuk balik dlm mulut.. Nanti air muntah blh masuk paru2..Nsb baik nurse tu ada.. Alhmdlh.. Tobat lepas tu xminum byk dah.. Aku semakin lemah dan suhu badan mula meningkat.. Terus di caj demam.. Panas jugak la.. Tp sehari lepas tu dh ok..3 hari xmkn..tp lepas tekak dah ok.. Mula la pikir nak makan sedap2.. Tp apakan daya.. Dah mula berpantang..
Mesin morphine pun dh xguna.. So bila mlm memg aku xblh tido.. Sakit sgt.." Nurse..!! Nurse..!! Sakit.. " Dengan pantas sampai je nurse tu kat aku.. Kata aku, aku nak ubat yg blh tahan sakit.. Nurse dtg kembali dgn jarum berisi ubat thn sakit.. Alhmdlh.. Tido xdibuai mimpi..
Nak tahu Apa yg aku xsuka bila Mlm nak labuhkan tirainya ..bila Pagi nurse praktikal mula sibuk dengan nk kemas katil pesakit sambil di 'push' oleh sister.. Aku nk tido pun xsenang.. Huhu.. Aku ckup xsuka bila kemas katil, nak salin cadar.. Baru sehari bukan sebulan xtukar.. Tukar hari2 sakit oo.. Nak kena kalih badan tu yg perit sgt.. Meraung jgak la sekejap.. Xmalu dh time tu.. Sakit punya pasal.. Huhu.. Hari2 xsenang.. Bila mlm plak... Asal nak tido ja dtg nurse ambik blood pressure(BP).. satgi dtg plak bg ubat.. Dh la aku susah nk tido.. Hmm.. Camtu la keadaannya hmpir sebulan..
Ni kisah Sebelum dibedah.. Ada Attendent lelaki bwk aku pegi mandi.. Guna katil kalis air la.. aku mintak kain basah ada plak dia xbagi.. So dengan selamba dia Mandikan aku dgn tanpa seurat benang.. Marah la aku.. Org mandikan mayat pun guna kain basah tutup aurat.. Aku hidup lg kot.. Bukan haiwan.. Ini aku ckup marah.. Dan itulah first n last aku mandi.. Lepas tu jgn harap la.. Mak aku lapkan ja badan aku.. Sebulan xmandi.. Huhu.. Tp sekali sekala adik aku dtg syampukan kepala.. Tu pun ambik sejam dua gak la nak proses aku..hmm
3 hari lepas operation dtg org hspital hantar jewett braces kat aku.. Dlm erti kata baju besi la.. Selepas pakai aku disuruh utk bangun duduk.. Ha sudah.. Mcm mana nak bgun dduk.. Sebulan baring ja.. Doktor tu tlg support.. Jgn risau.. Slow2 dia bangunkan aku.. Wah..terasa luasnya dunia.. Aku dpt lihat penuh wad aku.. Klu tak aku xtau pun kedudukan wad ni..tgk siling ngn kipas ja.. Time tu kepala masih lg sakit..belakang aku Terasa sakit semakin sakit.. Tp mampu nk tahan.. Aku xdpt duduk dgn sempurna, aku masih kelihatan seperti baby yg baru nak bangun duduk..kena pegg sisi katil.. Klu tak terlentang balik la.. Kena tampan dgn kedua tgn bila nak duduk.. Xsampai seminit aku mula nak baring balik..xtahan dah sakit.. Hmm.. Doktor berlalu pergi..ada peningkatan..
Selang beberapa jam aku mula utk bangun sendiri.. Nak praktis la kononnya.. Tp nak bangun xterdaya wlpun kedua tgn dah berpaut di palang katil.. Hmm.. Xpa la.. Esok masih ada..
Keesokannya dtg rombongan doktor pakar.. Salah sorg ckp kat aku, baju besi dah pkai.. Semlm dh bangun dduk kan.. Harini bangun berjln pulak.. Ha sudah.. Gelabah aku.. Dlm hati aku, xpa.. Dktor ada kt sini.. Apa2 hal senang.. Aku cuba bangun.. Dh blh skit... Masa utk turun dari katil.. Peliknya kaki aku xsmpai.. Gelak doktor tu.. Rupanya katil aku Tinggi.. Terus dia rendahkan katil..
Hmm.. Langkah pertama aku failed.. Nak rebah aku.. Tp sempat gak la berpaut pada doktor.. Trnyata kaki aku masih lemah.. Aku seperti bayi yg mula bertatih jalan.. Mcm ni la rasanya baby bila nak berjln.. Dlu masa kecik aku xdpt hayati kesusahannya.. Xdak memori masa kecil.. Tipula sapa ingat masa bertatih ketika baby dlu..
Terhuyung hayang badan aku.. Sukar utk dikontrol.. Aku trus bersemngt utk jln.. Berjln ditepi2 katil.. Akhirnya otot kaki aku mula kembali aktif.. Aku mula berani utk ketandas tp emak masih mmbantu aku utk berpaut.. Td brjln mcm baby. Kali ni mcm org tua 80 tahun.. Selangkah demi selangkah.. Silap step blh jatuh oo.. Begitulah seharian aku dhsptal... Terapi sendiri..
18hb 7.. Aku telah discaj.. So blh balik rumah la.. Haha. Robocop nak balik rumah.. Jaga2.. Hari terakhir di hsptl terasa sayu ja nak tggalkan katil aku.. Jiran2 katil aku.. Nurse2 dan doktor yg jaga aku.. Aku berterima kasih sgt pada diorg.. Haritu aku dh boleh senyum lebar..dh blh melawak..Menandakan sakit aku dah kurang..
Maka tinggallah seribu kenangan di hospital sultanah bahiyah..
Aku ucapkan terima kasih pada nurse, doktor dan staf2 hspital di wad cempaka 3d dan 3a,klinik orthopedic.. kerana laksanakan tugas dgn baik.. :-)
*mc 8 bulan
Location:Bedong,Malaysia
percaya dgn janji Allah..~pelangi~
ReplyDelete