25 May 2012

Sejarah Azan....

Assalamualaikum... post kali ni aku nk kongsi skit mengenai azan... sebelum tu kita tgk sejarah azan ni dulu...

-mula disyariatkan tahun kedua hijrah -bermula dgn Nabi bermesyuarah dgn para sahabat bg    
  membincangkan mengenai cara memanggil atau mengajak manusia utk solat berjemaah di Masjid

 -Antara cadangan dan buah fikiran yg diusulkan adalah supaya dikibarkan bendera, meniup trompet,
  membunyikan loceng, menyalakan api

-Abu Dawud mengisahkan bahwa Abdullah bin Zaid berkata sebagai berikut:
  "Ketika cara memanggil kaum muslimin untuk salat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku melihat ada seseorang sedang menenteng sebuah lonceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual lonceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepadaku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa? Aku menjawabnya, "Bahwa dengan membunyikan lonceng itu, kami dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan salat." Orang itu berkata lagi, "Maukah kau kuajari cara yang lebih baik?" Dan aku menjawab "Ya!" Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:

Allahu Akbar Allahu Akbar 
Asyhadu alla ilaha illallah 
Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
 Hayya 'alash sholah (2 kali)
 Hayya 'alal falah (2 kali)
 Allahu Akbar Allahu Akbar 
La ilaha illallah 

Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Nabi Muhammad.SAW, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad. SAW, berkata, "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah disamping Bilal dan ajarilah dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan adzan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu akupun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi serupa dialami pula oleh Umar ia juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad, SAW.

-Bermulanya disyariatkan Azan, org yg pertama melaungkan azan adalah BILAL BIN RABAH RA

   

Azan bukanlah dinilai dari segi kelunakan suara..tetapi adalah kerana keikhlasan dalam melaungkan azan..  
ini kerana ketika zaman Nabi dulu, ada seorg pemuda meminta kepada Nabi supaya dia diberi peluang pula utk melaungkan azan..mulanya Nabi tidak bersetuju, ttp sesusah berkali2 beliau dirayu oleh pemuda tersebut maka Nabi pun setuju, maka Bilal pun rehat dari melaungkan azan pada hari tersebut..setelah sampai waktunya maka azan telah dilaungkan..ada riwayat mengatakan waktu subuh..dan pada menjelang paginya, malaikat turun menemui Nabi dan bertanya..adakah kamu semua tidak solat subuh td kerana kami tidak mendengar azan. Nabi menjawab sesungguhnya kami telah mengerjakan solat berjemaah..ini membuktikan bahawa pemuda tadi hanya mahu mempamerkan kelunakan suaranya sahaja..tidak ikhlas dlm melakukan ibadah kepada Allah... 
"Tidak disuruh mereka itu melainkan menyembah Allah dalam keadaan ikhlas"..Surah Bayyinah Ayat 5



 *Islam tidak membezakan bangsa, buktinya dengan Nabi melantik BILAL BIN RABAH RA sebagai 
   muazzin. Bilal adalah dari keturunan bangsa berkulit hitam.

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...