27 May 2012

Peristiwa yang ada hikmahnya 2......

Assalamualaikum.. Hari ni aku xdpt melupakan satu peristiwa yg sgt pantas berlaku yg sgt2 menyentuh perasaan.. Mgkin ini pertolongan atau bantuan terakhir yg dpt aku bg pada arwah pakcik Bukhri... Sesungguhnya tiap yg bernyawa itu pasti merasai mati.. Itu janji Allah.. Sesuatu yg sgt pasti. Sekiranya sudah menemui ajal.. Malaikat maut menjalankan tugas..Sesaat pun tidak lebih, sesaat pun tidak kurang..


Kisahnya bermula dgn deringan iphone aku.. 25 mei 2012, tepat jam 9.36 malam, oleh Kak najwa, kata kak najwa ayahnya berada di tol persimpangan bandar seri putra, dan mghadapi masalah jadi memohon utk aku bantu pakcik bukhri, wlupun aku bukan pomen lori, ada alat2 repair lori tp selepas sejurus mndpt panggilan aku terus offline dan kejutkan member aku, zamir,ketika tu mgkin sedang dibuai mimpi. Dan terus bergegas ke tmpat kejadian, mgkin kedtg kami sedikit sebnyk membantu pakcik bukhri yg dlm kesusahan, (drpada Abu Hurairah, barangsiapa yg melapangkan org mukmin drpd suatu kesusahan drpd kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan drpdnya akan kesusahan dari kesusahan hari Qiamat, dan barangsiapa memudahkan atas org yg sedang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkan keatasnya drpd kesusahan didunia dan akhirat :: hadis riwayat Muslim)


Aku masih mencari lokasi pakcik bukhri, samada berada di hgway bertentangan atau sehaluan.. Mulanya aku mencari di arah bertentangan, terpaksa la menunggang motor secara bahaya sekejap, tp dgn berhati2 la.. Dan masih tak jumpa, kemudian kami terus ke laluan yg sehaluan menuju ke kl, masuk ja tol, kluar di simpang, terus nampak lori pakcik bukhri tersadai, kata hati kecil aku, "mgkin lori yg ni kot", sampai ja aku disitu kelihatan pakcik bukhri yg nampak bersahaja, seperti xdak apa2 berlaku.


Pakcik bukhri terus mendekati aku, katanya dia bersama anak lelakinya, mat p,yg mgkin sdg rehat dlm lori, pakcik bukhri terus memberitahu yg lorinya menghadapi kerosakan pada tayar depan, barangkali pecah sewaktu perjalanan dr melaka menuju ke utara tanah air,kedah dgn lori dimuatkan beberapa barang pindah rumah. Dan nak ditakdirkan kejadian tu betul2 dgn tol rumah sewa aku.



Katanya lagi, beliau mghntar barangan umrah di KLIA, kemudian singgah di melaka utk ambil barang pindah kemudian terus menuju balik ke kedah.


Masalahnya skrg ni, tayar spare ada, cuma alat nak menggantikan tayar ja xdak..aku tanya pakcik bukhri, xkan plus xdak dtg tlg? Katanya plus ada dtg dan meletakkan kon kecemasan, dan mereka pun xdak alat repair lori. Aku dan zamir masing2 mula sibuk tgk nset, cari sapa2 yg boleh bantu dan mula telefon kawan2. Mgkin susah skit sebab kawan2 takdak yg guna lori, jd mgkin nak cari peralatan tersebut susah skit la. aku ngn zamir masih lg buntu. Tp dalam masa yg sama tgn masih mendail nombor telepon kawan2.. Setelah lama berusaha mencari kawan2 utk membantu masih lg tak dapat dan kami dduk rehat sbentar. Pakcik bukhri cakap mgkin pagi esok kalau apa2 hal pun, sebab kedai pomen mgkin bukak pagi esok. Aku mempelawa utk mereka bermalam di rumah aku, pakcik bukhri ternyata kurang setuju kerana dalam lori ada barang milik org lain, kna amanah jga barang org, lgpun skrg ni byk kecurian lori katanya. Aku terdiam sejenak, mgkin ada benarnya.


Zamir mula menawarkan dri utk bergegas mencari mana2 kedai pomen yg masih bukak, mgkin blh mintak bantuan dgn mereka. Selang beberapa minit zamir pergi tiba2 datang 'longkai' bersama lori towing, Alhamdulillah. Setelah pakcik bukhri memaklumkan masalah pada longkai tu, dia bersetuju utk tolong dgn sedikit duit kopi dia. Dan ketika tu ada masalah mengenai alat pembuka tayar, kami masih tercari dan mencari di atas lori towing tu,



 dalam sekitar 5 minit kemudian, mat p berjya jmpa alat tersebut dan aku dpt kepastian bahawa smua sudah ckup dan blh start tukar tayar, aku mula roger zamir utk cancelkan misi dia mencari pomen, cuma kali ni mat p pesan beli air, maka bertukar lah misi zamir dr mencari pomen kepada membeli minuman.



Sekitar 45 minit pakcik bukhri, mat p, dan india longkai tersebut bergelut dalam proses menukarkan tayar, nampaknya agak sukar, tmbah pulak di kawasan yg agak kurang selesa, kurang peralatan, aku hanya diberi sebiji lampu picit (torch light) utk ditugaskan bg menjga jalan.. Maklumlah aku masih lg belum betul2 sembuh sepenuhnya, xmampu utk melakukan kerja yg agak kasar dan berat, aku hnya menjaga jalan.Dari mula proses menukar tayar lagi. ada la dalam sekitar 45 ke 50 minit.



Pakcik bukhri bersama mat p berusaha keras bagi menukarkan tayar lori tersebut, selalu aku jarang nak ambik gmbar kalau dalam situasi atau keadaan sebegini, tp ntah mcm mana aku sempat merakam beberapa gambar2 yg membrikan aku seribu kenangan.













Kenderaan di lebuhraya ketika itu masih banyak kereta dan lori wlupun waktu sudah hampir pkul 11. Mgkin hari jumaat, esoknya sabtu. Selalu di KL jumaat sabtu ahad adalah waktu yg agak sibuk. Ketika aku sibuk jaga jalan, tgn memegang torch light tiba2 ada sebuah lori yg agak lain macam.. Kekanan dan kekiri, dan mula menuju kearah aku, dan melanggar kon yg paling hujung,ini bermakna lori tu dah makan line masuk line kecemasan dan aku mengelak kemudian mahu menoleh ke arah mereka yg sedang menukar tayar lori utk menjerit tapi keadaan berlaku terlalu pantas, dan lori yg agak laju ketika tu, pabila sempat aku menoleh aku terlihat lambungan dan melihat dua org terbaring di jalan raya, kemudian mat p mula menjerit Abah, abah... Aku belum pasti apa yg berlaku, mat p pantas mnyelamatkan ayahnya kerana berada agak ke tengah jalan, pantas mat p menarik ayahnya ke sebelah kiri jalan, sbalik lori, agar tidak dilanggar oleh kereta yg laju2 disitu, mat p bersama ayahnya dan aku belum pasti bagaimana keadaan ayahnya, aku berada di sebelah india longkai yg mgkin pengsan akibat terkena perlantingan pakcik bukhri,mat p menyuruh aku utk menarik india longkai tu ketepi, tapi aku tak terdaya, kerana aku masih tidak kuat, tulang blkg aku masih belum blh mengangkat benda yg berat, dan india longkai tu badannya agak besar, badan india tu semakin menggeletar, aku tertampar dgn pelbagai perasaan yg aku xpasti,aku celaru sebentar dan menolak kakinya kedalam line kecemasan dan kepalanya masih di tayar lori, dan aku biarkan india longkai tu sebentar dan terus ke pakcik bukhri dan melihat keadaan ckup buat aku terasa kesakitan yg ditanggungnya, aku berlari menuju ke zamir menyuruh zamir utk kol ambulan, dan zamir berlari menuju ke hujung jalan utk melihat papan tnda kilometer jln utk memaklumkan kepada pihak ambulan.
Mata aku ada melihat lori yg melanggar td, tp hanya nampak kecil sahaja, berenti sekejap, dalam keadaan kelam kabut tu bila aku lihat sekali lagi sudah tiada lori td, aku membantu mat p dgn ayahnya, aku menyuruh mat p jgn biarkan pakcik bukhri byk bergerak, tp pakcik bukhri ckp dia lenguh di kaki,, mgkin kerana kakinya patah, dan dia mahu beralih, tp aku menyuruh mat p jgn biar dia bergerak, tkut implikasi yg lain pula, aku mengambil kain utk mengikat kaki pakcik bukhri supaya tidak bergerak, kerana dia mahu bangun, sepnjg masa ketika pakcik bukhri dilanggar, mat p sedikit tidak meninggalkan abah nya, dan sempat memberi kata2 semangat, "kuat abah, tahan abah, abah kan hero".sambil melaungkan Allahuakbar..Aku kembali melihat keadaan india longkai tersebut, keadaan dah ok, dia pantas bangun seperti org yg mabuk, terhuyung hayang kemudian marahkan aku, sapa ambik kunci lori dia, kemudian aku mahu ke arah zamir nak bertanyakan pasal ambulans, tiba2 india longkai tu terus naik lori lantas bergerak, ketika itu kaki pakcik bukhri hampir dgn tayar dan mat p sempat menarik kaki ayah nya, dan lori td terhenti kerana lorinya tidak bergerak, bila dia turun dari lori dia memarahi aku, katanya dia dah tlg aku, aku pi pukul dia, aku cakap india longkai ni biol kot.dia masih belum tahu keadaan sebenar yg berlaku ketika itu, selepas penat bertengkar dgn india tersebut aku bawak india tu lihat keadaan pakcik bukhri, yg berdarah ketika itu baru dia percaya yg dia dilanggar, aku masih bersama pakcik bukhri dan mat p. sama2 menenangkan keadaan Pakcik bukhri, sementara menunggu ambulans, mat p menyuruh aku utk ambil kain di dalam lori utk mengalas kepala pakcik bukhri. Tidak berapa lama kemudian ambulans tiba di tmpat kejadian dan mengeluarkan pakcik bukhri dari sebalik lori le tempat yg lebih ruang. Dan kami menyuruh zamir utk bersama2 mengiring pakcik utk ke hospital, aku pulak ingin ke balai membuat laporan, dan mat p berada di lori dan menunggu polis peronda plus utk sesi soal siasat.



Akhirnya zamir di hsptl menyuruh kami berdua pergi ke hsptl kerana keadaan pakcik bukhri tenat, aku mencapai fz150i aku utk segera memecut bersama mat p utk bergegas menuju ke hospital serdang.. Belum sempat aku parking motor, mat p dh lompat berlari menuju ke wad kecemasan, kemudian beberapa seketika setelah aku sampai mereka pun kluar dr wad kecemasan dan zamir menunjukkan riak wajah yg muram, dan menyatakan pakcik bukhri dah pergi tinggalkan kita dgn nada yg lemah. Aku terduduk di katil depan pintu wad kecemasan sambil menyebut innalillahiwainna ilaih hirojiun..

Dah sampai masanya Allah mengarahkan malaikat maut utk mengambil nyawa pakcik bukhri. Dalam sekitar pukul 12.05. Ketika mat p sampai mgkin pakcik bukhri dah tiada, doktor mengambil masa 20 minit utk memberikan bantuan pernafasan. Tp Allah lebih sygkan pakcik bukhri.


Aku masih berada di hospital menunggu adik beradik pakcik bukhri. Dan jenazah ditempatkan dibilik mayat sementara. Aku berada d hsptal sehingga pkul 4.30 pagi.

Jenazah pakcik bukhri akan dihantar ke forensik utk dibedah siasat. Aku di fahamkan oleh mat p, jenazah siap dikeluarkan oleh pihak hsptl sekitar jam 12 tghri lebih. Dan kemudian van jenazah dari tabung haji akan tiba terus membawa jenazah ke kg halaman pakcik bukhri di kedah..

Aku tak dapat mengiringi jenazah utk sampai ke kedah. Dan aku menerima sms dari kak najwa mengatakan jenazah pakcik bukhri selamat dikebumikan lepas isya. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas pakcik bukhri dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh. Ameen..







1 comment:

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...