09 July 2020

Kembali ke Sekolah :: PKPP

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..harini Malaysia berada di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Setelah lama aku tak update blog..huhu..xmenang tangan..haha.. start mula Malaysia tersebarnya wabak Covid-19..lepastu bermula episod PKP..kehidupan seharian dah tak mcm dlu..kena biasakan norma baru..sekolah cuti, kerja cuti, tapi tak blh balik kg. Maka kami ajar anak2 di rumah sahaja..tapi mcm tak berjadual sgt..hehe..ikut dan ja..

So setelah beberapa bulan..maka 6hb Julai 2020 hari Isnin, anak2 dah boleh kembali ke sekolah..tapi dengan Norma yang baharu. Beg dan alat tulis kena tinggal di Sekolah, kena pakai pelitup muka (facemask), kena imbas suhu, ada simptom batuk2 ka selsema ka demam ka xperlu hadir. Lepas tu dalam kelas duduk jarak2..dan pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan. A dan B..sebab bila dah berjarak jadinya byk ruang nak pakai..So kumpulan A akan hadir hari Isnin, kemudian berselang pada hari berikutnya oleh kumpulan B.. Selang seli.. Sampai la Negara kita bebas wabak Covid-19..

Alhamdulillah, lepas lama tak kesekolah, bila sekolah bukak, anak2 bukan main semangat lagi.. sebab nak jumpa cikgu2 dan kawan2.. haha.. Nasib baik la anak2 smua kena kumpulan A, jadi aku pun nak hantar dan ambik depa ikut gilir jugak la..bukan hari2..
Semangat nak pi sekolah
beli botol baru plak..beg simpan di sekolah..
susah kembar ni nak bergambar berdua
Dan wife aku nampak rilek la sikit..klu tak, kat rumah jenuh..kena plak aku bekerja..dia tinggal dgn 5 orang anak, 5 mcm ragam..blh bertukar jadi HULK tiba2.. So skrg pagi2 wife tinggal dengan 2 orang je la..Farha dan jugak Luqman..
luqman menangis nak ikut abg2 dan kakak pi sekolah..

Semoga negara kita terhindar daripada wabak covid-19 selama-lamanya... Ameen















No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...