18 July 2017

Kenduri Kahwin + jalan-jalan :: Johor Darul Takzim

Assalamualaikum..
Negeri Johor sebenarnya negeri yg belum aku, isteri dan anak2 pernah sampai..disebabkan keluarga kami takdak adik beradik di johor..ipar duai pun xdak johor..  Mmg xpernah sampai..cuma aku pernah melalui highway johor la..utk ke singapore.. Dr KL ke Larkin..turun bas..pastu naik bas ke singapore..
ceria je nak pergi Johor.

Memandangkan adik ipar aku baru je menikah dgn org johor.. So, secara automatiknya kami ada keluarga johor..hehe.. Kenduri belah lelaki mmg buat di johor..Pontian.. Sebelum nak pi kenduri mmg dah tgk map kat mana lokasi pontian ni.. Utk kepastian.. Tp pergi sana pakai waze jgak..haha..mudah.. Kami buat satu rombongan pergi johor.. Drpd org kampung kuala kurau dgn kami di KL.. Ada la dlm 3 biji kereta..
Nama kg kat pontian tu, Kg Parit Puteri Menangis..haha..menangis nak sampai..jauh ke dalam haa.. Mgkin sebab dtg waktu malam..tu yg terasa jauh tu..

nak pegi makan kenduri.. ops..silap..org johor kata kerja kawin..

makan kenduri di Kampung Parit Puteri Menangis, kenduri adik ipar (Ariffin & Athirah)

Lepas kenduri kitorg lajak gi Johor Bharu, ke rumah adik beradik singapore..diorg ada rumah di JB.. So bermalam di sana.. Rumah diorg betul2 mengadap singapore.. Nampak dr jauh..belakang hospital Aminah..yg terbakar dlu tu..
Rumah Cik Ismail Singapore di JB.


Sebahagian dari ahli rombongan ke JB..

jakun dok tgk Singapore dr jauh.


lepas tu apalagi..dah sampai johor bharu..jalan2 la..hehe..sekejap je kat sana..tak banyak tempat pun blh pergi.. next time ada peluang, rezki, InsyaAllah sampai lagi ke sana..jalan belah timur johor plak..


tepi pantai..sempadan Singapore..pantai apa ntah..dekat dgn Hospital Aminah

kawasan pantai ni bila malam lagi ramai.. 

rehat tepi pantai...

abi pun nak posing gak..tapi se kecik ni nak berdukung ja..

tempat pasukan JDT berlatih.

hadapan Istana Johor Darul Ta'zim

muka masam tu baru lepas buat perangai.. huhu..jenuh.. peace..

tu dia nenas manis punya.. ladang yang terbesar di Malaysia, Nanas Pontian. Sebelum balik beli buah nenas segar..mmg kelas la..kena plak nenas yang dikupas lepas tu letak dalam peti ais..agak2 dah sejuk baru makan..pergh..terbaik..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...