30 January 2013

Jalan2 Melaka :: Jejak Ukhuwwah lebih 13 tahun

Assalamualaikum..

Baru dpt nak update blog.. Minggu ni sibuk skit.. Sebab minggu depan ada kursus.. Jadi nak kena siapkan buku kursus la, semboyan la.. Pastu ada plak sambutan maulid Nabi SAW.. Dan yg terakhir ada majlis bacaan Yassin & Tahlil hari jumaat ni..


Benda yg aku nak update ni pasal hujung minggu lepas aku gi jenjalan kat Melaka.. Bandaraya bersejarah.. Rumah jiran (mak angkat) aku dlu masa di Lumut yang sampai skrg masih ada jalinan ukhuwwah.. Wlupun hampir 13tahun terpisah.. Akhirnya tahun lepas masa aku sakit, dpt bertemu depa sekeluarga.. Alhmdlh.. Cuma tahun ni nak gi jalan2 rumah depa plak..

Mcm biasala.. Aku ke Melaka bertemankan GPS dlm iphone aku ni. Bantuan talian hayat aku.. Nama tempat tu Paya Rumput Sg Udang..Tp sampai di sana aku tlpn pakcik mansur (jiran aku tu la) utk tlg ambik aku kt simpang jalan.. Sebab dia bg petua masjid. Aku tgk masjid smua dekat2. Kata pakcik Mansur, Melaka mmg mcm tu.. Hampir setiap kampung ada masjid masing2..



Sampai ja di rumah mereka.. Atau dikenali rumah tangga batu aku terus diberi bilik khas yg siap dikemas.. Hehe.. Tetamu Istimewa. Kata pakcik mansur, rumah yg ada tangga batu tu,satu ketika dahulu adalah menunjukkan bahawa org itu org Kaya.. Tp skrg dah ramai yg pakai.. Hehehe.. Dah jadi kemestian bagi setiap rumah di Melaka..

tangga batu - ehsan google

Aku disambut oleh anak2 pakcik mansur dan makcik sarimah yg ramah2.. Cuma ada 4 org.. 2 lagi xdak dirumah.. Air diberi utk membasahkan tekak.. Lpas tu pkcik mansur ngn makcik sarimah bwk aku gi pantai puteri.. Blh kata 2km dri rumah depa.. Best ooo dekat ngn pantai... Terasa angin sepoi2 menyapa kulit ku yg dibasahi peluh.. Hehehe.. Pastu apa lagi.. Pekena rojak ngn air kelapa la.. Kata pkcik air kelapa situ sedap.. Kelapa muda pandan.. Mata aku dok tumpu kat org yg belah kelapa tu.. Stylo.. Pisau yg tajam.. Huhu..

air kelapa muda pandan

 rojak - pantai putri




Lepas puas pusing pantai sambil pakcik jd pemandu pelancong.. Semua tempat diceritanya.. Tp bagus juga.. Nnti aku dtg berdua dgn sidia blh la aku plak yg jd tukang cerita..




Hehe.. Sampai la ke rumah dan rehat.. Kata pkcik.. Time2 ptg ni, hari cuti.. Jalan jem.. Maklum la.. Bandar bersejarah.. Mmg tumpuan pelancong..


Pakcik g klua beli tiket utk liyana, anak sulung pakcik utk ke shah alam minggu depan dgn motor... Balik ja dri beli tiket pakcik ckp nasib kita xklua naik keta.. Klu tak mmg lekat dlm jem je la..

Kami klua berjalan di bandar malam.. Tp berempat je la.. Pakcik makcik ain dgn aku.. Yg lain pegi kenduri sepupu diorang.. Nak sampai je bandar.. Bukan main jem.. Byk trafic light.. Depa tunjuk aku pantai klebang yg dah ditambak.. Katanya dlu lalu naik kereta ka motor ka blh rasa tempias ombak memukul tebing pantai tu.. Tp skrg bukan main jauh lagi.. Sebab dah ditambak.. Kat situ jugak ada Muzium kapal selam, bas lama di renovate buat kedai makan (italy style).. Kata diorg ni smua idea Tok Ali.. Sapa lagi klu bukan Ali Rustam.. Nampak usaha nak komersialkan lagi Melaka..

kincir angin di bandar melaka

Kemudian sepanjang aku nak ke bandar blh lihat kiri dan kanan aku, hotel dan rumah peningapan ja.. Berlambak.. Makna kata.. Mmg byk pelancong yg dtg.. Hotel jd byk sebab permintaan tinggi.. Keadaan di bandar mmg jem.. Pakcik ngn makcik risau ja.. Tp ain tenang.. Dia kata aku dok KL lagi teruk jem dia.. Dgn selamba aku pun cilok mencilok.. Sampai je tempat yg dituju, aku lalu tgk kawasan yg nak dibangunkan tp trgendala akibat terjumpa serpihan kota Afamosa.. Tp dia tertimbus la.. Mgkin klu nak dptkan smua serpihan tu terpksa runtuhkan bangunan yg ada.. Memang tak la.. Hehe.. Pastu lalu kat Jonker Walk.. Tp xmasuk pun.. Mkcik xnak.. Katanya tmpat cina.. Dia suruh aku masuk tp xnak la aku pun..

Sungai Melaka
Jonker Walk
Sungai Melaka
Fun fair - Sg Melaka

Mlm ni kami nak naik Melaka River Cruise.. Naik boat sepanjang sungai Melaka.. Pakcik mmg tringin sgt nak bwk aku naik benda tu.. Katanya mmg view dia cantik.. Tiket xla mahal sgt.. Ok la.. Tp siapa yg ic dia org Melaka mmg jimat skit la.. Ada diskaun.. Beli tiket sekejap ja.. Tp beratur bukan main lama lagi.. Dekat2 sejam la.. Ramai org.. Ada org philipine, org ipoh, org mai raya thaipusam pun ada.. Hehehe.. Xlupa juga org yg mai bulan madu.. Nampak inai dijari.. Hehehe.


Sepnjg dari menaiki bot tu.. Dpt la tgk lampu2 yg cantik.. Kemudian perkampungan Morten.. Yg kerajaan bg dana setiap bulan utk mereka jaga rumah tersebut.. Tp mmg cantik la.. Kemudian nampak laluan monorail melaka, bangunan2 hotel.. Lukisan2 dinding di bangunan.. Best jugak la.. Angin laut mmg terasa..

Habis ja dri naik bot, jam dah nak dekat pkul 12.. Masa tu jalan dah lengang skit dah.. Best la dpt pusing bandar tgk permandangan waktu mlm.. Kami bercadang nak pi makan di pantai putri.. Kata mkcik makanan kt situ sedap.. Sampai ja kedai.. Mknan dah nak habis.. Jd terpaksa gi kedai yg lain.. Tp ttp sedap gak.. Ehehe.. Sedap sebab time makan rasa angin laut mnyapa..


Mlm tu aku tido pkul 2.. Hehehe.. Esoknya aku dah nak balik.. Tp masih cuti lagi.. Jadi dpt la tgk anal2 mkcik masing2 nak pi kerja.. Last2 tinggal makck ngn pkcik ja.. Tp pagi tu sempat aku pusing pantai.. Ambik angin pagi kt pantai putri.. Tghri siap2 mandi nak balik KL.. Alhmdlh. Aku bertrima kasih sgt layanan yg baik pada aku wlpun hmpir 13 thun xjumpa..


Masa balik ke KL kena basuh keta skit.. Pasal semlm atas bumbung aku penuh dgn taik burung.. Salah parking.. G parking bwh pokok yg burung dok bising time malam tu. huhu.. Apa2 pun sebelum balik aku pekena dlu Coconut Shake...


Apa tu coconut shake.. Kelapa yg dikisar lepas tu dia buat ala2 ais blended pastu letak aiskrim vanilla (wall's).. Kedai tu dlu ada satu ja.. Original tau.. Org pertama pencerus coconut shake.. Gerai kecik ja tepi jalan.. Tp jln jem disebabkan org ramai behenti tepi jalan parking.. Mmg ramai.. Beratur utk yg bungkus.. Pastu makan situ lagi.. Tp kali ni dia dah buat kedai.. Bgi yg nak mkn kat situ... Kurang la sesak skit.. Tp yg beratuq ttp panjang.. Heehe.. Sedap dan Murah..
Klu makan kat kedai dia.. Order coconut shake 1.. Pastikan makan dgn nasik lemak daun pisang.. Mmg sedap.. Terbaikk..








Lepas dah setle smua baru masuk highway trus mghala ke Bangi.. Tp apakan daya.. Jln jem. Mengantuk aku sorg2 drive..


Alhmdlh.. Kul 6baru sampai rumah.. Letih.. Hmm.. Lepas ni nak pi Melaka dgn sidia plak.. Dah tau port mana yg best.. Dan romantis gitu.. Ehehe..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...