30 November 2019

Nasi Kambing SeEkor

Assalamualaikum, 
Alhamdulillah, sebenarnya dh lama tak makan kambing ni.. hehe.. kebetulan plak jumaat lepas staf makmal forensik D10 buat majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat.

Macam biasa la, klu makmal forensik buat majlis, makanan yg disediakan xpernah mengecewakan.. dan menu kambing xpernah tak dak dalam juadah mereka..mesti ada..hehe

Majlis haritu, nah kau, menu nasik kambing, puaih makan, sampai terlampau kenyang, huhu.. dulu masa umur bawah 30, laju ja makan, boleh sumbat mcm2, sekarang dah masuk 30an. Makan kena kontrol. Jaga kesihatan..hehe..

Dan haritu jugak ada menu air special, air limau madu.. limau dicampur dengan sebotol besar madu tualang dan daun pudina.. sedap sgt.. puaih minum.

Apa2 pun terima kasih kepada warga makmal forensik yg sudi menjemput.. InsyaAllah di lain masa berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...