11 June 2019

Raya Aidilfitri :: 1 Syawal 1440H / 2019 di KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..setelah habisnya Ramadhan maka datangla Syawal.. seperti tahun2 sebelumnya la.. CUTI..huhuhu..aku pun tak faham kenapa susah sgt nak cuti.. padahal ada ja staf yang non muslim blh cover.. ntah la.. tapi akhirnya dapat jugak cuti.. seminggu..

Tahun ni giliran raya di Kedah, baju raya pun dah beli awal..tak kelam kabut.. dan yang pastinya jalan raya..confirm jem sebab  tahun ni raya jatuh hari rabu. so cuti rabu dan khamis.. jumaat sehari ja kerja.. tapi pastinya ramai yang ambik cuit sebab sehari ja kot..pastu dah sabtu ahad.. so ahad tu confirm jln sangat2 jem sebab byk kenderaan nak balik time tu..

Tema tahun ni warna HITAM.. bagi aku kaler ni la paling senang nak cari baju..hehe.. ditambah plak dengan aku yang belum pernah ada baju melayu warna hitam..haha.. tahun depan kita decide kemudian nak pakai baju warna apa plak..

Mak tahun ni buat ketupat awal.. 2 3 hari sebelum raya..frozenkan je.. tinggal nak buat rendang ja..pagi raya buat rendang ayam dgn lontong makan dengan nasik impit.. ok la tu.. dan pagi raya tu jugak dah bergerak raya ke kampung belah mak.. Sg petani ke air hitam alor setar.

Tahun ni raya dengan cuaca yang tak panas.. mendung + hujan.. Budak2 la paling seronok kutip duit raya.. raya pertama tu mmg tak jumpa nasik.. seharian makan ketupat ja.. haha.. nasib la aku jenis suka ketupat palas.. mmg tak kisah la.. hari kedua baru la jumpa nasik..

Raya tahun depan tak pasti dapat cuti ke tak...jeng jeng jeng..tunggu dan lihat.

tudia..nak sgt spek mata hitam kan..abi dah pi beli dah spek mata raya..
sekali lokman pun berebut nak pakai jugak,,,
tiga orang ni dlu pakai..luqman nanti dlu..kecik lagi..tak reti pakai lagi..
yey..dah sampai kedah..
last minit cari apa yang patut..
si kecik ni bila dah boleh berjalan..
Raya Pertama..segak bergaya aih baju melayu dengan sampin..
Bergaya dengan tudung Charms dia.. xpa..kasi can..
peace yoo..
tak habis2 nak bergaya naik motor..kaki tu belum sampai lagi cek oiii..
klu dah sorg buat..yg ni mengikut je la. nak jugak naik motor..
tengok la keadaannya bila nak disuruh bergambar..pening kepala..
tengok..kemain aku dok menyusun anak2..

baru dapat snap..dah sorg budak kecik tu dok buat apa ntah..haha..

tgk..dia dok nak pakai songkok abi dia..
bebudak bandar masuk kampung..pi tgk kambing dekat kandang

budak main panas..hehe
sapa nak duit raya..mai salam cepat..
ye..air asam ni susah nak jumpa kat KL..rasanya xdak kot..kebetulan nak balik KL haritu sempat beli buat stok kat rumah..hehe..kena dgn ais..fuhh..apa nak kata...

ketupat Mak..tahun ni mak buat ketupat awal...pastu frozen kan..

kami 4 beradik
ummi gi beraya sampai hujung kedah..bukit kayu hitam..
baru la ada can nak bergambar berdua..feeling cam baru kawin gitu..
last2 budak kecik ni cepat2 lari pergi kat abi umi dia..haha..tak kasi can...
3 beradik.. semoga diberikan kesihatan yang baik..
adik dan kakak mak..
ni nenas batu..ayah sempat ambik sepokok balik nak tanam di sg ptani..
katanya berubat batu karang nenas batu ni..
daun dia bukan main tajam lagi..huhu
dekat rumah mak di sg petani buah rambutan dah start nak masak.. so ni antara buah yang awal masak la...dapat gak merasa..
gi jalan beraya..
abi ummi..tahun ni semart plak pakai baju melayu warna hitam..mutu gaya keunggulan..
dua beradik yang kejap berbaik kejap bergaduh..
balik kampung isteri.. ada lagi skit orang bakar lemang..penghabisan buluh.. boleh la merasa..
raya kawasan sawah padi..
bila siang sibuk beraya sakan..sampai tak sempat nak tido..dah balik rumah masing2 nyenyak tido..
hari nak balik KL jem gilerrrrr............huhuhu
siap makan kuih raya dalam kereta..mak bekalkan kat budak2 ni..
sempat melukis lagi dalam dok layan jem tu..
Hari balik KL haritu jem dari Ipoh sampai ke KL..boleh kata sepanjang jalan.. jalan clear sekejap jap..pastu jem balik.. perjalan dari Ipoh ke KL masa balik tu lebih kurang 8 jam..huhu..penat sgt..next time kena balik awal skit..haha..
tapi itulah susasana raya..bukan selalu pun dapat rasa keadaan jem macam tu.. tapi yg tak tahannya anak2 la..kadang2 diorg dok dalam kereta lama2 mula la bosan, buat perangai, lapar apa semua..jadi prepare lah semua tu sebelum jalan..sediakan apa yang patut..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...