12 June 2019

QIAMULAIL 10 malam terakhir Ramadhan :: Taman U-THANT

Assalamualaikum..
Kali ni nak share kat korang tempat utk Qiamulail yang agak best bagi aku..
Ok.. setiap kali Ramadhan. pastinya ramai yang akan memburu lailatul Qadar pada penghujung Ramdhan yakni 10 malam terakhir. Kalau suasana di Mekah orang akan berjaga sampai pagi utk Qiamulail ataupun menghidupkan malam lailatul qadr dgn pelbagai ibadah. siang mereka akan rehat atau tidur.. 

Di Malaysia, ada satu masjid/surau di Jalan Taman U-Thant,yang dikenali sebagai masjid saudi yang mana Kedutaan Arab Saudi mengkhaskan 1 Banglo yang berdekatan kawasan Kedutaan2 sebagai Masjid/Surau. Setiap hari Jumaat akan diadakan Solat Jumaat disitu dengan Khutbah berbahasa Arab.

Untuk Bulan puasa, 10 Malam terakhir khasnya, mereka mengadakan Qiamulail bermula jam 3.00 pagi sehingga 4.00 pagi. Setelah itu mereka menyediakan makanan utk bersahur. Seperti biasa la..kalau dah arab ni..menu dia nasi arab la..bayangkan sahur makan nasik arab..hehe..

So klu korang rasa nak feel mcm kat Mekah, boleh cuba datang sini..sebab imam dia baca sedap, syahdu.. mmg khusyu' lah.. kena plak dengan ekon..pastu speaker dia yang superb tu..tgk ja kecik..tapi sgt2 kualiti..bacaan imam dengar dgn jelas..

lepas daripada Qiamulail.. bermula jam 3 dan berakhir jam 4.. terus dihidankan makanan..depa macam biasa la.. kat situ solat..kat situ jugak makan..tapi hampar saprah la..plastik lapik makanan..

tak nak lepaskan peluang..sama2 join dtg.. sdang menunggu staf menghidangkan makanan

kat sini makan dalam talam..setalam dalam 4 ke 6 orang..
rata2 orang arab, pakistan, bangla..orang melayu kita ni ada jugak..
ni portion satu talam..nasik dengan ayam tu boleh tambah lagi klu tak cukup..
ayam dia lembut sgt..pergh...

dapat sekali air kotak oren..
angkut bawak geng..segan pi sorang2..

penat jugak nak habis setalam
sesekali dapat jugak laban ni..
susu masam..
aku macam biasa la..klu dah dapat nasik arab..selera lain macam skit..orang lain dah bangun..aku tak habis2 makan lagi.. haha..

InsyaAllah, next Ramadhan repeat lagi..utk malam2 ganjil korang kena datang awal.. sebab malam ganjil ramai orang..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...