17 September 2018

Crush Gate KLIA :: view kapal terbang atas kepala

Assalamualaikum..
Dah lama sebenarnya tak ke KLIA ni.. semalam kebetulan mak mertua dr perak dengan adik ipar nak ke Miri..dapat la hantar depa ke KLIA.. depa nak duduk sana terus..sebab husband adik ipar kena bertugas di sana..

Selalunya hntar org..aku jarang tunggu..lepas hantar je ke terminal perlepasan..terus balik..tp kalini kitorg parking dlu..sebab samai awal..so blh lepak2 dlm tu dlu..pekena kfc view kapal terbang.. 
cuaca kat luar mendung awan kelabu..
gaya luqman..sentiasa mengigit jari sambil meleleh air liur bila nampak makanan..sebab luqman dah 5 bulan..tunggu 6 bulan ye nak..baru boleh makan2..
3 beradik dengan karektor yang berbeza..
perkara biasa di airport..punggah2 barang bagi tak melebihi berat.. klu lebih kena bayar kot..mahal jugak la.. berbanding masa korang tambah jumlah berat waktu nak beli ticket..

Lepas diorg dh check in pa smua.. salam2..terus gerak keluar.. cuaca kat luar hujan.. tp dh berhenti cuma gerimis2 mcm tu..

So aku decide nak bwk anak2 pergi blkg airport.. kawasan tu mmg bukan kawasan lalu lalang.. klu ada kereta pun, tu kereta diorg nak tgk kapal terbang lalu atas kepala.. so jalan xsibuk la dekat situ.. parking tepi..tunggu kapal terbang lalu..pastu posing la..ambik gambar.. kapal terbang akan nampak jelas sebab dia akan terbang rendah utk landing dekat airport.. dan bunyi yg agak kuat jugak la..

Kawasan ni betul2 belakang airport..aku pun xingat jalan dia..tp korang blh waze 'jalan pekeliling 14 KLIA'..lepas waze dh bawak korang kat situ..pandai2 la cari port..ada yg tempat landing..ada yg tempat nak terbang.. ada kawasan pandangan depan.. ada kawasan pandangan tepi.. dan buat kaki mancing pun sesuai jugak kat situ..katanya ada lombong tepi tu..pastu kawasan berpaya.. masa aku pegi tu ada la jugak nampak group2 mancing ni..
okey..ni view kapal terbang berlepas ke udara..
yang ni plak view dari tepi sebelum kapal terbang nak berlepas..korang boleh lumba..masa dia tgh nak pecut tu..korang dah blh bawak laju..sebab kawasan ni lurus ja.. tapi lepas dia dah tekan minyak..mmg kena tapau la..
ni view kapal terbang nak landing..
wife aku dengan luqman duduk dalam kereta ja..lagipun luqman tido.. dan bunyi yg agak bising tak sesuai dengan umur dia yang baru 5 bulan..

Klu kena nasib.. ada kapal terbang besar..untung la.. Boeing 747 ka.. haha.. klu mcm air asia ni biasa ja saiz dia..tp besar jugak la sebab view dia dekat.. korang blh lepak2 situ hujung minggu.. berkelah ka apa ka.. tp ikut cuaca la..klu panas...mmg hangit la.. hehe.. 
masa ni baru nak tgk kapal terbang landing..macam tau2 ja bunyi dia bising..siap tutup telinga lagi..
kakak la yang paling takut..bunyi kuat2 ni..
masa first kapal terbang dia tak nak tgk..takut..
kapal terbang lalu atas kepala ja..


tapi bila dah 4 ke 5 buah kapal terbang lalu..dia dah boleh accept..tak la teruk sgt bunyi dia..haha..
dah blh tgk dah..tapi tgn masih tutup telinga..
hero sorg ni rilek ja sambil posing..
next time kita lepak sini lagi...sambil makan2..hilangkan stres..

dulu masa tahun 2016.. kawasan ni dibanjiri oleh penduduk setempat untuk menyaksikan kapal terbang terbesar di dunia datang landing dekat airport KLIA untuk isi minyak..
kapal terbang paling besar kat dunia kot..sapa tak nak terlepas peluang yang jarang2 dapat ni..tapi aku tak pi pun masa tu..huhu

besar kot kapal terbang ni.. namanya Antonov An-225 Mriya
sumber : http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/05/14/pesawat-kargo-terbesar-klia/

ni lah keadaan masa pesawat Antonov An-225 Mriya mendarat di KLIA..ramai betul orang..meriah..tapi hari2 biasa tak macam tu tau..lengang ja..
punyala besar.. korang tgk tayar dia sudah la.. tapi ni pesawat kargo.. bawak muatan besar2..
bertan-tan dia punya muatan

dan untuk pengalaman yang lebih dahsyat lagi..korang boleh cuba pergi ke Princess Juliana Airport di Maho Beach.. pasti lebih advanced..bukan takat kapal terbang atas kepala..korang boleh jugak rasa angin daripada enjin pesawat yang boleh melayangkan manusia..haha..
dia punya airport sebelah pantai ja..ni baru betul2 atas kepala punya..haha..
siap ada amaran lagi..korang try search dalam youtube..best jugak bergayut dekat pagar sambil badan melayang kena angin daripada enjin pesawat..haha 

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...