10 August 2018

Sumbangan Lembu Qurban dari JAIS :: 1439H Tahun 2018

Assalamualaikum..
Tahun ni sekali lagi JAIS memberi sumbangan seekor lembu utk setiap Masjid & Surau Jumaat sekitar Selangor. Kali ni diorg panggil utk memberi taklimat dan sijil / kupon lembu..kemudian wakil surau/masjid dikehendaki utk pergi ke Kandang lembu berdekatan yang dilantik..utk urusan selanjutnya.

Utk kami yang di cheras ni..paling dekat adalah di Sg. Lui..jauh tak jauh la..lebih kurang 30km jugak la utk sampai ke Kandang lembu yang dilantik tu..sampai ja di sana..rupanya dah agak lewat..sebab ada yang lagi awal datang.jd lembu byk yg dah di booking.
sebahagian lembu-lembu yang ada..

Kami tercari2 jugak lembu yang saiznya agak besar..bila di tanya dah berpunya..maka berhuhu lah kami.. sepatutnya yg orang dh booking diasingkan..sepatutnya mmg begitu..tapi mereka tak sempat lagi nak asingkan.. cuma tgk yg mana okey..kemudian semak tagging pada telinga lembu..klu tak dak dlm list tu..mmg tak dak org booking la..
tgh semak dalam listing..
mencari lembu yang baik2..sihat2..
ni antara lembu yang kecik..
makanan disini adalah palet dan juga kisaran batang jagung.

selfie dengan binatang yg ada value.. tak dijaga habis dicurinya..haha
dikhabarkan lembu-lembu di sini jumlahnya 300ekor..
abg ni penjaga lembu disini..bila kita pilih lembu dia akan halau lembu supaya lembu tu kedepan..so blh la tgk dekat2..ada cacat ka..luka ka..puas hati ke tak..
yang ni pilihan yang ke 4 rasanya..tapi bila semak2 balik dah berpunya..

jenuh jugak la..4 ke 5 ekor jumpa..semua berpunya sudah..huhu..last2 jumpa jugak tak terlalu kecik..tak terlalu besar..sedang2 ja.. apa2 pun alhamdulillah..terima kasih pada pihak JAIS di atas sumbangan lembu.
ok la tak besar sgt tak kecik sgt..katanya agresif jugak lembu ni..

Lembu-lembu ni semua dibawak masuk daripada Thailand.. kemudian dikuarantin di Bukit Kayu Hitam dalam satu tempoh masa yg ditetapkan..sekiranya lulus..terus dibawak ke kandang2 yg dilantik utk dijaga sebelum diagihkan..





















No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...