09 August 2018

Smart Tag bertukar ke RFID

Assalamualaikum..

Dah la sebenarnya aku perasan pasal RFID ni.. sebab boleh dikatakan kerap la jugak aku guna laluan berTOL ni.. sebab rumah betul2 depan tol bt 9..nak tak nak terpaksa guna juga.. huhu..klu nak elak tol jenuh dok lalu kawasan perumahan..menyelit sana menyelit sini..haha..

Dan tertanya2 gak aku apa tu RFID..kebetulan kereta pasukan tempat kerja aku dh start pakai masa tu..best la..sebab tak pyh beratur kat tol.. tak dak org guna pun..masuk ja laluan tol tu terus RFID ni detect..dia lebih kurang mcm barcode gitu..tapi RFID ni dia ada cip.. nak cerita lebih aku pun tak berapa nak tahu sgt..haha..

Yang pastinya..Touch n Go dah tak keluarkan smart Tag..penjualan smart Tag dah dihentikan bagi menaik taraf kepada sistem RFID.. Touch N Go akan memulakan fasa percubaan pada 3 September 2018 ni..so sesiapa yang nak mencuba boleh daftar di website ni >>>http://www.touchngo.com.my/html/PreRegisterRFID.aspx<<<<.. daftar la cepat..yuran dia percuma..maybe lepas ni ada bayaran untuk mendapatkan pelekat RFID ni..

Untuk tempoh fasa percubaan ni..hanya akan berlaku di tol2 sekitar lembah klang sahaja..

Senarai lebuh raya di Lembah Kelang yang dilengkapi dengan lorong RFID adalah seperti berikut:-
  1.  
Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  1.  
Lebuhraya Damansara –Puchong (LDP)
  1.  
Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)
  1.  
Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  1.  
Lebuhraya Grand Sepadu (Grand Sepadu)
  1.  
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  1.  
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  1.  
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  1.  
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)
  1.  
Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)
  1.  
Lebuhraya Besraya (BESRAYA)
  1.  
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR)
  1.  
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  1.  
Lebuhraya Guthrie Koridor (GCE)

Kaedah nak topup dia..korang boleh download aplikasi Touch `n Go eWallet..android & IOS.. boleh tambah nilai secara dalam talian.. klu selain dari online boleh..tapi menggunakan no Pin RFID tersebut..

So, yang masih menggunakan smart tag..jgn risau..boleh ja guna macam biasa..mereka akan mansuhkan laluan tol smart tag secara berperingkat..mgkin ambik masa.. jgn pi buang plak smart tag korang tu..haha..walaupun rosak..leh ja simpan buat kenangan.. huhu..sebab aku punya pun dah rosak.. padahal tak sampai 2 tahun pun pakai.. 


harap2 dengan teknologi RFID ni dapat mengurangkan masalah2 seperti tak detect touch n go.. mengurangkan kesesakan di laluan tol.. mgkin satu hari nanti blh guna teknologi seperti di Singapore..tanpa pondok tol..

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...