24 August 2018

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1439H / 2018 (^_____^)

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..raya haji tahun ni dapat cuti..so boleh lah balik kg.. ikut giliran raya haji tahun ni sepatutnya raya di kedah..tapi disebabkan beberapa faktor yg tak dapat dielakkan..makanya..raya kat ipoh dlu..xpa..its ok..yang penting masing2 saling memahami dan ada toleransi.. next year raya haji kat kedah plak..tu pun klu tak bertugas.. 

Memandangkan aku kena bertugas pada raya ke 3 (hari jumaat).. terpaksa la balik awal...petang raya pertama dah balik KL..wife dgn anak2 tinggal di Ipoh.. sebab raya kedua ada korban di Surau Pejabat dan Raya ketiga kena giliran baca khutbah jumaat..huhu..terpaksa berkorban..

ummi diorg ni klu balik kampung mmg dia akan bertungkus lumus siapkan baju2.. tq syg.. abi diorg siapkan anak2 dan uruskan rumah.. tgkkan apa yg patut..
sejak berkahwin..masa belum ada anak la beg paling skit...lepas dah ada anak.. automatik bonet kereta akan penuh dari segenap ruang yg ada...haha..

baju raya tahun ni Alhamdulillah..tok dengan makngah dah belikan baju budak bertiga tu..baju ni sebenarnya di beli masa raya puasa haritu.. raya puasa plak kena turn raya di Ipoh..so baju ni diorang kasi masa dah raya ke 3..mmg tak pakai dah la..simpan utk raya haji la..

dan now kita keluarkan balik baju tu utk Raya haji..haha.. Solat Sunat Hari Raya di Surau je..surau yang menjadi saksi lafaz akad nikah abi dgn ummi..5 tahun lalu..hehe
bawak anak2 solat sunat raya ni susah skit..sebab diorg akan rasa boring time khutbah.. kena plak khutbah panjang..(malas nak ulas..sepatutnya ringkas dan padat..sebab ada aktiviti korban plak lepas tu)..
kakak plak ikut ummi gi solat..org perempuan kena solat tempat perempuan..
dulu kecik2 boleh la ikut abi..hehe..

kena ambik port belakang2 sebab bawak budak kecik..dan amin plak selalu meragam klu dia boring.. alkisahnya mmg dia meragam pun masa org tgh solat..sebab dia nak tgk lembu korban..haha..
lepas solat terus bawak dorg berdua ni tgk lembu dan kambing..
my hero.. segak berbaju melayu..

masih merenung lembu2 korban..agaknya apa la imaginasi anak2 sebesar ini bila tgk lembu yang akan dikorbankan..

budak2 selalu di diskriminasikan haknya..elok2 dah duduk depan tiba2 mai org dewasa blok pandangan dia..tapi amin still tak berganjak..akhirnya abi dia bawak pi tempat lain..
maaf ye..ni bukan korban di negara Bangladesh tau..tp di perok yob.. haha..bagus diorg ni..rajin..
lain tempat lain caranya..tapi tujuannya tetap sama.. lembu byk tapi tukang sembelih sorang ja..surau dengan masjid kat situ semua dia yang setelkan..mula la aku rasa mcm nak jadi tukang sembelih..huhu..sebenarnya aku kurang berkeyakinan lagi.. haha..tapi haritu bila tgk ketajaman dan kehandalan pisau jenama victorinox buatan Switzerland..terus ada keyakinan..haha..tunggu la 2 3 tahun akan datang nanti..
anak dara ni takut dengan lembu..kesian dia.. mula2 okey lagi..tp bila tgk lembu yang terlompat2 tu yg jadi lebih takut tu..terpaksa kena dukung yob..
family potrait..utk Raya Aidil Adha 1439H / 2018
bila dah besar ni..susah bila disuruh bergambar bersama..awak berdua tu kembaq.. bila ambik gambar kena sekalikan..sebab hampa kan kembar  sepasang..hehe..
ya..menu pagi raya..macam biasa..dekat ipoh jangan cari la ketupat palas..mmg tak dak..haha..hadap la nasi impit tu.. so far aku ok ja..cuma kepuasannya tak sampai ke maksima level la..sebab aku dari kecik sampai besar bila raya ja ada ketupat palas..bila dah berkahwin ni..kena plak raya kat perak..mmg xjumpa la wei..haha.. (wife masih dalam pembelajaran membuat ketupat palas)..

petang tu jugak aku dah kena balik KL.. sambung beraya lepas hari jumaat..
raya2 ni xramai org bukak kedai makan..so kepsi la yg laku..

13 August 2018

Air Terjun Sg Pinang, Batang Kali ~~~~ Kunci Hilang

Assalamualaikum...
Benda tak rancang pun semalam nak pi mandi air terjun dekat batang kali tu..oleh sebab mak mertua mai rumah..pastu bgtau nak pi rumah adik dia di batang kali..terus diorg habaq nak pi mandi air terjun sekali..apalagi..seronok la anak2 aku tu,..termasuk la ummi depa pun..excited nak mandi air terjun..
ni la air terjun sg pinang..ayaq dia bukan main sejuk lagi..sempat la rendam luqman sekejap..menangis sebab sejuk..tapi dah lama dalam air..dah tak menangis..tapi aku risau plak lelama dia dalam air tu..
Air terjun Sg. Pinang ni dekat dengan Rumah Hutan Bonda Rozita..emak Dato Alif shukri..yang tempat mengurut tu..ada chalet bagai..
excited luqman..

termasuk umminya sekali...

jalan turun ke air terjun dari tempat parking kereta..


kali ni kitorang bawak bekal dari rumah..masak siap2..pi sana makan tghri dalam air la..haha..
semangat amin nak makan dalam air..
kakak dengan ummi...pun makan dalam air..walaupun sikit ja kaki rendam dalam air..haha
kawasan dia agak berbatu besar..tapi air dia ok..tak keruh..jernih..tak berapa nak dalam..sesuai la klu bawak anak-anak..

fateh dengan gayanya..seronok la dapat mandi
kakak tak nak duduk dalam air..nak duduk atas batu je..
paras kedalamannya sesuai untuk budak2 baya umur mcm anak aku ni..3-5 tahun..

lepas balik mandi pi singgah kebun ambik buah..rambutan dan cempedak.. penat oo..tapi gagah jugak la..anak punya pasal..sebab fateh dgn amin mmg suka sgt makan rambutan..nak penuh seguni jugak la aku kait dengan galah..

amin naik buai dekat dalam kebun

tepi..hepi kemain..kaki bukan sampai pun..kena angkat dia naik..haha

petang baru kitorang gerak balik KL..dalam separuh perjalanan wife tnya kunci rumah dekat aku..katanya aku last kluar rumah.. yg pasti aku mmg kunci gril rumah tu..huhu..dan seingat aku..mmg aku boh kunci dalam poket..

puaih cari kunci dalam kereta tak jumpa..sampai la nak dekat rumah.. kunci gril rumah kuarters ni lebih kurang sama ja..mintak tolong jiran bukak kan kot2 boleh...nampaknya xsama..sebab dkt blkg kunci tu dia ada no kod..

sebelum sampai rumah..aku singgah kedai kunci (van bergerak)..tanya dia kunci gril yg ada no kod sekian2.. dia pun bg tgk contoh..aku dengan yakin tak yakin beli la 2 anak kunci yg aku rasa sama bunga kunci dia..

balik sampai rumah..terus cuba bukak..hampeh..bunga dia belah kiri daaaaa..aku terbeli bunga belah kanan.. terpaksa patah balik pi kedai tadi..tukar kunci yg lain pulak..kali ni harap dapat la bukak.

. sebab malas nak ulang alik pi kedai tu..jauh jugak pusing.. kat pej mmg ada kunci spare..unit perumahan pegang..tapi kena tunggu pagi esoknya la..nak tido mana..haha..baru ja plan klu tak boleh jugak bukak tido rumah jiran..sekali boleh bukak la..Alhamdulillah..syukur..

 balik rumah terus kupas boh dalam peti ais .sebab buah tu masak ranum atas pokok..ada yg dah berair...dapat dalam 3 bekaih besaq jugak la..

tapi td tghri aku balik dr pej..tgk2 sebekaih habih dah..haha..tinggal lagi dua.. aku ingat sebekaih tu ada dekat 100 biji jugak la.. aku makan pun..sedaq tak sedaq 10 biji skali makan..mmg la sedap..buah sejuk..boh dalam peti ais..siap kupas..tunggu nak makan ja..haha..











10 August 2018

Sumbangan Lembu Qurban dari JAIS :: 1439H Tahun 2018

Assalamualaikum..
Tahun ni sekali lagi JAIS memberi sumbangan seekor lembu utk setiap Masjid & Surau Jumaat sekitar Selangor. Kali ni diorg panggil utk memberi taklimat dan sijil / kupon lembu..kemudian wakil surau/masjid dikehendaki utk pergi ke Kandang lembu berdekatan yang dilantik..utk urusan selanjutnya.

Utk kami yang di cheras ni..paling dekat adalah di Sg. Lui..jauh tak jauh la..lebih kurang 30km jugak la utk sampai ke Kandang lembu yang dilantik tu..sampai ja di sana..rupanya dah agak lewat..sebab ada yang lagi awal datang.jd lembu byk yg dah di booking.
sebahagian lembu-lembu yang ada..

Kami tercari2 jugak lembu yang saiznya agak besar..bila di tanya dah berpunya..maka berhuhu lah kami.. sepatutnya yg orang dh booking diasingkan..sepatutnya mmg begitu..tapi mereka tak sempat lagi nak asingkan.. cuma tgk yg mana okey..kemudian semak tagging pada telinga lembu..klu tak dak dlm list tu..mmg tak dak org booking la..
tgh semak dalam listing..
mencari lembu yang baik2..sihat2..
ni antara lembu yang kecik..
makanan disini adalah palet dan juga kisaran batang jagung.

selfie dengan binatang yg ada value.. tak dijaga habis dicurinya..haha
dikhabarkan lembu-lembu di sini jumlahnya 300ekor..
abg ni penjaga lembu disini..bila kita pilih lembu dia akan halau lembu supaya lembu tu kedepan..so blh la tgk dekat2..ada cacat ka..luka ka..puas hati ke tak..
yang ni pilihan yang ke 4 rasanya..tapi bila semak2 balik dah berpunya..

jenuh jugak la..4 ke 5 ekor jumpa..semua berpunya sudah..huhu..last2 jumpa jugak tak terlalu kecik..tak terlalu besar..sedang2 ja.. apa2 pun alhamdulillah..terima kasih pada pihak JAIS di atas sumbangan lembu.
ok la tak besar sgt tak kecik sgt..katanya agresif jugak lembu ni..

Lembu-lembu ni semua dibawak masuk daripada Thailand.. kemudian dikuarantin di Bukit Kayu Hitam dalam satu tempoh masa yg ditetapkan..sekiranya lulus..terus dibawak ke kandang2 yg dilantik utk dijaga sebelum diagihkan..





















09 August 2018

Smart Tag bertukar ke RFID

Assalamualaikum..

Dah la sebenarnya aku perasan pasal RFID ni.. sebab boleh dikatakan kerap la jugak aku guna laluan berTOL ni.. sebab rumah betul2 depan tol bt 9..nak tak nak terpaksa guna juga.. huhu..klu nak elak tol jenuh dok lalu kawasan perumahan..menyelit sana menyelit sini..haha..

Dan tertanya2 gak aku apa tu RFID..kebetulan kereta pasukan tempat kerja aku dh start pakai masa tu..best la..sebab tak pyh beratur kat tol.. tak dak org guna pun..masuk ja laluan tol tu terus RFID ni detect..dia lebih kurang mcm barcode gitu..tapi RFID ni dia ada cip.. nak cerita lebih aku pun tak berapa nak tahu sgt..haha..

Yang pastinya..Touch n Go dah tak keluarkan smart Tag..penjualan smart Tag dah dihentikan bagi menaik taraf kepada sistem RFID.. Touch N Go akan memulakan fasa percubaan pada 3 September 2018 ni..so sesiapa yang nak mencuba boleh daftar di website ni >>>http://www.touchngo.com.my/html/PreRegisterRFID.aspx<<<<.. daftar la cepat..yuran dia percuma..maybe lepas ni ada bayaran untuk mendapatkan pelekat RFID ni..

Untuk tempoh fasa percubaan ni..hanya akan berlaku di tol2 sekitar lembah klang sahaja..

Senarai lebuh raya di Lembah Kelang yang dilengkapi dengan lorong RFID adalah seperti berikut:-
  1.  
Lebuhraya KL-Karak (KLK)
  1.  
Lebuhraya Damansara –Puchong (LDP)
  1.  
Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA)
  1.  
Lebuhraya Cheras-Kajang (Grand Saga)
  1.  
Lebuhraya Grand Sepadu (Grand Sepadu)
  1.  
Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  1.  
Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  1.  
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  1.  
Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART)
  1.  
Lebuhraya Pantai Baharu (NPE)
  1.  
Lebuhraya Besraya (BESRAYA)
  1.  
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  1.  
Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR)
  1.  
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  1.  
Lebuhraya Guthrie Koridor (GCE)

Kaedah nak topup dia..korang boleh download aplikasi Touch `n Go eWallet..android & IOS.. boleh tambah nilai secara dalam talian.. klu selain dari online boleh..tapi menggunakan no Pin RFID tersebut..

So, yang masih menggunakan smart tag..jgn risau..boleh ja guna macam biasa..mereka akan mansuhkan laluan tol smart tag secara berperingkat..mgkin ambik masa.. jgn pi buang plak smart tag korang tu..haha..walaupun rosak..leh ja simpan buat kenangan.. huhu..sebab aku punya pun dah rosak.. padahal tak sampai 2 tahun pun pakai.. 


harap2 dengan teknologi RFID ni dapat mengurangkan masalah2 seperti tak detect touch n go.. mengurangkan kesesakan di laluan tol.. mgkin satu hari nanti blh guna teknologi seperti di Singapore..tanpa pondok tol..

06 August 2018

BATANG KALI :: Menikmati udara segar & buah-buahan segar

Assalamualaikum..
Di KL mcm biasa la..udaranya xberapa nak segar..tambah2 kawasan disekeliling pesat dengan pembangunan..mcm sebelah rumah kami ni sibuk nak buat highway SUKE..kawasan ni sentiasa berdebu..tambah plak jem depan rumah..highway grandsaga..
muka klu nak berjalan masing2 ceria..hehe..

Semalam sempat bawak anak2 ke batang kali..rumah mak sedara.. alasannya nak makan buah..hehe..sebenarnya depa ajak lama dah pi sana makan buah..masa durian di pertengahan musim lagi..tapi aku ja dok sibuk..so semalam baru berkesempatan pi sana..tapi masih ada berbaki buah2an tu..hehe..
sampai-sampai ja terus dijamu dengan buah-buahan.. mmg laju la 2 orang ni..rambutan dengan manggis..pulasan depa tak berapa nak makan..
tudia..jenuh makan weiiii.. ada jugak beberapa biji durian kampung..dapat la merasa.. pulasan..manggis..rambutan..
buah terus dari kebun..mmg freshhh...
durian kampung gini la..tetap sedap..hehe..tapi musang king tetap dihati..haha..


Lepas dah kenyang makan buah kami pi mandi dekat hujung kampung.. tapi ayaq tak dalam pun..sesuai utk budak2 ja..

sejuk wooo ayaq dia..ni dah tghri pun masih sejuk..


3 beradik ni bila dah jumpa ayaq...ajak balik pun tak mau dah..hehe


yang di blkg fateh tu agak dalam skit ..klu diorg mandi kat sana mau paras dada..budak2 kampung tu pun paras pinggang..


dalam2 dok ralit dia nak pi jugak kat tempat dalam tu..


yang ni kerja nak posing ja..nak berendam tak mau..sejuk katanya


sorg2 pun jadi amin ni..


yang kecik ni pun ikut jugak.. menikmatinya udara yang segar di atas bukit.. terlena dibuai mimpi indah.

tengah dok feeling tetiba binatang ni jatuh kat belakang aku..pastu mata tertutup mcm tido gitu.. aku dekatkan kamera nak ambik gambar pun dia tak lari..so ada can la nak close up..

cantik ja..jatuh2 elok ja warna hijau..pastu dah lama skit dia berubah kaler..jadi warna daun yang binatang tu pijak..

dah mula berubah jadi hitam coklat gitu.. subhanallah..indah sungguh..


lepas tu sambung pi dusun plak..pi kait buah sambil makan buah..jenuh la..orang dah ajak moh ler kita ikut..

kawasan bukit bukau..dusun paling atas sekali..cantik ja ciew..

abi cakap..klu nak buah..ikut abi..abi kait buah dengan galah..jatuh ja..fateh kutip buah boh dalam plastik..sebab dia jugak kang yg nak makan..haha..

ada gak durian sebiji dua luruh..buah penghabisan musim..
lemak berKRIM
disukai kami 3 orang ja..aku, wife dan fateh..
bersepah dapur rumah dengan buah2an..yg si kecik ni belum tahu suka durian ke tak..hehehe..
next nanti kita gi jalan2 lagi kat situ..pergi kolam air panas dan juga air terjun yang berdekatan genting..

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...