09 March 2018

CSR :: Program Titian Kasih Maktab PDRM Kuala Lumpur - Sabak Bernam


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pada 6hb Mac 2018 Maktab PDRM KL telah mengadakan satu Corporate Social Responsibility di Rumah Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam sempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Ke 211.. Program ni di bawah anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Krisis & Bencana MPDRM KL..

Program ni berlangsung di rumah anak yatim tersebut..kami datang daripada Maktab lebih kurang 2 buah bas kira2 seramai hampir 90 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis & Pegawai Awam..  Kami datang ke rumah anak yatim dengan memberi sumbangan, meraikan mereka.. juga kongsi2 cerita dengan menyantuni mereka lepas tu makan tghri dan selesai.. walapun xsampai sehari kami ke sana diharapkan sama2 mendapat manfaat drpd program ni..

Walaupun usaha ni kecil, ttp ianya besar disisi Allah s.w.t.. Semoga kami dapat meneruskan program2 sebegini di masa yang akan datang dengan pengisian yg lebih baik..


keluar dari maktab 6.45pagi..lepas solat subuh terus jalan..jauh kot dari cheras nak ke sabak bernam..dan destinasi pertama sampai di IPD sabak Bernam..sarapan di sini.. terima kasih staf IPD sabar bernam kerana menyantuni kami sebagai tetamu.

menunggu ketibaan Dato' Komandan MPDRM KL

Perasmian program dan sedikit ucapan daripada Komandan dan juga Yang Dipertua Rumah Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam..

kegembiraan di sebalik kedukaan..dalam hati mereka tertanam 1001 kisah.. namun mereka tetap bergembira dengan kehadiran kami..tanda masyarakat masih peduli kepada mereka..

ni sesi beramah mesra..dengar kisah2 mereka..kongsi kisah2 kita dengan memberi mereka inspirasi.. semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..

yang ni geng2 menyibuk..haha..ambik port bergambar kenangan...

SM Mohamad bagi kata2 semangat pada anak2 ni..tahniah Sm sebab baru naik pangkat..dr SJN ke SM..hehe..patut la semangat...

Semoga kita berjumpa di lain masa dan waktu..

Lepas balik tu sempat lagi Big bos bawak jenjalan kawasan situ..hehe..dah alang2 lalu kawasan tu apalagi..singgah la..



No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...