07 March 2018

Aplikasi Smart Quran :: Lulus & Diiktiraf oleh KDN


Assalamualaikum... kali ni nak share pasal apps Al-Quran yang mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).. hasil kerjasama di antara Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) & Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Sebenarnya terlalu byk aplikasi Al-Quran di dalam pasaran apps store tu..mcm2 versi..ragu2 jugak.. tambah2 di bahagian terjemahan.. Kalau mengikut Kerajaan Malaysia ni..mana2 Al-Quran yang di keluarkan dan di pasarkan ke dalam Negara Malaysia.. Prosedurnya mesti melalui KDN - Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran..dan dibelakang muka surat Al-Quran tu akan ada tanda atau cop pengesahan daripada KDN.. ada sistem la kiranya..dikawal..utk memelihara Al-Quran..

Klu korang pergi mana2 kedai yang menjual Al-Quran dan tgk tiada cop KDN... boleh terus lapor kepada Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN..Pihak berkuasa akan rampas Al-Quran tersebut..kerana mereka membawa masuk Al-Quran tanpa melalui KDN atau lebih kepada seludup..

Bagi mana2 Syarikat yang nak menerbitkan dan mencetak Al-Quran perlu mendapat lesen dan tertakluk di bawah Seksyen 5 Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326)

Jadi sama2 kita share dan gunakan aplikasi ini utk kegunaan kita tanpa ada keraguan.. sama2 dapat manfaat

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...