15 March 2018

khutbah jumaat :: Satu TRAGEDI

Assalamualaikum..
Baru2 ni aku bertugas sebagai khatib dalam menyampaikan khutbah jumaat di Surau di tempat aku berkerja. Berlaku satu peristiwa yang tak sepatutnya berlaku..tapi tu la..aturannya begitu..dugaan betul.. seperti biasa sebelum baca khutbah pada hari bertugas aku akan pastikan teks khutbah ada di atas mimbar..check microphone apa smua.. lepas tu turun balik dan bersiap2.. pakai jubah serban, standby apa yg patut..

Nak di jadikan cerita time aku naik nak sampaikan khutbah tetiba teks khutbah tak dak weii..huhu..di ulangi..tak adaaaaa....huhu..rasa nak tercabut jantung.. apa lagi..turun balik la gi cari.. mmg xdak..xpasti apa yg berlaku sebenarnya..mgkin Allah nak bgi kifarah pada aku..hmm..tp mmg hari tu aku dalam keadaan sibuk skit..sepatutnya klu hari nak baca khutbah kena tenang dan tak dak tugas2 lain..fokus pada khutbah..

Puas cari xdak jugak teks khutbah..jemaah dah mula tunggu dan keliru apa yg berlaku sebenarnya.. 5 minit jugak memasing diam yg sepatutnya khubtah dah pun disampaikan .. tp tu la..benda nak jadi.. kebetulan plak pada ketika tu server jais barangkali problem..sebab nak bukak internet di handphone utk tgk e-khutbah tak dapat..bukak pada komputer di pej pun xdapat.. last2 jumpa khutbah yang lama..sekitar bulan 12 tahun lepas punya..guna yg tu ja.. 

mmg betul2 tragedi sungguh..cabaran dan dugaan.. tak pasti aku samada ada org nak sabotaj aku atau bebudak nakal main atau berterbangan (tak mungkin sebab berat jugak teks tu).. 
semoga dapat iktibar daripada kejadiaan haritu..hehehe


09 March 2018

WISMA MASRI :: kerepek masri Sekinchan

Assalamualaikum...
Masa berprogram di Sabak Bernam haritu sempat kami singgah di WISMA MASRI ni..yg khabarnya menjual pelbagai jenis kerepek, bahulu dan pelbagai produk IKS ni..semuanya buatan orang Muslim kita dan di jamin halal..

Yang penting sekali layanan pihak kedai ni..sangat2 peramah..tak kedekut.. jadi kitorang pun tak kedekut nak keluarkan duit utk membeli barangan di sini..support org yg bisnes mcm ni..tak fikir untung semata2..tapi lebih memuaskan hati pelanggan..siap sediakan makanan lagi kat kitorang..hehe..tak lupa dapat juga free gift tu..terima kasih..

ni lah pengasasnya.. yang berbaju batik tu ye..

bungkus..jgn tak bungkus..murah2..
Bahulu panas
10 Biji = RM 2.60
25 Biji = RM 6.50
50 Biji = RM 13



bangunan belakang tu lah wisma masri..ada kilang kecik dalam tu..ada kedai jualan..ada jugak restoran..blh makan2 kat sebelah..

tu dia..mai borong mai..

tu dia..haha..terbeli jugak.. bukan beli apa sgt pun..untuk anak2 ja ni.. bersama dengan Tuan Sum & Puan Azizah

macam2 tau kerepek kat sini.. klu nak rasa kena pergi sebelah..ruang kilang..

pelbagai produk tempatan..

komandan mencuba tuang adunan bahulu ke dalam bekas acuan..

yang ni ruang membuat kerepek..ada mesin bagai apa kat sini..semua tu korang boleh ngap..tokey bagi makan..bg rasa punya..hehe

pening nak pilih klu gini..mcm2 ada..

kan jenuh nak memilih..haha

InsyaAllah klu ada masa blh singgah lagi..klu lalu kawasan ni mmg akan singgah.. sebab layanan diorang pada customer sgt2 baik..

Kilang Beras Rakyat Sekinchan :: Galeri Padi


Assalamualaikum...
Lawatan ke Kilang beras ni sebenarnya tak dak dalam atur cara program pun sebenarnya..lepas dari prgoram titian kasih tu sepatutnya terus balik ke Maktab PDRM KL.. tahu2 Dato' arahankan singgah di kilang beras dulu sebelum balik..ok la tu..sebab klu balik terus pun awal lagi..hehe..masih ada masa..blh la singgah.. 

Rumah anak yatim yang kami pergi tu tak jauh pun daripada kilang ni..  Kilang ni ada galeri padi tau.. mmg sesuai utk dilawati..bagi org awam yg nak masuk ke galeri padi ni dikenakan yuran sebanyak RM5..tp kami mai sini tak kena bayaq pun..mgkin Dato' dah buat surat rasmi kot..
hehehe..masuk preeee woiii.. kilang di di kelilingi oleh sawah padi.. masa kami pi tu depa baru dok pi tanam padi..lepas dari semai padi.. tapi dah tak guna kuku kambing dah..semua pakai mesin..canggih dah..
Ni ruang masuk ke galeri padi.. kitorg masuk sekali dengan bas sampai ke dalam..haha.. tapi mmg kawasan dia luas sebab lori padi dok keluar masuk hantar padi masak ke sini utk di proses...

sesi penerangan audio visual oleh pihak kilang padi sekinchan.. video tu semua pasal penanaman padi..dia buat perbezaan antara org dulu dgn org sekarang..dulu mmg 100 peratus tenaga manusia dan haiwan..tapi sekarang byk kepada mesin..dia tunjuk teknologi mesin terkini.. jimat masa dan tenaga..

kawasan pemprosesan padi...

guni yang putih tu berisi beras seberat 1 tan..jurucakap tu kata klu beras seberat 1 tan tu untuk keperluan seorang..boleh menampung selama 13 tahun..haha.. byk oo..

ni mesin versi kecik punya.. proses padi ke beras.. yang besar punya di luar..

ni antara barang2 antik org2 terdahulu dalam pemprosesan padi sehingga menjadi beras..

haha..jgn disentuh..gaya je tu..

antara barang2 antik..

basikal tua..

alatan proses menampi padi..

Dato' Komandan bergambar bersama staf..haha..layankan je..

org kedah panggil ni alatan utk 'memukoi'...daripada pokok padi tu..pukoi sampai keluaq padi tu sebutir-sebutir..

telefon antik..berfungsi lagi..

gaya polis dulu2..naik gerek..haha

ni minum petang gaya baba nyonya..

ni dibahagian terakhir galeri padi.. ada jual beras..aneka beras..

pinjam kerusi tokey..haha..depa kata aku dah mcm penjual kat situ..huhu

beras wangi sekinchan..hanya di jual di speed 9.. wangi beras ni..bila dah masak dia akan keluar bau wangi pandan..sesuai buat nasi lemak...

keropok beras teknik hot press..

ni la mesin menanam padi..org dulu nak habiskan satu petak padi utk tanam padi memerlukan masa 3 ke 4 hari nak siapkan dengan kekuatan 7-8 orang pekerja.. tapi dengan mesin ni boleh tanam padi dengan keluasan yang sama cuma memakan masa hnya 2 jam stgh dengan seorang ja yang pandu mesin ni..fuhh..tgk perbezaan dia..jimat masa dan tenaga kot..

perjalanan kami di escort oleh trafik IPD Sabak Bernam..trima kasih.. yerla..menerima tetamu kan..so kena la layan sebaik mgkin..nnti dtg ke maktab PDRM KL kami beri layanan istimewa jugak..hehe..

apa2 pun terima kasih abg trafik..dan lawatan ni memberi byk manfaat dan ilmu pengetahuan am..InsyaAllah ada kesempatan nak bwk anak2 sebab diorg tak membesar pada zaman menggunakan alatan2 tradisional..semua canggih2 dah zaman skrg..mesin semuanya.

Dapat gift beras Sekinchan 5 kilo..TQ..hehe

CSR :: Program Titian Kasih Maktab PDRM Kuala Lumpur - Sabak Bernam


Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. pada 6hb Mac 2018 Maktab PDRM KL telah mengadakan satu Corporate Social Responsibility di Rumah Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam sempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Ke 211.. Program ni di bawah anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Krisis & Bencana MPDRM KL..

Program ni berlangsung di rumah anak yatim tersebut..kami datang daripada Maktab lebih kurang 2 buah bas kira2 seramai hampir 90 orang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis & Pegawai Awam..  Kami datang ke rumah anak yatim dengan memberi sumbangan, meraikan mereka.. juga kongsi2 cerita dengan menyantuni mereka lepas tu makan tghri dan selesai.. walapun xsampai sehari kami ke sana diharapkan sama2 mendapat manfaat drpd program ni..

Walaupun usaha ni kecil, ttp ianya besar disisi Allah s.w.t.. Semoga kami dapat meneruskan program2 sebegini di masa yang akan datang dengan pengisian yg lebih baik..


keluar dari maktab 6.45pagi..lepas solat subuh terus jalan..jauh kot dari cheras nak ke sabak bernam..dan destinasi pertama sampai di IPD sabak Bernam..sarapan di sini.. terima kasih staf IPD sabar bernam kerana menyantuni kami sebagai tetamu.

menunggu ketibaan Dato' Komandan MPDRM KL

Perasmian program dan sedikit ucapan daripada Komandan dan juga Yang Dipertua Rumah Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam..

kegembiraan di sebalik kedukaan..dalam hati mereka tertanam 1001 kisah.. namun mereka tetap bergembira dengan kehadiran kami..tanda masyarakat masih peduli kepada mereka..

ni sesi beramah mesra..dengar kisah2 mereka..kongsi kisah2 kita dengan memberi mereka inspirasi.. semoga mereka menjadi anak2 yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan akhirat..

yang ni geng2 menyibuk..haha..ambik port bergambar kenangan...

SM Mohamad bagi kata2 semangat pada anak2 ni..tahniah Sm sebab baru naik pangkat..dr SJN ke SM..hehe..patut la semangat...

Semoga kita berjumpa di lain masa dan waktu..

Lepas balik tu sempat lagi Big bos bawak jenjalan kawasan situ..hehe..dah alang2 lalu kawasan tu apalagi..singgah la..



Pusat Penghayatan Alam, TAMAN WETLAND :: Putrajaya

Assalamualaikum..
Sebenarnya tujuan asal kami adalah memenuhi jemputan kenduri kawin di Bora Ombak Marina, Putrajaya.. Sebelum pergi ke Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya..haha..kiranya sambil2 dah ke putrajaya ni..jenjalan la kat mana yg patut..

ceria nak makan kenduri..perut lapar..

bergambar dulu satu family..

mem selfie tu..kasi can..

malas nak jadi pakcik bawang..huhu..tapi nak habaq pelamin tu tak berapa nak kena..pasal dok tgh2.. tapi tu pendapat aku la..org lain tak tau la..lain orang lain cara..

sesi bagi anak2 makan dulu.. hero2 ni kena serve dlu..klu tak nanti tak senang nak makan..

menu dia sedap ooo..

blkg tu ex bos..Dato' Zulyadaen..

tu dia..YB kawasan nak makan..penuh gaya, mutu, keunggulan..

di jemput utk menyampaikan selawat Nabi..Alhamdulillah mic mahal.. smooth ja.. tarik pun sedap..klu mic murah sakit anak tekak weiii...

Dan lepas makan kenduri tu maka kami singgahlah di Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland Putrajaya dengan bantuan Pakcik WAZE.. pakcik waze byk membantu tau.. haha

Tempat ni tutup hanya hari Isnin..hari lain bukak macam biasa daripada 9.00 pagi sampai 5.30 ptg..luch our rehat tau..pukul 1-2..tutup sat..

Bayaran percuma.. mai la satu bas sekalipun.. cuma masa di kaunter pendaftaran tu, sorang wakil atau ketua pi tulis nama, ic dan no hp serta jumlah rombongan utk tujuan rekod diorg..

Dan keadaan dalam pusat ni dia agak gelap skit..tak la gelap sampai tak nampak..tapi klu ambik gmbar mcm xberapa nak cantik sgt la..klu pakai flash nnti nampak cerah semacam ja..xpakai flash nnti noise..so klu DSLR yg mahal ok la..hehe..

ada cafe kat dalam ni..ada toilet..ada surau..

lepas ja daftar, ni la tempat tarikan pertama..haha.. ada la ikan2 berenang dalam kolam tu.. nampak tenang ja..dan sejuk ja..sejuk ekon..haha

ikan 3d..bila di pijak air tu akan bergelombang..ikut tapak kaki yg pijak..budak2 seronok la..tapi klu mak bapak tu, tgk tak dak org blh ja nak melompat2 jugak..haha

aquarium kaca..

cantik ja view dia..mcm jln dlm hutan..haha

bergambar dulu 3 beradik..tu pun puaih pujuk sruh duduk sekali..klu tak dok berlari berlompat ja..

yang ni pun 3d jugak..ada ikan bergerak2 yg mcm td tu..cuma yg ni luas skit..

lukisan 3d..ha..kakak dduduk tgh2 kolam tu..haha..
yg ni tingkat atas..dia ada 3 level..first kita masuk akan berada di Level G..pastu korang blh turun ke Level LG..lepas dah puas blh naik ke Level 1.. jgn risau..ada lift..lift dia bapak besar.. first aku tgk lift sebesar tu..haha..xdan nak ambik gmbar lift tu..haha..teruja punya pasal.

kawasan level atas ada libray..byk kerusi..blh rilek2..santai2..rehat2..

di bahagian luar bangunan..

komen aku pasal pusat penghayatan alam ni, kawasan dia tak la besar mana..tak la bosan sgt..ok la..cuma pihak diorg kena letak benda yg boleh anak2 ni sentuh atau pegang.. belah atas tu mcm sepi skit..mgkin kena perbanyakkan aktiviti atau apa2 yg boleh menceriakan keadaan...utk elakkan sunyi..klu korang nak datang..pergi lah hari minggu..klu pergi hari bekerja lagi la sunyi.. 

Untuk mereka yang mencari ketenangan boleh la datang sini..rilek2..tenangkan fikiran..

singgah solat di Masjid Putra, Putrajaya..




Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...