11 September 2017

BOIKOT Durian Timbang

Assalamualaikum..

Bulan ni katanya adalah bulan memboikot durian..terutamanya yang dijual secara timbang.. sebenarnya durian timbang ni wujud dari dulu2 lagi.. tapi pada sesetgh keadaan ja.. contohnya pada awal musim..durian baru start musim..time tu tak ramai orang jual durian..masa tu la mereka jual secara timbang sebab permintaan tinggi buah kurang..maklumla awal musim..dan satu lagi buah yang agak baik kualitinya..sememangnya akan ditimbang dahulu sebelum dijual..

tetapi pada hari ni..benda timbang2 ni dah jadi trend..bukan sebab awal musim. bukan sebab kualiti buah..semua pakat nak pukul rata..dan nak ambik kesempatan..dulu kita pergi pasar malam bila musim durian akan ada peniaga longgok buah..ada yang longgok byk..longgok sedikit dan jugak ada yang kira harga per biji..  sekarang jgn harap la..pergi pasar malam pun dia kira timbang..durian kampung pun timbang..pergh... padahal pengeluaran buah bertambah dari tahun ke tahun..byk yang tanam..tetapi oleh kerana trend penjualan timbang ni..maka benda ni akan melarat..apa yang boleh kita buat dengan memboikot..supaya terjadi lambakan buah..atau bila nampak timbang ja boikot..huhu

dan untuk buah musang king tu patut la jugak timbang sebab kualiti..tp berpada2 la..mentang2 kerajaan tak kawal harga durian..diorg main hentam ja.. mmg la kuasa membeli pada hari ni tinggi.. tapi bila jadi trend sebegini orang yang miskin jd tak mampu nak makan durian..huuhu..

sebagai contoh kita tgk sekarang harga rumah..tak dikawal kerajaan sehingga sebiji rumah harga menggila babi.. bukan di bandar ja..di luar bandar pun nak mengikut trend harga tinggi rumah kecik ni..hmmm..

dulu rm10 blh dpt byk biji.. pastu beli rm50 mmg xlarat makan la.. skrg 50 sebiji atau 2 ja..huhu.. nak senang baik beli durian kat pasaraya yang jual isi saja..

ni aku beli durian Udang Merah..tp buah belum sepenuhnya masak..pun jual kat orang.. aniaya orang sungguh..isi memg la sedap..udang merah..tapi nak bukak setgh mati la..haha..

p/s : ni masa aku pi batu kurau..masa ni harga durian belum betul2 menggila lagi..ada jual timbang ada jual longgok..aku redah gi batu kurau beli durian RM50 ja..korang boleh tgk berapa aku boleh dapat durian dengan rm 50..haha..tapi ni cerita 2 tahun lepas la..haha 

No comments:

Post a Comment

Followers

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...